Saturday, March 30, 2013

tarbiyyah pesta hot air balloon

bila bukak fb sekarang, ramai yang cakap excited nak pergi pesta hot air balloon dekat putrajaya. baru lah perasan yang sekarang ni pesta tu tengah buat. kalau tak bukak fb x tahu lah ada pesta tu sekarang..

bila ingat pasal pesta hot air balloon ni, teringat kisah tarbiyyah yang saya dapat masa saya dan dua orang lagi kawan di bawa oleh kakak-kakak yang baik ke sana 2 atau 3 tahun lepas sebab kami ni masa belajar asek la stay kat hostel. tak keluar mana-mana. so kakak-kakak yang baik ni pun berusaha cari kereta untuk bawak kami yang seramai 3 orang ni untuk jalan-jalan. sebenarnya nak tarik masuk usrah, tapi kami anggap saja lah jalan-jalan. time tu semangat dakwah lite-lite lagi. kalau kena tinggal pun, tak rugi Islam. tapi sebab kakak-kakak yang baik ni, bersabar dengan kerenah kami, berusaha untuk tak biarkan kami ditinggalkan, alhamdulillah, masih berada dalam jalan ni sekarang.

btw, dalam 2 3 hari sebelum nak ke putrajaya tu, kakak2 tu plan nak bawak kami ke taman botani putrajaya. nak tadabbur alam. tapi kami ni sebab nakal2 lagi time tu, gigih google internet and bagitau yang ada pesta hot air balloon ni hari yang sama. bagi hint kat kakak2 tu tak yah la pegi taman botani sebab taman botani tu bila2 ada, pesta ni tak selalu ada. kakak2 tu pun dengan penuh sabar, layankan je lah permintaan kami ni. sebab kami adik, dan kami manja. haha..

jadi, bergeraklah kami ke sana. dipendekkan cerita, kami stay x sampai sejam kot. sebab bosan. banyak je aktiviti, tapi kami rasa bosan. tak tahu kenapa.

lepas balik pesta tu, kami straight away pergi masjid besi, solat sunat dan sharing2 sikit kat sana. itu lah first time saya jejak kaki dekat masjid besi tu. jadinya, masa sharing tu, ada sorang kakak ni cakap, perasan tak, benda yang dibuat oleh manusia ni, kita akan rasa seronok sekejap saja, berbanding bila kita berada di tempat yang mcm air terjun, taman, tempat2 yang Allah sediakan untuk kita tengok, rehatkan diri etc. time tu rasa berdesup hati!

indeed, its true. perasaan seronok ada dalam pesta tu, sekejap sangat. tak boleh nak gambarkan macam mana perasaan bersalah time tu sebab ajak kakak2 ni pergi pesta tu. tapi tu lah, semuanya Allah buat bersebab. Allah nak ketuk hati yang keras ni pasal perkara tadi.. ;'(

bukan nak cakap jangan pergi ke pesta tu. tak pun. sekadar sharing perkara yang terjadi pada diri ini, perkara yang membuatkan hati dan akal berfikir tentang statement akak tu.

and alhamdulillah, sangat berterima kasih dekat akak tu sebab lepas2 tu, bila nak pergi mana2 pun, prefer tempat yang rasa seronok tu kekal lama. and most of the time, saya akan ajak adik2 ni pergi air terjun, pergi taman ape ntah dekat putrajaya tu. seronok sangat!

benar kata seorang naqibah, tadabbur alam ni memang sangat membuka mata hati.. :)







No comments:

Post a Comment