Thursday, December 29, 2011
penat yang melampau
Tuesday, December 27, 2011
i wish
satu tekad
Mentera keramat kata pujangga
Azimat yang bermakna
Di depan simpang bercabang tiga
Tak tahu mana satu arahnya
Kanan kiri manusia berdusta
Mungkir pada yang Esa
Mungkin ku bukan watak utama
Dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga ku turut sama
Pastinya aku yang binasa
Berikan aku pedoman
Arah mana jalan kehidupan
Untukku teruskan pengembaraan
Tak rebah dan tak tersalah langkah
Tunjukkan aku kawan
Simpang mana arah kejayaan
Timur, utara juga selatan
Atau arah matahari terbenam
"Bersama menyusuri jalan
Para rasul nabi junjungan
Menuju ke puncak gemilang terbilang
Iman di dada mengiring langkah"
Monday, December 26, 2011
Bulatan Gumbira Kami
[Babai Jahiliyah]
menunggu
Friday, December 23, 2011
usaha itu penting
dakwah itu bergerak pantas!
Tuesday, November 29, 2011
adam
"You don’t have to drive any BMW or Mercedez or Skyline to be gorgeous. Be an imam in prayers. That’s how I define gorgeous. You don’t have to have nice voice and hush me with lovely songs to woo me. Recite the Kalamullah, Al Quranul kareem. That’s how i would melt. You don’t have to be rich for me to love you."
Sincerely,
Your love, Hawa..♥
Tuesday, November 8, 2011
saving duit untuk menikah
Wednesday, November 2, 2011
kembali :)
Monday, May 23, 2011
this is what i mean
Hate no one, no matter how much they’ve wronged you,
Live humbly, no matter how wealthy you become,
Think positively, no matter how hard life is,
Give much, even if you’ve been given little,
Keep in touch with the ones who have forgotten you,
and forgive who has wronged you, And
do not stop praying for the best for those whom you love.~Hazrath Al
Sunday, May 22, 2011
ya lupa.
1. Bila malam ya selesa tidur,ya lupa pada:
isteri Nabi Musa a.s yang kesejukkan di bawah kaki bukit Tsur, bersama anak-anaknya, yang tabah menunggu suami serta ayah mereka, yang telah pergi mengambil api dari puncak bukit, tapi suami yang di tunggu tak muncul tiba, kerana hakikatnya si suami sudah di lantik menjadi Nabi
2. Bila ya makan makanan yang sedap, ya lupa pada :
Isteri Nabi Ibrahim a.s yang kepanasan dan kehausan, serta kelaparan dan keletihan dalam mencari air di Lembah Safar dan Marwah.. sedang anak masih dalam susuan, lalu tinggalah dua beranak di lembah Mekah tanpa suami di sisi
3. Bila ya selesa bersolat di bawah kipas dan aircond, ya lupa pada:
Summayah r.aha yang di tombak di kemaluan kerana ugama ini, atau keluarga Yassir yang mati di seksa, atau Nabi zakaria a.s yang di gergaji dan juga Nabi Yahya a,s yang di pancung, semuanya kerana ugama
4. Dalam ya sedap makan kebab, kfc, ya lupa pada :
Khabbab bin Alarat r.a telah di seksa kerana ugama ini, beliau di seret atas bara api sehingga lemak dan darahnya telah memadamkan bara api.. semuanya kerana ugama.... berkorban dalam mencari nikmat berugama
5. Dalam kita bersenang lenang bersama family kita, dan sumtimes kita marah mak ayah kita atas sbb tertentu, kita lupa pada yg diluar sana yg kehilangan keluarga kerana mati syahid. Menjadi yatim piatu kerana terkena peluru dari musuh islam..
Saturday, May 21, 2011
Thursday, May 19, 2011
alhamdulillah dan kopi
Wednesday, May 18, 2011
cuak
Monday, May 16, 2011
something to ponder..
happy teacher's day
Saturday, May 14, 2011
mungkin
cinta mesti timbul punya dalam hati,
sapa yang tak pernah jatuh cinta?
aip, jangan tipu.. jangan tipu,
atleast Jatuh cinta pandangan pertama or
cinta bertepuk sebelah tangan?? hah.. sapa pernah angkat telinga, cepat-cepat.. huhu
Bila pasangan berkapel nie,
selalu jer kita tengok diorang duduk selalu bersama,
p makan sama-sama
p tengok wayang, main boling pun sama-sama,
tue tak kira lagi g beli boxer pun ajak awek. kan kan?? ryte?
Tapi,
Ada ketika,
si lelaki hilangkan diri, sepi jer daripada si gadis,
kenapa?
ingin bersendirian or dah bosan?
Jawapannya:
Lelaki suka berdua tapi memerlukan masa untuk bersendirian jua.
Why?
Sebab itu salah satu sebab lelaki itu unik dan berlainan drpd si gadis.
Have fun and dont kotor-kotor pikiran korang dgn memikirkan si lelaki dah buhsan dgn korang.
stop it or, That thing will deserve you all later. real! padan muka. nak sangat kan.. huhu gurau jer
lelaki memerlukan masa untuk bersendirian,
bukan kerana buhsan or merajuk atau apa-ape,
cuma,
Masa bersendirian itu amat bermakna untuk si lelaki utk memenuhi keinginan dan kehendak hati naluri mereka sendiri.. huhu
pasrah
Wednesday, May 11, 2011
Monday, May 9, 2011
bersangka baik
Sunday, May 8, 2011
Thursday, May 5, 2011
Tuesday, May 3, 2011
Monday, May 2, 2011
Sunday, May 1, 2011
ana sudah bertunang..
Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu.
Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.
Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.
Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini.
Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.
Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.
Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama… Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.
Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.
Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
“Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?”
Aku menjawab tenang..
“Warna putih, bersih…”
“Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat.”
“Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan.”
Ibu angguk perlahan.
Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu… helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah.
”Malam Pertama…” Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.
Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran.
Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang… As-Syifa’ aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.
“Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?”
Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.
“Insya Allah, ‘dia’ tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama.”
Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
“Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!”
Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan ‘dia’ yang mendekatkan aku dengan Allah.
Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa’ ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.
“Bila enti menikah?”
Aku tiada jawapan khusus.
“Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu…”
Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
“Jemput ana tau!”
Khalilah tersenyum megah.
“Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! “Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.
“Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti…”
Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya.
Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu…
“Usah berlebihan ya…”
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
“Insyirah, jom makan!”
Aku tersenyum lagi… Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
“Tafaddal, ana puasa.”
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
“Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat… Tarikhnya tak tetap lagi ke?”
“Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi.”
Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.
………… ……… ……… ………
“innalillahi wainna ilaihi rajiun…”
“Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. ”
“Ya Allah, tenangnya… ”
“Moga Allah memberkatinya. …”
Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.
Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.
Akhirnya, mereka ketahui sosok ‘dia’ yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok ‘dia’ yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil ‘ibrah dari sosok ‘dia’ yang mengkhitbah ku.
Dalam sedar tidak sedar…
Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku…
Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa’nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi.
Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.
“Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan ‘dia’ yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui…”
Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian…
“Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?”
Ibu tenang menjawab…
“Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh.”
“Allahuakbar. ..”
Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
“Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama…”
Ibu angguk, tersenyum lembut…
“Ini nak, bukunya.”
Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr ‘Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk ‘Malam Pertama di Alam Kubur’.
“Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis… Khalilah tak tahu mak cik.”
“Dan sejak dari hari ‘khitbah’ tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. .”
Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.
“Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil ‘ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu.”
________________________________________________________________
* Kisah ini bukan kisah saya , ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *
Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat saya memakai cincin. Kerana, saya sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila saya akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN.
Wallahua’lam.
Cukuplah kematian itu mengingatkan kita… Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.
Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah ‘membeli’ baju pernikahannya. .. Arh… Untungnya Insyirah.
~ Kullu nafsin za’iqatul maut
mulai saat ini..
Saturday, April 30, 2011
nice one!
When you truly care for someone, you don't look for faults.You don't look for answers.You don't look for mistakes.Instead, you fight the mistakes, you accept the faults and you overlook excuses.The measure of love is when you love without measure.There are rare chances that you will meet the person you love and who loves you in return. So once you have it,don't let it go.If you want to go fast, go alone but if you want to go far in life then go together.And during the long run, love should not obstruct the path of duty and responsibility towards your Mighty Master.
Friday, April 29, 2011
a beautiful heart
o Allah
O ALLAH,
If he’s meant for me and I meant for him,Let us be together through Ijab and Qabul.
O ALLAH,
If we are not meant to be together,Please avoid us from seeing one another.
O ALLAH,
If he’s the right person for me, let his Eman be the one that I adore, and let him make my way easier to Jannah.
O ALLAH,
If he’s the wrong person for me,show him the right way,so that he can lead someone else instead.
sweet!
Pencil: I’m sorry….
Eraser: For what? You didn't do anything wrong.
Pencil: I’m sorry because you get hurt because of me. Whenever I made a mistake, you’re always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
Eraser: That’s true. But I don’t really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I’ll be gone and you’ll replace me with a new one, I’m actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)
Thursday, April 28, 2011
message x kesampaian..
tough day
Tuesday, April 26, 2011
bila belum bersedia
Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam...
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya...
kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu...
menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu...
kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya...
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah Allah swt. pilihkan untukmu...
ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah
kerana dalam diammu tersimpan kekuatan...
kekuatan harapan...
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya???
dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam...
jika dia memang bukan milikmu, redha lah dengan sebaiknya kerana melalui waktu akan menghapus'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat...
biarkan 'cinta dalam diammu' menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dan Sang Pemilik hatimu.......
sesungguhnya aku benar-benar mencintaimu wahai akhi dan biarlah cintaku terhadapmu hanya Allah saja yang tahu.....