Monday, May 23, 2011

this is what i mean

Hate no one, no matter how much they’ve wronged you,
Live humbly, no matter how wealthy you become,
Think positively, no matter how hard life is,
Give much, even if you’ve been given little,
Keep in touch with the ones who have forgotten you,
and forgive who has wronged you, And
do not stop praying for the best for those whom you love.~Hazrath Al



Sunday, May 22, 2011

ya lupa.

bismillahirrahmanirrahim

tadi ya missed one of the best moment yg happened di semenyih cz ya mandi.. wuaa.. bila bukak fb, baru ya perasan ramai kawan2 ckp pasal ni.. nasib lah diorng upload gmbr kat fb. sempat jugak ya merasa.. :)


subhanallah, cantik and style kan?? maha suci Allah, Tuhan yang menciptakan sekelian alam..

dalam menjadi seorng muslim, ya banyak kali lupa pada pengorbanan umat terdahulu yang bersungguh2 melwan musush islam untuk menyebarkan dakwah. ya Allah, sangat bongkak dan takbur diri ya sbb ya bersenang2 atas kesusahan diorng. ya masih tak berdakwah dengan tekun sedangkan mereka telah berkorban nyawa, darah, ahli keluarga untuk memastikan ya hari ni dapat nikmat Islam.. mengucap, ya!

1. Bila malam ya selesa tidur,ya lupa pada:

isteri Nabi Musa a.s yang kesejukkan di bawah kaki bukit Tsur, bersama anak-anaknya, yang tabah menunggu suami serta ayah mereka, yang telah pergi mengambil api dari puncak bukit, tapi suami yang di tunggu tak muncul tiba, kerana hakikatnya si suami sudah di lantik menjadi Nabi

2. Bila ya makan makanan yang sedap, ya lupa pada :

Isteri Nabi Ibrahim a.s yang kepanasan dan kehausan, serta kelaparan dan keletihan dalam mencari air di Lembah Safar dan Marwah.. sedang anak masih dalam susuan, lalu tinggalah dua beranak di lembah Mekah tanpa suami di sisi

3. Bila ya selesa bersolat di bawah kipas dan aircond, ya lupa pada:

Summayah r.aha yang di tombak di kemaluan kerana ugama ini, atau keluarga Yassir yang mati di seksa, atau Nabi zakaria a.s yang di gergaji dan juga Nabi Yahya a,s yang di pancung, semuanya kerana ugama

4. Dalam ya sedap makan kebab, kfc, ya lupa pada :

Khabbab bin Alarat r.a telah di seksa kerana ugama ini, beliau di seret atas bara api sehingga lemak dan darahnya telah memadamkan bara api.. semuanya kerana ugama.... berkorban dalam mencari nikmat berugama

5. Dalam kita bersenang lenang bersama family kita, dan sumtimes kita marah mak ayah kita atas sbb tertentu, kita lupa pada yg diluar sana yg kehilangan keluarga kerana mati syahid. Menjadi yatim piatu kerana terkena peluru dari musuh islam..

astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah.

ya, bertaubatlah.. berusahalah menyebarkan dakwah.. tolonglah! banyak pahala Allah sediakan untuk ya klu ya sama2 ikhlas untuk berjuang di jalan Allah! ya, cukup dgn dunia.. akhirat matlamat kita, ya....

Thursday, May 19, 2011

alhamdulillah dan kopi

assalamualaikum

:) alhamdulillay, ya syukur pada Tuhan sbb tadi ya boleh jawab. alhmadulillah.. syukur sgt2. eventho mcm ingt x ingt, tapi boleh la jawab.. result x penting, tapi ya dah usaha setakat ya mampu, harap2 Allah beri pahala atas usaha ya sebab apa ya buat ni, ya anggap ibadah pada Allah.. insyaallah.. bersangka baiklah pada Allah..

sepanjang ya exam ni, boleh kata tiap2 hari ya telan kopi.. hehe..


bila cakap pasal kopi, x de orang lain yang dapat ingatkan ya pasal kopi except mizan.. dulu ya selalu cakap pada dia, mcm orang tua minum kopi2 segala.. last2, bila ya yang minum, senyum sorang2 ingat balik kejadian dulu. :) isk2.. selalu je ya sakat menyakat dia. tapiiii.. dia lah ketua sakat menyakat ni. x menyakat kawan2 dia, mesti ya yang jadi mangsa. haha.. rindu oo rindu.. ap kabar dia di sana... ya harap sangat dia happy2 dan Allah pelihara dia sebaik nya... kalau dia ada pengganti, ya harap pengganti dia jaga dia baik2, tak macam ya.... ya selalu susahkan dia.. bila fikir2, menyesal .. banyak sangat2 ya susahkan dia.. n if dia masih single, ya harap masih ad ruang untuk ya dalam hati dia meski ruang tu kecil dan sempit yg jauhhhh di sudut hati dia..

kopi oh kopi..

p/s: semoga ya bersatu kembali dgn my "coffee man" satu hari nanti.. dengan izin Allah... ameenn :)

Wednesday, May 18, 2011

cuak



japgi ya ade paper ke 3.. semalam ada satu.. wuaaaa. ya cuak ni!


cuak sampai nak termuntah!*over giler sampai nak termuntah.. hehe


nanti ya update lagi.. cuak sgt 2 ni.. semoga Allah permudahkn urusan ya..

Monday, May 16, 2011

something to ponder..

Cinta yang sebenarnya adalah ketika kamu menitikkan air mata dan masih peduli terhadapnya, adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu masih menunggunya dengan setia. Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih bisa tersenyum dan berkata 'aku turut berbahagia untukmu'.

Lebih menyakitkan menangis dalam hati dari pada menangis tersedu atau mengadu, air mata yang keluar dapat dihapus, sementara air mata yang tersembunyi menggoreskan luka dihatimu yang tidak akan pernah hilang.

happy teacher's day

bismillahirrahmanirrahim

selamat hari guru especially untuk mak, yg jugak seorng guru semasa di sekolah dan full time guru untuk ana for my entire lyfe.. :) love u mom..

x lupa untuk cg2 di luar sana, selamat hari guru..

akhir kata, again.. selamat hari guru! hahaha

p/s:entry paling senang :P

Saturday, May 14, 2011

mungkin

alhamdulillah..

hari ni Allah beri peluang lagi untuk ya "bertemu" direct dgn Allah tatkala orng lain sdg lena tidur.. mmg ya nangis puas2. hambek kate ko! ya mmg penat la hidup mcm ni... trus ngadu pade Allah.. basah telekung n sejadah dgn air mata "mengadu"..

lpas tu, baca quran jap. surah Nuh... alhamdulillah, lepas bc satu ayat tu, rasa mcm dah takut nak ngadu2 pasal hal dunia.. *gulp

pastu, dah selesai semua, jalan2 kat blog orng.. pastu terjumpa satu entry ni. dari seorang lelaki kepada seorang perempuan.. mungkin, sedikit sebanyak entry ni dpt membantu aku untuk memahami mizan.

lelaki suka berdua atau berseorangan? (tajuk entry)

Bila hati dah bertaut dan berpaut,
cinta mesti timbul punya dalam hati,
sapa yang tak pernah jatuh cinta?
aip, jangan tipu.. jangan tipu,
atleast Jatuh cinta pandangan pertama or
cinta bertepuk sebelah tangan?? hah.. sapa pernah angkat telinga, cepat-cepat.. huhu

Bila pasangan berkapel nie,
selalu jer kita tengok diorang duduk selalu bersama,
p makan sama-sama
p tengok wayang, main boling pun sama-sama,
tue tak kira lagi g beli boxer pun ajak awek. kan kan?? ryte?

Tapi,

Ada ketika,
si lelaki hilangkan diri, sepi jer daripada si gadis,
kenapa?
ingin bersendirian or dah bosan?

Jawapannya:
Lelaki suka berdua tapi memerlukan masa untuk bersendirian jua.

Why?
Sebab itu salah satu sebab lelaki itu unik dan berlainan drpd si gadis.

Have fun and dont kotor-kotor pikiran korang dgn memikirkan si lelaki dah buhsan dgn korang.
stop it or, That thing will deserve you all later. real! padan muka. nak sangat kan.. huhu gurau jer

lelaki memerlukan masa untuk bersendirian,
bukan kerana buhsan or merajuk atau apa-ape,
cuma,
Masa bersendirian itu amat bermakna untuk si lelaki utk memenuhi keinginan dan kehendak hati naluri mereka sendiri.. huhu

pasrah

wahai pemilik nyawaku..
betapa lemah diriku ini
berat ujian dariMu
ku pasrahkan semua pada Mu

Tuhan, berikan daku kekuatan disaat ini.
jauhkan putus asa dr diriku..
Tuhan, berikan ketabahan di kala daku terjatuh.
berikan aku semngat untuk bangun kembali.

tuhan, jika aku harus mati,
temukan aku denganMu..
kalau ini yg terbaik,
lakukanlah Tuhanku..





Monday, May 9, 2011

bersangka baik

berikan dia masa untuk mengubah diri dan memantapkan agama. ya yakin, dia seorang yg bertanggungjawab!


from now on, ini pegangan ya.. biarpun sebaliknya yg terjadi, ya tetap berpegang pada prinsip ini... ya x nak mengeluh lagi.. biarkan sama2 mempersiapkan diri.. insyaallah.. bersangka baik dgn Allah, Allah akan menjadi apa yg kita sangkakan.. :)

Sunday, May 8, 2011

HE'S OK! BUT WHAT ABOUT HER?

HE'S OK! BUT WHAT ABOUT HER?

He\
He promised, so she believed.Then he lied and she died, not physically but mentally. You can trust a theif to steal. But a liar, you can never trust, to tell the truth.

Sunday, May 1, 2011

ana sudah bertunang..

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu.

Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.

Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini.

Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.

Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama… Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

“Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?”

Aku menjawab tenang..

“Warna putih, bersih…”

“Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat.”

“Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan.”

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu… helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah.

”Malam Pertama…” Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran.

Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang… As-Syifa’ aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

“Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?”

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

“Insya Allah, ‘dia’ tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama.”

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

“Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!”

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan ‘dia’ yang mendekatkan aku dengan Allah.

Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa’ ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

“Bila enti menikah?”

Aku tiada jawapan khusus.

“Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu…”

Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

“Jemput ana tau!”

Khalilah tersenyum megah.

“Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! “Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

“Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti…”

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya.

Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu…

“Usah berlebihan ya…”

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

“Insyirah, jom makan!”

Aku tersenyum lagi… Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

“Tafaddal, ana puasa.”

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

“Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat… Tarikhnya tak tetap lagi ke?”

“Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi.”

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

………… ……… ……… ………

“innalillahi wainna ilaihi rajiun…”

“Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. ”

“Ya Allah, tenangnya… ”

“Moga Allah memberkatinya. …”

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok ‘dia’ yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok ‘dia’ yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil ‘ibrah dari sosok ‘dia’ yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar…

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku…

Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa’nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi.

Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

“Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan ‘dia’ yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui…”

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian…

“Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?”

Ibu tenang menjawab…

“Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh.”

“Allahuakbar. ..”

Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

“Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama…”

Ibu angguk, tersenyum lembut…

“Ini nak, bukunya.”

Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr ‘Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk ‘Malam Pertama di Alam Kubur’.

“Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis… Khalilah tak tahu mak cik.”

“Dan sejak dari hari ‘khitbah’ tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. .”

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

“Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil ‘ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu.”

________________________________________________________________

* Kisah ini bukan kisah saya , ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat saya memakai cincin. Kerana, saya sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila saya akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN.

Wallahua’lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita… Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah ‘membeli’ baju pernikahannya. .. Arh… Untungnya Insyirah.

~ Kullu nafsin za’iqatul maut

comel!

mulai saat ini..

mulai saat ini, ya bertekad untuk mencintai Allah sepenuh hati ya!

gambar can bawah ni inspire me a lot!