Wednesday, February 22, 2012

dinner di cruise .....

my university anjurkan annual dinner dalam cruise, and boleh pergi penang naik cruise. cuma bayar 40 ringgit.

and,

2 hari satu malam dalam cruise dan harga tiket cuma rm seratus plus2.

anyone??




tapi.....


adakah anda merelakan diri anda untuk free mixiing, free alcohol, casino?

tanya iman masing2.

wordless wednesday yg osem!

amacam? mau lawan? haha

Thursday, February 16, 2012

kau mampu?

10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN


1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Wednesday, February 15, 2012

kalau itu caranya

penyakit hati

condition sekarang. sangat berserabut. hati pulak sangat sakit dan kotor.

kalau diikutkan hati yang sakit ni, rasanye nak sangat pergi metc sekarang jugak untuk jumpa orang yang dah banyak lukakan hati saya.

kalau ikutkan hati yang kotor ni, mahu saja saya tinggalkan semua kerja2 dakwah and spend more time untuk bersenang2 dengan orang lain.

saya sangat berserabut sekarang.

banyak sangat kerja yang saya kena buat, tapi end up saya tinggalkan macam tu sahaja sebab saya tak tahu, kat mana patut saya mula. habisnya, saya menangis.

pernah terlintas di hati saya untuk berhenti belajar. malangnya, saya ada cuma satu sem untuk berdepan dengan semua ni.

jelas, saya ada masalah hati dengan pencipta saya.

bila pk2 balik...

saya kena kuat. tahajjud perlu dipertingkat sebab itu sahaja kekuatan saya masa ni. :'(

bersabarlah, suraya..

Indeed Allah (swt) is with those who are patient during the tough times and grateful to Him during times of joy.

doakan saya :'(

sedih

saya ada seorang kawan. yang kitorang dah kenal hampir 4 tahun. saya langsung x de masalah dgn dia. cuma satu.

saya tahu dia pandai, dan stiap kali result keluar, dia akan sedaya upaya tanya saya tentang result saya. :(

saya tak suka sangat bila orang bertanya reslut saya sebab saya tak pandai! huhu. tlonglah. setiap hari dia ingatkan saya untuk tengok result saya. saya rimas!!! huhu

dan

saya sangat tak suka bila dia suka sangat tanya saya soalan yang dia tahu and dia sangat puas hati bila saya tak dapat jawab.

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


saya tak suka!

saya selalu menangis sebab bila dia buat saya macam ni, saya rasa saya diperbodohkan terang2an. saya pun tak tahu macam mana cara saya nak settle hal ni.

mungkin, pergi depan muka dia and mengaku, " ye , awak pandai dan saya bodoh"

;'(


saya nak balik rumah.. saya tak suka keadaan macam ni ;'( :'(


Monday, February 13, 2012

tekanan

hari ni, hari yang malang sekali buat saya.

first, barang yang saya pesan, tak boleh sampai hari ni sebab saya tak boleh nak bank in cz mesin rosak, akaun supplier bagi silap n many more.

banyak kali kluar masuk rumah, ke pekan, ke bank. dengan diri yang x de transport, sorang2. rasa sedih sangat. rasa macam tolonglah sumone langgar saya so that saya dapat masuk hospital and tak ingat ape2 lagi. :(

teruk sangat rasanya. tekanan final year memuncak2! hanya Allah yang tahu. sampaikan saya boleh menangis tiba2 sebabkan tekanan.

tapi, dalam hati saya, saya tahu, Allah sedang menguji saya. saya kena kuat. saya kena biarkan semua ini pada Allah. ya, pada Allah.

bila fikir2, saya sedih. banyak sangat yang terjadi masa lampau, yang saya sembunyikan dari pengetahuan semua orang meskipun ibu bapa saya sendiri. orang sekeliling saya banyak melihat perubahan saya, tapi tak siapa tahu sepanjang ke arah perubahan saya, mujahadah yang saya lalui dibasahi air mata, pengorbanan yang saya rasa saya tak mampu harungi kalau tiada bantuan Allah.

setitis demi setitis air mata saya jatuh.

saya harus kuat!


Friday, February 10, 2012

kekurangan diri

ya, saya akui kekurangan diri.



thus,



mencari kebahagiaan


Ada yang berpendapat mencari kebahagiaan itu ibarat mengutip serpihan kaca yang pecah. Ada yang berjaya mengutip dengan banyak dan ada yang megutip paling sedikit. Tapi tiada seorang pun yang berjaya mengutip kesemuanya. Kerana tatkala mengutipnya pasti ada yang terluka.

untuk mu, wahai puteri

Untuk Wanita yang Lelah:
Hapuslah Air Mata di Pipi, Hilangkan Lara di Hati

ღ☆ღ*♫•**♫.♫.¸¸..¤*¨*.•*ღ☆ღღ☆ღ*♫•**
La Tahzan Innallaha Ma’ana
♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪*¨*•♫♪

Hidup memang penuh dengan goresan warna
Gelisah, duka dan air mata juga menjadi lukisannya
Jikalau rasa itu masih saja menghuni rongga hati dan menghentak dada
Cubalah melihat keindahan alam semesta
Seraya tafakur, mendekatkan diri pada Sang Pemilik Cinta

Kegelisahan, kedukaan dan air mata adalah bahagian dari sketsa hidup di dunia. Titisan air mata yang bermuara dari hati dan berselimutkan kegelisahan jiwa terkadang memilukan sehingga membuat keresahan dan kebimbangan. Kedukaan kerana kerinduan yang teramat sangat dalam menyebabkan kepedihan yang menyesakkan rongga dada. Lalu hati menciptakan serpihan kegelisahan, bagai anak kecil yang hilang dari ibunya di tengah keramaian.

Letih..

Sungguh amat letih jiwa dan raga. Sendirian mengayuh biduk kecil dengan rasa hampa.

Wahai saudari solehah sekalian,

Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai merubah pandangan kepada Pemilik Cinta. Kalaulah rasa itu selalu menghantui, usah kau lara sendiri duhai saudaraku. Taqarrub-lah kepada Allah swt. Kembalikan segala urusan hanya kepada-Nya, bukankah hanya Dia yang Maha Memberi dan Maha Pengasih. Ikhtiar, munajat serta untaian doa tiada habis-habisnya curahkanlah kepada Pemilik Hati. Allah pasti memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya, meski dia tidak menyedarinya.

Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam. Menangislah dengan air mata permohonan kepada-Nya di setiap sujud dan keheningan pekat malam. Jadikan hidup ini selalu penuh dengan harapan yang baik kepada Sang Pemilik Jiwa. Bersiap menghadapi pusingan waktu, hingga setiap gerak langkah serta helaan nafas bernilai ibadah kepada Allah swt. Tausyiah-lah selalu hati dengan tarbiah Ilahi hingga diri ini tidak sepi dalam bersendirian.

Sabarlah saudaraku yang solehah.

Bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dengan kemewahan sinar keemasannya. Malam masih indah dengan sinar lembut rembulan yang dipagar bintang gemilang. Kicauan bening burung malam pun selalu riang bercanda di kegelapan. Senyumlah, laksana senyum mempesona butir embun pagi yang selalu setia menyapa.

Hapuslah air mata di pipi dan hilangkan lara di hati. Terimalah semua sebagai sebahagian dari perjalanan hidup ini. Dengan kebesaran hati dan jiwa, dirimu akan menemukan apa rahsia di sebalik titian kehidupan yang telah dijalani. Hingga kelak akan engkau rasakan tidak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat sendiri, insya'Allah.

Serahkan semuanya pada ketentuan Allah yang Maha Mengatur, insya'Allah tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Yakinlah dengan Tuhan-Mu.

Allahu Maha Tahu

redha

Kadang-kadang dalam satu persahabatan atau perhubungan hanya satu pihak saja yang beria-ia untuk menjaga hubungan, selalu mengalah jika ada perbalahan walaupun kadang-kadang tidak bersalah dan cuba memperbetulkan keadaan jika ada perselisihan faham.

Sedangkan di satu pihak yang lain tidak berusaha ke arah itu. Bahkan akan mulai menjauhkan diri secara perlahan-lahan dan mungkin satu masa akan terus menghilang. Kalau keadaan ini berlaku, biarkan saja dia pergi jika itu yang terbaik dan menjadi pilihannya yang tepat.

Mungkin dia tidak selesa lagi untuk terus akrab dengan kita. Mungkin juga mereka telah pun melupai saat-saat gembira yang dilalui bersama. Atau mungkin dia telah bertemu orang yang jauh lebih baik daripada kita. In sha Allah akan ada yang lebih baik dan lebih memahami diri kita bakal hadir dalam hidup kita nanti

Sunday, February 5, 2012

luahan hati

sayaa rasa sangat malu bila tgk gambar ni. tak tahu lah kenapa. mungkin sebab sayalah yang selalu mengadu kepada benda2 "whatsoever" ni sebelum saya mengadu pada Allah.

gambar ini betul2 menjentik hati saya yang kotor ini.. anda bagaimana?

:(