Tuesday, February 26, 2013

laporan semasa

minggu ke dua pembelajaran..

cuma ada satu kelas dalam 7 hari minggu ini.. nak sangat balik rumah.. tapi, memikirkan wang, tenaga dan masa perjalanan, hasrat dikuburkan begitu saja..

orang tanya, so, hows study?

so far, alhamdulillah. sebab baru 2nd week kan.. tapi im sure sooner or later, air mata pasti akan tumpah. cengeng betol! :P

menjadi paling muda di kelas, tiada pengalaman, membuatkan saya cemburu. masing-masing punya pengalaman bekerja tersendiri which give them a lot of advantages. ada yang bekerja di luar negara sebelum sambung master , ada yang itu ada yang ini.. im so jelly!

tapi honestly, bersama org yg lebih tua mengajar saya untuk jadi lebih matang. kalau dulu semuanya nak orang yang temankan , sekarang insyaallah, sedang berusaha untuk ke mana-mana bersendiri..

oh aah, semalam laptop yg tercinta ni buat hal. termenangis lah sekejap sebabnya time-time macam nilah kau nak rosak pun kan.. dah la duit pun cukup-cukup je. nak kena pulak melayang untuk laptop ni. melayang jugak lah 200++. sebab hard disk memang inalillah..

bila balik bilik, tengok tak ada langsung doc yg boleh diselamatkan . none! redha sajalah..

tapi, bila lama sikit fikir, nasib lah Allah bagi masalah ni masa bukan time c/work.. kalau tak, bergegar kolej ni dibuatnya,, huhu.. apa-apa pun, syukur sebab ALLAH dah bagi pinjam hard disk lama tu bertahun lamanya, susah senang bersama. dah sampai masanya agaknya.. :'( bagi diri ini, hard disk itu bukan sekadar hard disk biasa. ia datang bersama memori dengan seseorang.. hurm..

disebabkan duit sudah melayang ke komputer , megi menjadi makanan yang paling sedap di abad ini.. orang kata, megi itu tak elok untuk kesihatan. yup. no doubt. tapi kalau kau di tempat aku, serius, megi makanan paling sedap, jimat dan mengenyangkan.. haha

tapi, alhamdulillah for everything.. long way to go tapi perjalanan ini tak berjaya diharungi kalau bukan kerana yang DI ATAS. semoga Allah redha dengan perjalanan ini..

insyaallah..

p/s: i miss u.. see u in 1 month time. biiznillah..

Friday, February 22, 2013

to God we all belong, and to Him we’ll return

semua orang pernah rasa kehilangan orang yang tersayang.. saya jua..
dalam banyak-banyak kehilangan orang yang saya sayang, ada satu yang membekas di hati.
mengambil masa bertahun tahun untuk pulihkan semangat yang telah hilang.
even sekarang pun saya masih berusaha untuk menerima kehilangan beliau.

bukan mudah. banyak yang dikorbankan semata-mata menerima hakikat beliau telah tiada.
bila tidur, saya harap esok beliau berada di sisi saya.
tapi semuanya tinggal harapan..

hari demi hari, harapan tidak pernah pudar.
tidak pernah sekalipun saya missed untuk mendoakan semoga beliau sentiasa dalam rahmat Allah.
dan semoga saya dapat bangun dengan semangat baru untuk meneruskan kehidupan ini dengan ketiadaan beliau..

semakin hari, saya sedar..
beliau hanya pinjaman dari Allah
supaya saya belajar sesuatu yang penting dari-Nya.
terima kasih, Allah..
atas pinjaman yang Engkau berikan ke dalam hidupku..

baru sebentar tadi terdengar lagu so soon oleh maher zain.
air mata menitis...
setiap lirik  :'(

kuatlah, suraya..


Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around [x2]
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever

You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever

You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone

There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return, ooh


You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon


so soon


Tuesday, February 19, 2013

not now

tahun ni insyaallah 23 tahun. ada orang cakap, masih muda untuk berkahwin.. ada orang cakap, sudah sampai waktu untuk berkahwin..

bagi saya, rasa untuk berkahwin itu, ada. teringin untuk berkahwin itu, ada. tapi kalau betul-betul untuk berkahwin itu, tiada..

bila melihat abang saya berkahwin, sedikit sebanyak membuka mata saya tentang alam perkahwinan. bukan mudah.. kalau kau tak didik dia ke jalan yg betul, neraka lah jawabnya.. kalau dah masuk bab neraka ni, bukanlah perkara yang boleh cakap, alah, ok je tu.. alah, rileks lah.. tak semudah itu.. isteri, kalau kau buat sesuatu tanpa redha sang suami meskipun puasa ganti atau ke rumah jiran, tangungglah nanti di sana..

bukan untuk mengatakan ke"scary" an dunia rumah tangga. tapi lebih kepada bersiaplah sesiapnya, sebelum melangkah ke alam itu. huhu.. sesiapa yang dah melangkah ke alam itu, dan bertahan sampai ke hujung nyawa, memang saya respect.. kata orang, sebelum nikah semuanya disimpan rapi di dalam kocek. bila sudah sah, keluarlah diri yang sebenarnya.. huhu

mulanya, saya rasa biasa saja. boleh di tahan lagi nafsu dan keinginan untuk berkahwin.. saya rasa, ok, kahwin is not my priority rite now. tapi bila terjadi sesuatu baru2 ini, saya rasa oh, ini betul-betul terjadi. kau tidak lagi muda untuk menolak semuanya.. tapi bila dah cool down perkara tu, dan bila datang ke tempat baru ini, setiap masa saya di tanya tentang bila nak caari jodoh, jom kita isi borang bm, bila jalan-jalan di kampus carilah sumber inspirasi etc. setiap masa! walhal saya baru 2 hari di sini..

huhu.. saya tak tahu nak berkongsi dengan sesiapa di sini mengenai hal ini.. saya cuma ada blog untuk luahkan apa saya rasa. huhu.. saya datang ke sini dengan niat memulakan hidup yang baru dalam masa yang sama ingin meletakkan hasrat berkahwin sejauh mungkin.. tapi u know kan, bila kau seorang berfikir begitu, sedangkan yang lain berfikiran sebaliknya, sumtimes semua ini sangat menyesakkan dada.

mungkin juga saya yang paling muda di sini, dan range usia mereka antara 25-27. mungkin mmg itu lah yang seharusnya difikirkan di usia mereka. cuma, kenapa saya terlekat di sini?? huhuhu..

entah lah.. sumtimes apa yang kita rasa dan yang kita fikirkan tak sama dengan apa yang di tulis. huhu.. keadaan mcm ni buat saya nak balik rumah sangat2.. huhu.. sebab tu saya cuma terperuk di bilik.. yang lain pergi berjalan dari bilik ke bilik dan berbincang hal tadi.. tpi kalau dah diorang datang ke bilik, ape lagi nak di buat. layankan je lah..

hai lah.. baru dua hari.. semoga saya bertahan untuk setahun dan setengah yang mendatang... (@-@)

di kejauhan

insyaallah. today dah start my first class.. semoga semuanya lancar..

hari ni hari ke dua berada di sini.. hati masih d rumah, fikiran masih di rumah.. sampai je dkt sini smlm, terfikir, alahai.. dah ad kat sini dah.. means, dah x boleh main2, no turning back, no no no..

takut sbnrnya ni. entah lah apa yang nak di takutkan.. tapi biasalah, mula-mula d tempat orang. lama-lama biasa la, ye dak?

bila first time dduk jauh ni, terfikir.. siapa nak jaga mak ayah, kalau diorang sakit etc. huhu.. tapi naqibah saya pesan, bila kita jauh dari mak ayah, kita titipkan pada Allah untuk jaga diorang. yup.. Allah lah sebaik baik penjaga..

banyak benda untuk di tulis.. banyak. tapi lately, Allah menguji apa yang telah saya tuliskan, yang telah saya cakapkan.. take times untuk saya bermujahadah dengan semua ni.. huhu..


Tuesday, February 12, 2013

another girl in the family

alhamdulillah. tsummalhamdulillah..

9 feb 2013, berakhirlah kisah hidup bujang bagi seorang teruna dan seorang dara. alhamdulillah.. abang saya telah berjaya dengan izin Allah menamatkan zaman bujangnya . alhamdulillah..

6 tahun punya jalan percintaan. putus cinta,  sambung semula, tangisan, gelak tawa semua ada dalam tempoh 6 tahun.. bukan mudah, tapi kalau dah jodoh, tak ke mana, ye dak?

perasaan, sedikit neves sebenarnya sekarang. kalau dulu, kelibat seorang sahaja anak perempuan dalam rumah ni, sekarang sudah ada dua. kalau dulu hanya 3 orang yang layak memanggil emak saya dengan panggilan emak, sekarang sudah berempat. kalau dulu hanya berlima dalam rumah ni, sekarang sudah berenam..

dan, yang paling penting sekali, kalau dulu hanya 4 orang hatinya yang perlu saya jaga, kini menjadi lima hati.. Allahurobbi.. permudahkanlah ..

orang kata, masa bercinta semua indah belaka, bila kahwin, semua mula terbuka.. semoga semuanya akan baik2 sahaja..

masa akad nikah, sangat2 sebak . bila abang mula bersalam dengan mak, jatuh semua air mata. sanak saudara juga terasa kesedihannya. abang saya ni, muka garang, perangai pun garang, tapi hakikat yang keluarga sahaja tahu, dia seorang anak mak. gaduh lah macam mana pun, balik ke mak. nak makan nasik, mak sendukkan. baju mak basuhkan. malah dia lebih terbuka untuk berkongsi kisah cinta yang tak dikongsi kepada sesiapa melainkan kepada emak. even, masa bersiap2 untuk akad nikah, dia mintak emak yang tolong pakaikan sampin.. dalam kebengisan wajah, dalam kekerasan hati, terselit sifat manja dengan mak.

masa kami sekeluarga berangkat pulang pun, mak sebak nak tinggalkan dia bersama keluarga mertua. tapi, adatlah. lumrah dunia.. bila sampai masa, semua orang akan merasa..

mendapat seorang kakak ipar dari negeri pantai timur, membuka mata saya seluasnya mengenai adat-adat di Malaysia contoh :

1. tok kadi . sangat mudah. tiada soalan2 yang ditanya kepada pengantin lelaki seperti mana yang berlaku di negeri saya sendiri. malah, akadnya juga mudah. begitu juga halnya dengan saksi.

2. walimah. hari walimah pada 10 hb. and surprisingly, cuma ada dua khemah. satu lelaki satu perempuan. tiada meja, cuma ada kerusi. totally different from apa yang pernah saya pergi. majlis mesti sekurang2nya 3 khemah, ada meja dan kerusi untuk tetamu duduk. bila ditanya orang lain, memang itulah caranya majlis perkahwinan di sana.

tapi, apa yang saya dapat rumuskan , orang2 di sana bersikap mudah. ingin memudahkan urusan perkahwinan yang mulia tanpa rasa membebankan pihak pengantin. which i think sangat bagus. perkara yang baik harus dipercepatkan . tapi perkara2 yang remeh macam hantaran yang mahal, belanja kenduri yang mahal2, semuanya melambatkan urusan malah tidak digalakkan oleh Islam..


apa-apa pun, semuanya berjalan lancar . menunggu satu lagi majlis di side lelaki bulan 3 ini... semoga dipermudahkan segalanya.. insyaallah..


selamat pengantin baru to abang and kakak. selamat melayari bahtera perkahwinan dan semoga membentuk keluarga sakinah hendaknya.. insyaallah..

 akak nikah..

post wedding photo.. saya pun tak faham kenapa muka abang saya "ketat".. haha..

Wednesday, February 6, 2013

Sunday, February 3, 2013

random

1. hari ni official registration day. alhamdulillah semuanya okay..

2. cuaca pun okay.. tapi so far dduk sini 2 hari, rasa mcm dduk cameron highland. sejuk kemain! nak mandi pun ya robbi, bercinta .. tapi alhamdulillah rezeki belaka..

3. mmg dah takdir time macam ni lah gusi nak membengkak dengan cargas nya.. sakit nak kunyah apa pun.. huhu..

4. here come the good news..

hari ni "check in", esok boleh "check out". alhamdulillah.. biiznillah .. sempat saya balik untuk ke majlis akad nikah abang.. :)

5. masa briefing tadi, rasa mcm nak give up je.. leceh  betul ini nak kena buat, itu nak kena buat. rasa mcm ah, susah2 sangat behenti je lah nanti.. boleh pulak terpikir mcm tu. haha... tapi satu hakikat yang tak boleh diubah,...


6. rumate saya seorang pelajar PhD .. satu cabaran buat saya.. hehe.. semoga menjadi motivasi untuk diri ini.. insyaallah..

p/s: i miss u.. jaga diri baik2 di s'wak nun :)

Saturday, February 2, 2013

bersiaran langsung

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah, selepas 9 jam perjalanan saya tiba di "bumi" baru.. first impression, besaaaaaarnya tempat ni!

besar sampai sesat dalam kawasan u tu sendiri.. hostel pulak memang terbaik punya jauh dari fakulti.. :(

perasaan sekarang ni berdebar-debar. betul ke keputusan yang dah di buat ni.. sampaikan, sebelum berangkat tadi mintak pada Allah, kalau lah ini memang jalanku, permudahkanlah.. kalau pilihan ini bukan untukku, jauhkanlah dengan cara apa sekalipun.. but, alhamdulillah, semuanya lancar sampai sekarang.. mungkin benar, inilah jalan yg terbaik untuk saya..

apa pun, berharap semuanya dipermudahkan..

robbi yassir wa la tuassir..

note: sebelum pergi sempat msg seseorang namun apa yg boleh dikata " datang x dijemput, pergi x dihalang, apa lagi yang kau harapkan, suraya ".. bertabahlah...