Thursday, March 24, 2011

layan!



Pertemuan ini pertemuan terakhir
Dari dua insan yang sedang berkasih
Kerna esok hari kita tidak lagi
Digelarkan pasangan bercinta
(Pertemuan kita yang terakhir)

Sudah ku menduga kau akan berubah
Cuma tunggu masa untuk kau meluah
Tapi hari ini terbukti semuanya
Kau pinta ku melupakan dirimu

Tak apalah... ku tak kisah
Memang itu keputusanmu
Memang itu nasib aku
Sering terluka dan jiwa tersiksa


Biar hitam sejarah hidupku
Namun aku tetap tabahkan hati
Kesal memang kesal hatiku tercalar
Siapalah yang inginkan perpisahan

Andai suatu hari ada orang yang bertanya
Mengapa kita tidak lagi bersama
Jawablah bahawa jodoh kita tiada
Dan kita tidak pernah sengketa... oh

Moga engkau... berbahagia
Di sampingnya yang engkau puja
Cuma satu yang aku pinta
Undanglah aku di hari bahagiamu

Walaupun berat hati melepaskan, walau terpaksa menangis saban malam, tetapi demi Allah yang menguasai segala batasan, dikuatkan dan dimuktamadkan perpisahan, menjunjung tinggi fiqh aulawiyat. Jika benar mengasihi seseorang, tak semestinya perlu dipegang, tetapi kadang-kadang perlu dilepaskan.


sedih oh, tapi x pe lah. ikhlaskan hati atas perpisahan ni. aku pecaya....

muslimah yang sebenar tidak akan redha dirinya dipuji dan dipuja lelaki ajnabi yang punya penyakit dalam hatinya kerana kebanggaan dan keseronokan itu disimpannya dalam-dalam, hingga saat dahinya dikucup lembut suami tercinta yang mengambilnya dengan nama Allah, buat kali pertama.. (iqbal syarie).

aduhai, tabah lah suraya.. n berusaha untuk menjadi muslimah sebenar!

No comments:

Post a Comment