cerita basi. tapi sampai sekarang bila teringat akan tersenyum sorang-sorang..
it happened last year, masa tu dalam pukul 4 - 5 pagi.. sambil rehat sekejap, saya bukak radio ikim. masa tu slot ulangan tentang tanya lah ustaz apa-apa pun.. dalam 5 minit pertama dengar lah soalan-soalan yang ditujukan para pendengar dan ustaz tu pun jawab. at the same time mata saya ni pun tinggal separuh sebab sudah lewat dan penat sangat.. tiba-tiba ada soalan yang buat mata saya segar kemain ..
dj : ya, encik X, sila ajukan soalan encik
pakcik. x : macam ni, tadi saya pi semayang jumaat dengan kawan saya, lepaih tu dia tinggai saya sorang, dia balik dulu.. apa hukumnya ustaz? zalim ka macam tu? *dalam hati excited nak dengar jawapan ustaz*
ustaz y : *gelak kecil* tak ade lah macam tu. kita patut berterima kasih pada dia sebab dah tumpangkan kita ke masjid. bersangka baik mungkin dia balik sebab ada hal penting. itu tak dinamakan zalim. bla bla blaa....
kemudian ada caller yang lain call dan ustaz tu jawab.. then 4 minit kemudian,
dj : ya, siapa di tali *tak habis cakap*
pakcik x : dak, bukan saya nak ikut dia, dia yang ajak saya. dah tu tinggai saya sorang-sorang. bukan saya nak sangat ikut dia tapi dia sungguh-sungguh ajak saya tut tut tut tut * terputus talian*
dj & ustaz y : hahahaha.. ok pemanggil seterusnyaa..* malas layan*
haha.. time tu kalau dengar live, serius kelakar sangat.. boleh pulak call sekali lagi sebab nak terangkan yang zalim kawaannya ni sebab tinggalkan dia lepas solat jumaatt. saya tak ingat sangat exactly dialognya, tapi lebih kurang macam tu lah.. lepas dengar tu, satu harapan saya.....
semoga pakcik x masih lagi berkawan dengan kawannya.. dan semoga pakcik x tak ditinggalkan lagi lepas solat jumaat.. :) lain kalo call lagi ye pakcik.. .
No comments:
Post a Comment