Tuesday, September 4, 2012

pilihan itu


Ya Robb..
Jika ada dua pilihan dan diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya
Jika ada sepuluh pilihan dan diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya
Jika ada seratus pilihan dan diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya
Dan jika hanya ada satu pilihan, dan tidak ada dia dalam pilihan itu…
Maka aku pun akan menerimanya sebagai pemberian terbaik dari Mu…
Aku tidak akan memaksakan diriku untuk memilihnya
Karena Engkaulah yang Maha Mengetahui
Karena Engkaulah yang Menciptakanku
Karena Engkaulah yang Memelihara diriku


Ya Muqollibal Qulub, Tsabbit Qolbi ‘ala Diinika..
Aku yakin bahwa tidak ada Ketetapan Mu yang salah
Aku yakin bahwa semua Kehendak Mu sangat terukur
Buatlah aku mencintai pilihan yang Kau berikan
Buatlah aku setia pada pilihan yang Kau berikan
Buatlah aku menyayangi pada pilihan yang Kau amanahkan



Ya Robb..
Dengan segala Kekuasaan Mu
Dengan segala Kekuatan Mu
Dengan segala Keagungan Mu
Hamba mohon pada Mu,
Kuatkanlah hati ini saat ketetapan Mu membuat hati ini terasa sempit
Tenangkanlah hati ini saat ketetapan Mu membuat hati ini terasa berat
Sesungguhnya hanya dengan PertolonganMu, diri ini bisa menjalani semua ketentuanMu.

redhailah aku...
hanya itu aku mahu.....


ia pasti datang... pasti!

pada saat dan ketika ini, hati saya berbaur2 perasaannya. bila melihat ex housemate sudah punya kerja tetap, saya cemburu.. tawaran kerja yg bagi saya sangat menarik.. basic gaji sahaja sudah mencecah rm 2500.. saya?

saya ambil satu masa untuk bermuhasabah. mungkin, belum ada lagi satupun pekerjaan yang benar2 "bersih" gajinya untuk saya gunakan. mungkin juga belum ada satu pun kerja yang betul2 mampu saya tanggung andaikata saya berpeluang memegang jawatan itu.. tapi saya percaya...

akan datang satu ketika, peluang itu akan datang tepat pada masa nya.. insyaallah.. semoga ALLAH benar2 redha dengan apa yang saya lakukan..

doakan saya !


Sunday, September 2, 2012

bersawang

fuh fuh *buang habuk* 

lama dah tak bersiaran kat sini. nak kata sibuk, memang tak. nak kata internet lambat, x juga. nak kata malas, memang ya. :P 

alhamdulillah. masa berlalu dengan sangat pantas. pernah terbaca kat mana ntah, klu kita buat benda lagha, cepat je rasa masa berlalu. sebab, Allah x nak kita berada dalam keadaan tu lama2. contoh: bukak fb. tengok page orang tu, orang ni, sekali dah sejam. rasa cepat je!...  cuba bila kita tengah buat benda baik contoh, zikir, kita akan rasa benda tu sangat lama. setiap detik tu, kita dapat hayati dengan penuh khusyuk. sbb nya Allah nak biarkan kita lama2 dalam keadaan yang bersih mcm tu. :) cuba try! :)

satu pengalaman bila dah habis belajar, bilamana dulu masa belajar rasa nak cepat2 habis. sebab x tahan dengan assignment etc. tapi once dah graduate, terasa beban tu lagi besar. nak cari kerja, nak ada simpanan untuk masa depan, etc. terus jatuh terduduk.. terus rasa errmmm nak sambung belajar balik.. :( tapi hakikatnye, nak x nak tanggungjawab tu mesti kena lalui bila sampai masanya.. hurmmm.

banyak sangat benda nak cerita kat sini, tapi biasalah.. MALAS.. :p

insyaallah.. ada waktu dan ketika bersua lagi.. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN! :)