9 feb 2013, berakhirlah kisah hidup bujang bagi seorang teruna dan seorang dara. alhamdulillah.. abang saya telah berjaya dengan izin Allah menamatkan zaman bujangnya . alhamdulillah..
6 tahun punya jalan percintaan. putus cinta, sambung semula, tangisan, gelak tawa semua ada dalam tempoh 6 tahun.. bukan mudah, tapi kalau dah jodoh, tak ke mana, ye dak?
perasaan, sedikit neves sebenarnya sekarang. kalau dulu, kelibat seorang sahaja anak perempuan dalam rumah ni, sekarang sudah ada dua. kalau dulu hanya 3 orang yang layak memanggil emak saya dengan panggilan emak, sekarang sudah berempat. kalau dulu hanya berlima dalam rumah ni, sekarang sudah berenam..
dan, yang paling penting sekali, kalau dulu hanya 4 orang hatinya yang perlu saya jaga, kini menjadi lima hati.. Allahurobbi.. permudahkanlah ..
orang kata, masa bercinta semua indah belaka, bila kahwin, semua mula terbuka.. semoga semuanya akan baik2 sahaja..
masa akad nikah, sangat2 sebak . bila abang mula bersalam dengan mak, jatuh semua air mata. sanak saudara juga terasa kesedihannya. abang saya ni, muka garang, perangai pun garang, tapi hakikat yang keluarga sahaja tahu, dia seorang anak mak. gaduh lah macam mana pun, balik ke mak. nak makan nasik, mak sendukkan. baju mak basuhkan. malah dia lebih terbuka untuk berkongsi kisah cinta yang tak dikongsi kepada sesiapa melainkan kepada emak. even, masa bersiap2 untuk akad nikah, dia mintak emak yang tolong pakaikan sampin.. dalam kebengisan wajah, dalam kekerasan hati, terselit sifat manja dengan mak.
masa kami sekeluarga berangkat pulang pun, mak sebak nak tinggalkan dia bersama keluarga mertua. tapi, adatlah. lumrah dunia.. bila sampai masa, semua orang akan merasa..
mendapat seorang kakak ipar dari negeri pantai timur, membuka mata saya seluasnya mengenai adat-adat di Malaysia contoh :
1. tok kadi . sangat mudah. tiada soalan2 yang ditanya kepada pengantin lelaki seperti mana yang berlaku di negeri saya sendiri. malah, akadnya juga mudah. begitu juga halnya dengan saksi.
2. walimah. hari walimah pada 10 hb. and surprisingly, cuma ada dua khemah. satu lelaki satu perempuan. tiada meja, cuma ada kerusi. totally different from apa yang pernah saya pergi. majlis mesti sekurang2nya 3 khemah, ada meja dan kerusi untuk tetamu duduk. bila ditanya orang lain, memang itulah caranya majlis perkahwinan di sana.
tapi, apa yang saya dapat rumuskan , orang2 di sana bersikap mudah. ingin memudahkan urusan perkahwinan yang mulia tanpa rasa membebankan pihak pengantin. which i think sangat bagus. perkara yang baik harus dipercepatkan . tapi perkara2 yang remeh macam hantaran yang mahal, belanja kenduri yang mahal2, semuanya melambatkan urusan malah tidak digalakkan oleh Islam..
apa-apa pun, semuanya berjalan lancar . menunggu satu lagi majlis di side lelaki bulan 3 ini... semoga dipermudahkan segalanya.. insyaallah..
selamat pengantin baru to abang and kakak. selamat melayari bahtera perkahwinan dan semoga membentuk keluarga sakinah hendaknya.. insyaallah..
No comments:
Post a Comment