Wednesday, May 16, 2012

jauhi aku, dekati waliku....

"Jika lelaki anggap kita sebagai teman wanita, itu tanda dia sedang beri cinta murahan. Nak pandu uji sahaja. Tak pun, touch and go."

"Jika lelaki muliakan kita dengan pangkat isteri, itu baru tandanya dia jujur mencintai," kata kakak.

"Lelaki suka menguji sama ada kita hanya layak dijadikan mainan atau dijadikan pendamping seumur hidup. Dia menilai melalui cara kita melayani kata-katanya," dedah kakak.

"Bagaimana?" Qani'ah bertanya.

"Kalau kita terhegeh-hegeh dan senang percaya, dia akan main-mainkan perasaan kita dengan ayat-ayat keramat. Kalau kita ada prinsip, dia akan hormat," kata kakak.

"Apa prinsip kakak?" Qan'iah bertanya lagi.

"Kalau ada orang minat kakak, kakak akan kata, 'Jauhi diriku, dekati waliku'. Hanya lelaki yang berani jumpa wali terus, layak kita tabik kejujurannya. Dia buktikan dia betul-betul serius mencintai kita. Dia tiada peluang langsung untuk permainkan kita," kata kakak.

Tuesday, May 8, 2012

salah faham, alhamdulillah, dan berjaga-jaga

firstly, ya ampun.. previous entry ada gambar cincin kan? hehe. tu bukan cincin saya. cincin bakal tunang abang saya.. insyaallah, mereka akan bertunang pada 3/6/2012.. insyaallah.. dengan izin Allah jua semua ini berlaku.

secondly, alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah..
thesis berjaya disiapkan walaupun bergeut dengan air mata, tenaga. tapi itu lah yag terpaksa dilalui demi sebuah thesis. apepun, syukur sangat2 semuanya berjaya disiapkan..

thirdly, ini berlaku kepada saya 2 hari yg lepas.
selepas daurah di serdang, saya dan kawan saya pergi ke jusco ape ntah. dekat balakong tu. so, kitorang makan, then biasalah perempuan. mesti nak jalan2 tengok baju2 bagai. then, kitorang gerak ke tempat kasut.
masa ni saya perasan, ada seorang perempuan yang bawa beg tangan yang besar. die macam menyendeng2 dekat saya. saya pun time tu dah macam, ape hal perempuan ni duk nyendeng2 saya kan. lagipun, jalan tu sempit. saya maafkan je lah walaupun hati ada sedikit panas. dah lepas tengok kasut, saya and kawan saya pergi lah ke tempat membeli air. sebab dahaga . ye lah, dahagalah jugak sebab tengok kasut2 yang cantik tapi x mampu nak beli. hehehe.

tengah2 beratur, saya pun gagau lah beg saya tu nak ambik purse. at the same time, kawan saya cakap, eh, kenapa beg kau koyak ni. isk isk.. pastu, saya perasan, bila masa pulak beg saya ni koyak sedagkan beg ni beg kain yag tebal. bila tengok2 balik, koyaknya pulak bukan lah dekat tempat jahitan, tapi di sebelah die..cara koyak tu, macam beg saya ditoreh denga pisau. saya mula rasa x sedap hati. tengok balik dalam beg tu, buku ada, quran ada, hp ade. tapi purse saya tak ade! menggigil saya tengok purse tak ade.

kitorang pun pantas lah ke tempat kasut tu balik. cek2 pun x de jugak. then, kitorang report dekat security dekat tigkat atas. otw nak ke tingkat atas tu, saya pk balik. pelik lah jugak kalau saya x sedar purse saya jatuh, sdagkan purse saya ade loceng. kalau jatuh sekalipun, mesti lah berbunyi. dan lagi satu, purse saya tu warna hijau. terang lagi jelas kalau jatuh di tempat awam. pastu, baru saya teringat, masa perempuan tu nyendeng2 saya, saya ada rasa tajam2. tapi time tu saya assume tajam tu sebab beg die. then saya pun buat x tahu. huhu.

bila sampai dekat tempat security, pum pang pum pang buat aduan, kitorang pun bergerak nak balik lah. nak buat report polis. tapi, dalam masa yang sama, saya tak rasa apa2. macam purse saya masih ada. x hilang. baru dalam few seconds kitorag gerak, security panggil. die kata ni ada purse customer jumpa. dan

memang tu purse saya! tapi, dalam keadaan terbuka dan duit saya hilang. tapi alhamdulillah, kad bank etc semua masih ada. bila pk2 balik, saya yakin, beg saya ditoreh, di ambil duit, kemudian di letakkan di satu tempat yg lain..

tapi, tak ape lah. saya halalkan semua duit saya. mungkin ini tarbiyyah Allah untuk saya supaya lebih banyak bersedekah dari berbelanja. khalas. semuanya berakhir di situ.

dan pesan saya, jagalah beg masing2 ketika di shopping complex. bila masih ada yang mencuri, kita tahu, sebenarnya dakwah masih belum berjalan lancar kerana masih ada orang yang sanggup berbuat dosa di luar sana..

wallahualam

Wednesday, May 2, 2012

insyaallah.. dengan izin Allah :)

banyak benda ingin saya ceritakan. tapi semua kena hold dulu sebab thesis belum siap. wua wuaa!! jadi, saya letak gambar je dulu. so that nanti saya akan ingat apa yang nak saya ceritakan. biiznillah :)

insyaallah.. :)

ajaibnya cinta :)

Tidak perlu diajar cara apabila sudah cinta. Kerana dalam cinta itu sudah menyala kemahuan yang menimbulkan seribu cara untuk meluahkannya.

Mungkin si kaya pulang bersama cincin permata untuk menghargai si isteri.
Atau petani hanya membawa sebiji mangga untuk dimakan bersama sang permaisurinya.

In sha Allah, buruh yang pulang bersama keringat disambut dengan senyuman dan dihadiahkan seteguk air sejuk oleh isteri tentunya lebih bahagia dan dihargai daripada seorang jutawan yang hanya disambut di muka pintu villanya oleh orang gaji.

Begitulah ajaibnya cinta yang diciptakan oleh Allah