Tuesday, December 31, 2013

expectation..

2014 sudah. alhamdulillah.. 

no specific azam for this year. 
sebab tengah bergelut dengan exams.
cerita azam, kemudian2, sekarang ni nampak notes je. huhu

anyway,
mengharapkan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang disekeliling.
insyaallah..

wallahualam dengan apa yang akan terjadi this year, 
but one thing for sure, biiznillah..


wedding invitationSSS
come to mama....


Sunday, December 8, 2013

masalah masalah dan masalah

sedar tak sedar dah masuk bulan disember 2013.
rasa mcm baru je lagi melangkah 2013 ,
and now dah masuk ke penghujung tahun..

mcm 2 berlaku tahun ni
it is a long journey.
banyak yang dikorbankan untuk sampai di tahap sekarang.
cuma berharap segala pengorbanan-pengorbanan itu berbaloi di akhirnya.
insyaallah..

i have plus minus 7 months to go
tears jgn cakap la,
berbaldi-baldi..
sampai pernah rasa enough is enough.
malas nak buat lagi.
nak berhenti.
susah nye hidup ni..
:(

tapi gagahkan jugak,
sebab pikir mak ayah.
cukup just pikir mak ayah.
tak nak pikir yang lain-lain.
sebab yang lain-lain tu memang menyesakkan jiwa.

anyway, kawan ada pesan.
hidup ni memang akan penuh dengan ujian
tapi ujian tu adalah tarbiyah Allah untuk diri.
tak lebih dari tu.
ujian tu untuk diri sendiri, jadi kuatlah mcm mana pun

di akhir pesan beliau,
diri hanya akan memikirkan masalah umat, apabila tidak lagi berfikir tentang diri sendiri..
tapi kalau dah setiap benda yang berlaku dalam diri nak difikirkan dan ditangiskan, bile nye nak pikir pasal umat islam yang lain?

semoga dipermudahkan :)

Friday, October 4, 2013

biar



selalu saya fikir,
macam mana cara saya nak balas jasa mak dan ayah saya.
beli rumah? kereta? wang?

tapi saya fikir,
itu hanya sementara.

sebenarnya,
tak kan pernah terbalas jasa mereka .

ya Allah,
betapa di saat ini,
saya tersangat merindukan mereka.
sangat-sangat rindu!

sedih melihat mereka,
walau rambut berubah warna,
badan tidak lagi secergas mana,
tetap berusaha membanting tulang
demi menyara kami sekeluarga.

banyak benda yang mereka korbankan demi kami sekeluarga.
bila ditanya,
ada masalahkah?
jawab mereka semestinya " tiada ", " tak apa, memang tugas kami"

sebak rasa di dada,
mengalir air mata.
mereka sedaya upaya akan sembunyikan masalah yang ada dari kami bertiga.
kadang-kadang, jelas raut wajah gusar..
tapi tetap, " tiada masalah"

sungguh,
tiada apa lagi yang saya inginkan,
melainkan berbakti kepada mereka,
hingga hujung nyawa saya.

permudahkan lah, ya Allah.



Saturday, September 7, 2013

STAND STILL ..

kadang-kadang,
rasa diri terlalu lemah,
nak menghadapi keadaan sebenar,
rasa macam nak stay dalam fantasi.

tapi kadang-kadang,
i choose untuk berdiri tegak,
mengukir senyuman,
like there is nothing happen,
untuk orang lain.

sometimes,
i believe,
kita kena kuat untuk orang lain.
kalau kita lemah, orang lain pun akan lemah,
walaupun sebenarnya dalam hati kita,
hanya Allah sahaja yang tahu betapa remuk di dalamnya .

biar lah..
hidup tak kan selamanya berduka,
pasti akan ada sinarnya suatu hari nanti..

bertabahlah, semuanya..
Allah telah menulis jalan yang paling baik, paling indah untuk diri kita.
terimalah dengan hati yang terbuka dan redha.
insyaallah, semuanya akan okay suatu hari nanti.
percayalah...

and you, suraya.
shed your tears.
move on.

DENGARLAH...:)

http://www.youtube.com/watch?v=li-ilQtHJZc

Thursday, September 5, 2013

update...

tinggal 3 hari lagi untuk sem baru.
cepat sangat masa berlalu.
tak sempat nak rehat *menipusangat*

alhamdulillah, results are out.
alhamdulillah, alhamdulillah..
menjadi pemangkin semangat untuk mulakan sem baru and habiskan lagi 2 sem.

so far, penat tu penat lah jugak,
tapi biasalah, no pain no gain..

5 sept 2013..
hari yang indah,
untuk dikenang sampai bila-bila
:)

semoga ini satu permulaan baru untuk hidup ini..
permudahkanlah, ya Allah...

Thursday, August 1, 2013

random...

assalamualaikum peeps :)

wahh.. cepat je kan ramadhan berlalu.. tinggal brpe hari je lagi nak raya.. sob3.. entah dapat ke tak menikmati ramadhan tahun depan.. :(

btw, ramadhan kali ni banyak benda terjadi, yang memang membuka mata hati saya..

dalam ramadhan ke berapa ntah,( saya x ingat), sahabat saya kembali kerahmatullah. beliau meninggal semasa dalam perjalanan balik ke kampung untuk berbuka puasa bersama ibu beliau.. masa saya dapat berita tu, memang rasa tak percaya. macam, eh betul ke ni? muda lagi ni.. tapi saya lupa, kuasa Allah mengatasi segala-galanya. bila ingat mati, memang akan menginsafkan kita. semua orang akan mati, mungkin hari ni, mungkin esok, mungkin lusa. who know? kematian tidak mengira umur.. kena bersiap sedia sepanjang masa.. lagi satu ibrah yang saya dapat dari kematian ialah, please, especially girlsss, please, please please, remove or atleast hide gambar yang dipublished yang show ur aurah even your feet. please take this seriously.. very seriously.. pengajaran untuk saya juga.. kita tak tahu bila kita mati, bila kita mati tanpa sempat remove gambar tu dri public, memang saham kita lah tu di akhirat. saya menyaksikan sendiri perkara begini berlaku. the family begging for those yang ada gambar arwah yang not covering her aurat to remove the picture. some might do that, some might just ignore since it is not their business. not to say, kalau sejarah kita tak baik dulu , kita tak ada lagi harapan .. kita sama-sama boleh bertaubat.. yang lepas, kita mohon Allah ampunkan, yang depan, mohon Allah tabahkan untuk menjadi yang lebih baik.. jadi, selagi ada masa, kalau boleh cari balik gambar2 yang tidak sepatutnya, buat lah.. sebelum terlambat apa2.. insyaallah, saya juga dalam proses menghide kan gambar2 tersebut.. semoga Allah reward kita dengan reward yang lebih besar atas pengorbanan kita ini.. insyaallah..

next, 
esok saya balik ke kg halaman. puasa kali ni memang mencabar. i cant imagine those yang berpuasa sebulan diperantauan, tak balik raya. for me, bila dduk berjauhan ni, dengar lagu raya je dah lemah gemalai. air mata dah bertakung. seminggu sebelum balik dah tak mampu nak buat segala tugasan sebab dah tak ada mood nak stay. teringat family di kampung. ya Allah,, memang saya tabik spring la pada yang berpuasa dan beraya di perantauan.. terbaik lah korang!!!.. 

lepas raya ni, bersusun jemputan kahwin, tunang kawan2 and saudara mara.. insyaallah, will try my best to be there on ur big day.. insyaallah.. semoga Allah memberkati pekahwinan dan perkahwinan korang.. :) 

insyaallah, ramadhan masih berbaki beberapa hari.. jom PECUTTTTT!!!!!  

:)

take care korang.. may Allah bless us.. :)

Tuesday, July 16, 2013

jangan dilupa, belajar terima seadanya..

ramadhan

alhamdulillah, berjumpa lagi ramadhan tahun ni...

tahun ni berbeza sikit dari tahun-tahun yang lain.. selama ni, tiap-tiap tahun berpuasa dekat rumah, tahun ni berpuasa di kolej. ok fine..

Allah nak uji, bulan puasa ni kena throat infection. makan bubur saja. kira macam bubur bertingkek-tingkek.. haha.. terus rasa homesick tahap kritikal punya..

tapi nak balik rumah tak boleh jugak, kalau balik tak buat kerja. tapi duduk sini pun, bukan buat kerja sangat. sejak dapat ubat Dr kasi, memang kaw2 punya tidur. parah parah. sekarang dalam dilema nak balik ke tak.. will see macam mana..

amacam ramadhan korang?

apa-apa pun, jom kita latih diri kita untuk persiapan lepas ramadhan nanti..

moga Allah berkati usaha kita semua :)

Wednesday, June 5, 2013

every sinner has a future yaw!

satu masa dulu, saya belajar satu perkara yang mengubah cara saya memandang orang.

this one sister told me, jangan pandang orang dengan pandangan yang kau tak pakai tudung, kau berdosa. kau tak join usrah, kau berdosa.  so on and so forth. memang betul tak pakai tudung itu berdosa, tapi, you dont know what they went thru actually..

mungkin sebenarnya masa kita tengok dia tak pakai tudung tu, sebenarnya dia dalam fasa perubahan. dulu dia pakai skirt pendek, tapi sekarang pakai seluar panjang tapi belum bertudung. kemudian slow-slow dia berubah pakai baju longgar and then pakai tudung.. kebanyakan orang tak nak bertudung bukan sebab dia tak terdetik nak berubah or tak cuba untuk berubah. actually they do . tapi ada suara-suara yang bercakap-cakap pasal "tak pakai tudung masuk neraka jahanam tak keluar2" (extremenya! contoh ek), "eleh nak pakai tudung pulak, padahal dulu kaki clubbing", " nak jadi ustazah la tu pakai tudung2 ni". kalau saya di tempat orang tu pun, rasa down gila-gila. rasa macam oh plis lah, nak berubah pun bedosa ke? trus rasa malas nak berubah..

perubahan tu bukan dalam masa sehari. bukan dalam masa seminggu.. tak dinafikan, ada yang bila dapat hidayah, time2 tu jugak berubah. itu sebaiknya sebab kita tak tahu bila kita akan mengadap Ilahi. mungkin lepas kita berubah tu, terus Allah tarik nyawa. who knows? tak semua orang sama. tahap keimanan berbeza-beza. yang penting, hati mau bersih dulu. hati bersih, keazaman pun ada, insyaallah Allah permudahkan jalan kita..

saya sendiri berdepan dengan situasi ni. bila saya buat sedikit perubahan pada pemakaian n few things, this one person cakap pada saya " tak payah nak buat baik, i know who you are". berdesup sambar ke jantung, air mata jatuh dengan lajunya. terus tanya pada diri sendiri, salahkah aku untuk berubah? tak de lagi ke masa depan untuk aku disebabkan dosa aku masa dulu? .. :'( masa tu rasa down sangat. Allah je yang tahu perasaan time tu. tapi saya x salahkan orang tu sebab dia kenal saya pada fasa jahiliyyah saya. dan saya tak berharap pun dia akan mengubah cara dia memandang saya sebab terus terang it was my fault . cuma saya berharap dia akan memberi saya peluang untuk mulakan hidup baru. saya tak mintak didoakan, tapi saya cuma minta satu peluang .

jadi, moral of the story, buat lah macam mana pun, berguling, melalak what so ever, asalkan ianya merubah kau untuk melangkah ke arah kebaikan, just do it. Allah saja yang tahu apa yang kau rasa, and Allah nilai effort kau untuk berubah tu.. kita akan jadi letih bila kita nak berubah tapi pada masa yang sama nak impressed kan orang sekeliling. letih.  at the end yang menanggung dosa pahala adalah diri kau sendiri.



adakah kau akan terluka melihat orang melakukan kebaikan? kalau tidak, biarkan mereka. mereka punya hak untuk meraih kasih sayang dan pengampunan Tuhan.....

Monday, June 3, 2013

ya benar..


please bare with me....

badan, 
saya tahu awak penat. saya tahu awak sengal-sengal..

otak,
saya tahu awak lah paling busy sekarang. saya tahu banyak benda saya campak ke awak, and awak yang kena bersusah payah kemas semuanya ikut tempat-tempat tertentu..

mata,
saya tahu awak lah yang paling berat sekarang. saya faham bila awak mula nampak tulisan semakin mengecil dan mula bercampur baur.. 

jantung,
saya tahu awak bekerja kuat kebelakangan ini. mengepam darah dengan kelajuan yang laju dari biasa. 

maafkan saya...

perjalanan ini cuma satu permulaan.. please bare with me.. ada mehnah yang perlu kita tempuh sebelum selesai perjuangan ini.. dan saya harap kita dapat bekerjasama dengan sebaiknya.. bantulah saya dalam mengejar redha Allah.. 

please,,,,



Friday, May 31, 2013

june

sekejap je kan dah bulan enam. lagi enam bulan, dah habis 2013. rasa mcm baru je lagi melangkah 2013.

so far dah masuk bulan 6, banyak benda berlaku. first kenduri dalam family, sambung study, mcm2 lah..

study,
sekarang dah masuk study week. 5 hb june, and 12 june paper. sepatutnya cuti 3 bulan tapi ambik cuti 2 minggu je sebab nak proceed dengan project. moga2 Allah permudahkan... so ni lah first time berpuasa bukan dengan fmily.. sedih hoih.. tapi terpaksa lah.. biar bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian..
so far belajar ni, im impressed dengan lecturer2 yang sangaaaat lah baik hati nak menolong student. x jumpa lagi lah lecturer mcm ni masa belajar kat notts dulu. and ingat jugak satu pesan dr ni, tolong je kawan2.. walaupun dalam project tu ambik masa korang sikit, tapi insyaallah kalau kita mudahkan kerja orang, Allah akan mudahkan kerja kita. lebih kurang mcm tu lah ayatnye. in fact, mmg btul pun.. kite buat baik, Allah balas jauh lebih baik.. kalau kite buat jahat, Allah balas balik.. meman sepanjang ada kat sini, banyak lah perubahan yg buat.. amazed sekejap dengan sekarag sebab masa study dulu, x pernah la mcm ni. hehe.. mungkin sbb kawan2 kat sini pun supportive jugak kot.. Allhamdulillah, Allah berikan kawan2 yang baikkkk sangat kat sini..

niat di hati teringin nak sambung lagi belajar ni ketahap yg lebih tinggi. masa di offer tu, rasa mcm seronok nak ambik. tapi fikir2, x kan lah sampai dah besar pun, x dapat nak bagi duit kat mak ayah.. memanglah kalau ikut kehendak sendiri, nak sambung. tapi bila fikir mak ayah di rumah, mcm x adil pulak.. sampai bila nak kena tanggung.. dah sampai masa nak balas balik pengorbanan diorang.. so bila fikir2, belajar ni sepanjang hayat. bila2 ada kelapangan, sambunglah.. mak ayah adalah keutamaan sekarang.. :)

life,
hidup x pernah mudah. sentiasa ada ujian.. kena redha lah macam mana pun.. dugaan ni nak buat kita lebih kuat. nak x nak, kena bersabar. menangis lah jugak kadang2 bila sunyi, bila teringat, tapi memang x boleh nak buat apa melainkan bersabar. sampai satu tahap, x ada perasaan.. sbb tahu buat mcm ni pun x dapat, mcm tu pun x dapat, redha je lah.. mungkin Allah ada planning yang lebih baik untuk diri ni.. tipu lah kalau cakap bersemangat je sepanjang masa. tak lah... kadang2 tengok langit pun dah boleh mengalir air mata.. sakit hati ni Tuhan je yang tahu.. biasa lah. x kan selamanya hujan kan? bersabar lah.. hakikat manusia ni, bila senang  lupa dengan orang yang banyak membantu dia masa susah.. hakikat.. memang manusia mcm tu.. berpeganglah dengan tali Allah.. nescaya kau x kan sakit dengan manusia2 mcm ni.. insyaallah..

wedding invitation,
semenjak dua menjak ni, kemain banyak la notifications pasal jemputan kawen, kejap2 upload gambar bertunang.. berlambak pulak tu.. terasa mcm andartu pulak bila x bertunang and kahwin sekarang. padahal baru 23. ramainya laaaaa nak kahwin sekarang. muda-muda pulak tu.. semoga Allah permudahkan perkahwinan diorang sampai ke syurga.. :) insyaallah, kalau Allah takdirkan tuan tanah ni berjodoh di dunia, tuan tanah akan menyusul kemudian.. kalau Allah takdirkan kematian menyapa dahulu, tuan tanah redha.. insyaallah, semoga Allah berikan yang terbaik untuk tuan tanah ni.. tapi hakikatnya tuan tanah teringin la jugak. sape yg x teringin ye dak? haha..

apa pun, semoga Allah permudahkan segala urusan di sini dan sana.. semoga Allah redha kehidupan yang kita sudah, sedang dan akan tempuhi..

insyaallah..





Wednesday, April 17, 2013

cukup sudah

kita boleh tipu semua orang. semua. tapi kita tak akan pernah berjaya tipu hati kecil kita.

saya rasa saya perlu berhenti menipu hati kecil ni..

2 tahun 4 bulan satu tempoh yang lama untuk terus menerus bersedih..

cukup lah..

cukup sampai sini..




Thursday, April 11, 2013

pujuk diri

belajar dengan duit parents ajar saya banyak benda. kalau dulu every month certain amount akan masuk akaun, rasa heaven gila. study sebulan, dapat beratus-ratus. belanja kawan, beli laptop, shopping itu ini, bagi orang, macam-macam. 

sekarang, nak keluar rm 10 dari wallet pun pikir, berbaloi tak beli benda ni. sabar je la sikit lagi, nex time kita beli. kadang-kadang menitik air mata sebab dengan situasi macam ni, saya rasa kalau aku macam ni, ape tah lagi orang miskin kat luar sana. 

saya ni manusia biasa. selalu mengeluh. bila jadi macam ni, mula lah pikir nak dapatkan balik duit-duit yang orang dah ambil, mula lah pikir kenapa macam ni , kenapa macam tu. 

padahal, benda tu di awal-awal lagi dah cakap ikhlaskan apa yang dah lepas, ikhlas dengan apa yang jadi. sangat-sangat menguji! 

malu sangat. dengan duit lupa agama, dengan duit, lupa Tuhan. rasa macam senang sangat nak uji iman tu, just dengan duit.

:'( 

dengan duit jugak kita boleh tengok mana kawan mana lawan. 


semoga dalam keadaan macam ni, saya dapat  belajar untuk lebih menghargai. belajar untuk ikhlas. belajar untuk redha. kena sedar, ini sikit saja nak dibanding dengan ujian -ujian lain.. :'(

ingat

Allah berfirman yang bermaksud: "...Dan Kami pasti akan uji kamu dengan SEDIKIT rasa takut, rasa lapar, kekurangan harta, kekurangan nyawa dan kekurangan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang sabar". (Surah al-Baqarah ayat 155)

saya dan spa

last week for the first time pergi spa sepanjang hidup ni lah.. sister in law yang ajak pergi . *best jugak sebenarnya ada gang perempuan kat rumah ni* :)

first2 masuk, rasa cam biasa je sebab level bawah sekali tu mcm office je lah. sekali naik tempat buat urut2 semua, kaaaagum sangat. rasa macam ada kat bali. serius tak tipu. dengan decoration, dengan background music, lampu malap2. 

saya ambik package rawatan muka je,. murah. rm 42. tapi sebab campur vit e, so tambah lagi rm 4. 

tapi, berbaloi sangat2. layanan yg diorang bagi, tip top. ada teh halia lagi lepas urut. masa urut muka, product diorang bagi tu memang best. sekejap sejuk, sekejap wangi.. 

memang hasilnya, muka licin sesangat. tak berminyak. ingatkan mcm sehari dua je camtu, tp alhamdulillah, sampai sekarang lah macam tu..

tapi part yg x boleh tahan bila diorang buang jerawat. sakit gilaaaaa. haha. ptutla be4 rawatan diorang offer nak buang resdung x, klu nak rm 15. tp sy ckp x nak sbb mcm x teruk pun resdung. sekali,,, menyesal x buat buang resdung tu sbb klu buat, kurang sikit sakit as pores dah terbukak sikit masa rawatan tu. 

yg best nye, lepas balik spa singgah sunway carnival cari barang. memasing muka merah gila sbb lepas picit jerawat. haha.. 

insyaallah nex month nak pergi lagi sebab best. sy syor korang pergi. rzac spa.. dekat prai.. 2nd time pergi dapat 15% discount. :)



Saturday, March 30, 2013

dah tua

last week was my brother's big day.

saya tiga beradik. abang yang sulung. saya kedua, adik last. abang 25 tahun, saya anak perempuan tunggal, berusia 23 tahun adik 17 tahun.

bila abang kahwin, satu perkara yang memang dah expect akan ditanya masa time kenduri tu adelah, " abang dah, awak bila lagi", " abg awak tahun ni, awak tahun depan la ek" etc

dulu, saya rasa saya boleh jawab soalan tu dengan jawapan " lambat lagi" memandangkan terasa masih muda  di usia 23 tahun ni.

tapi, bila kawan2 ramai yang dah tunang, dah kahwin dan ada yang menunggu kelahiran anak sulung, saya rasa saya kena tukar jawapan kepada persoalan orang ramai.

jadi, masa kenduri hari tu, seperti yang di expect, soalan2 tu timbul.

maka , bila orang bertanya ,

" abg sudah, awak bila lagi?" , " lepas ni awak pulak", " tahun depan awak pulak"

jawapan saya,

" insyaallah, amin".

nak jawab "lambat lagi" tak sampai hati sebab environment seakan memberitahu, awak sudah tua.




tarbiyyah pesta hot air balloon

bila bukak fb sekarang, ramai yang cakap excited nak pergi pesta hot air balloon dekat putrajaya. baru lah perasan yang sekarang ni pesta tu tengah buat. kalau tak bukak fb x tahu lah ada pesta tu sekarang..

bila ingat pasal pesta hot air balloon ni, teringat kisah tarbiyyah yang saya dapat masa saya dan dua orang lagi kawan di bawa oleh kakak-kakak yang baik ke sana 2 atau 3 tahun lepas sebab kami ni masa belajar asek la stay kat hostel. tak keluar mana-mana. so kakak-kakak yang baik ni pun berusaha cari kereta untuk bawak kami yang seramai 3 orang ni untuk jalan-jalan. sebenarnya nak tarik masuk usrah, tapi kami anggap saja lah jalan-jalan. time tu semangat dakwah lite-lite lagi. kalau kena tinggal pun, tak rugi Islam. tapi sebab kakak-kakak yang baik ni, bersabar dengan kerenah kami, berusaha untuk tak biarkan kami ditinggalkan, alhamdulillah, masih berada dalam jalan ni sekarang.

btw, dalam 2 3 hari sebelum nak ke putrajaya tu, kakak2 tu plan nak bawak kami ke taman botani putrajaya. nak tadabbur alam. tapi kami ni sebab nakal2 lagi time tu, gigih google internet and bagitau yang ada pesta hot air balloon ni hari yang sama. bagi hint kat kakak2 tu tak yah la pegi taman botani sebab taman botani tu bila2 ada, pesta ni tak selalu ada. kakak2 tu pun dengan penuh sabar, layankan je lah permintaan kami ni. sebab kami adik, dan kami manja. haha..

jadi, bergeraklah kami ke sana. dipendekkan cerita, kami stay x sampai sejam kot. sebab bosan. banyak je aktiviti, tapi kami rasa bosan. tak tahu kenapa.

lepas balik pesta tu, kami straight away pergi masjid besi, solat sunat dan sharing2 sikit kat sana. itu lah first time saya jejak kaki dekat masjid besi tu. jadinya, masa sharing tu, ada sorang kakak ni cakap, perasan tak, benda yang dibuat oleh manusia ni, kita akan rasa seronok sekejap saja, berbanding bila kita berada di tempat yang mcm air terjun, taman, tempat2 yang Allah sediakan untuk kita tengok, rehatkan diri etc. time tu rasa berdesup hati!

indeed, its true. perasaan seronok ada dalam pesta tu, sekejap sangat. tak boleh nak gambarkan macam mana perasaan bersalah time tu sebab ajak kakak2 ni pergi pesta tu. tapi tu lah, semuanya Allah buat bersebab. Allah nak ketuk hati yang keras ni pasal perkara tadi.. ;'(

bukan nak cakap jangan pergi ke pesta tu. tak pun. sekadar sharing perkara yang terjadi pada diri ini, perkara yang membuatkan hati dan akal berfikir tentang statement akak tu.

and alhamdulillah, sangat berterima kasih dekat akak tu sebab lepas2 tu, bila nak pergi mana2 pun, prefer tempat yang rasa seronok tu kekal lama. and most of the time, saya akan ajak adik2 ni pergi air terjun, pergi taman ape ntah dekat putrajaya tu. seronok sangat!

benar kata seorang naqibah, tadabbur alam ni memang sangat membuka mata hati.. :)







Friday, March 29, 2013

rindu pada yang pergi

dua tiga menjak ni, rasa rindu sangat pada orang yang dah tiada.
rindu sangat-sangat.
nak menangis, kering sudah air mata.

to you,  
walaupun kita tak bertentang mata,
namun, doa akan sentiasa menjadi penghubung kita.



semoga kita berjumpa lagi di sana .


al-fatihah..

Thursday, March 21, 2013

berdebar-debar

yes. saya sedang berdebar-debar sampai rasa nak termuntah. :(

puncanya,

esok ada quiz. quiz je pun, tapi berdebar nye kemain. mungkin sebab ini first quiz and tak tahu mcm mana style die kan..

mohon tak termuntah atas paper esok. huhu

rabbi yassir wa la tuassir.


Monday, March 4, 2013

serabut

i have to take taxi to class. i have to take 3 buses in order to go back to my hostel. lecturer yang silap kelas, now student kena pegi sana pegi sini mintak lecturer lain terima. and many more.

until one moment,

" mak, i think i wanna go home tomorrow"
" if u wanna balik, balik lah"

i dont have any reason untuk stay there any longer especially during weekend. takda hati..

thus, tiket di ambil, balik rumah. walaupun terpaksa berhabis duit, tenaga. i dont care anymore. if setiap minggu boleh balik, i will!

nekad!


lahad datu (a comment)

as for now, cerita lahad datu sangat-sangat menjadi tumpuan. siapa yang tak tahu cerita lahad datu ni, tak tahu lah nak cakap macam mana. spend at least 5 minutes untuk baca kisah ni sebab it is part of malaysia.

dan bila perkara macam ni berlaku dekat-dekat pru 13, maka tak lari dari sembang-sembang orang mengatakan ini ada kaitan dengan parti A, dalang di sebalik semua ni parti B, parti C pulak kata parti A dan B berkomplot dalam kejadian ni.

well, it doesnt matter which parti politik u come from, tapi as a human, yang ada timbang rasa, yang ada nilai kemanusiaan, please appreciate polis-polis yang menggadaikan nyawa mereka di sana . they might be ur brother, ur family.. dan paling penting, diorang saudara se islam. please lah, if u x support parti A, tak apa. if u x support parti B, x apa. if u x support parti a or b or c, x apa. tapi jaga mulut. why?

baru-baru ni ustaz don datang ke kampus. and orang tanya pasal pilihan raya ni. pesan ustaz don, kalau apa-apa terjadi ( peperangan-mcm sekarang, parti a lawan parti b, vice versa), balik kepada Al quran dan sunnah macam Rasulullah pesan. tapi sekarang, apa yang jadi, pengikut A lantang memaki parti B, parti B lantang mencaci parti A, tapi hakikatnya, yang lantang bersuara, memaki segala, Quran pun tak baca. inikah yang di ajar Islam? gulp!

indeed, it is true. mana-mana pun parti kamu ada, kalaupun parti yang kamu sokong tu menyokong islam sekalipun, tapi kamu sendiri tak baca quran, hentikanlah. keadaan jadi berkecamuk sekarang sebab manusia tak baca AL-QURAN. AQ hanya jadi pameran atas dulang hantaran. mereka-mereka ini sebenarnya duri dalam daging kepada islam itu sendiri..

back to lahad datu's issue.. bila baca-baca komen manusia tentang isu lahad datu ni, saya tertarik dengan satu komen dari seorang rakyat Sabah..

p/s: mungkin sedikit kasar bahasa tapi ambik yang baik. hehe


Kwn2, allow me a moment of indulgence to clear the foul stench of stupidity amongst the malaysians. Kes kat LD is nothing new to us sabahans, in the 90s they abruptly came to the shore at Semporna and immediately bombed the police stations, and went amuck at the town.
They are smart people, some left at the sea naik dr kwsn bakau and lived 4 6 mth b4 start to mingle with locals and married them. The tausugs in LD now didn’t came all at once, instead they came in batches, with inside helping frm their family at the village.
Trust me they have been there at least 2 3 mth b4 the group bcomes complete, then they decide its time to wage war. Klu tak paham rules of engagement, jgnlah menunjuk pandai ckp bukan2 kata kerajaan lemau, ada hati nak banding dgn Bersih.
Polis kene masuk dulu sbb dorg trained as negotiators, tentera is the last resort as they will not spare anyone once commanded. They need time to ensure all the locals are out of the village and then cut their food and finance sources, hoping the tausugs will surrender. That is our rules of engagement. We are not barbaric stoic like the american soldiers.
Yg pandai ckp je kt media skrg ni cuba bg arahan btukar kt sbh ke swk, meraung bwk keturunan naik turun ofis merayu xnak dok sana, tp mulut mcm haram mengutuk semua yg tlibat kt LD kata klu dorg kt sana lama dah setel. Kene suntik kt spital pun pejam mata mengucap2, tgk darah pun pitam lagi nak g perang.
Those who went in and died today knew they might not come back alive, as that was their vow when inducted to the force. So please, belajar dr sejarah, nak blajar sejarah kene bnyk membaca, sbb tu org kita ramai jd mcm ni, mulut ngan otak tak sama frekuensi, bhs biadapnya bangang abadi. Fedup with their stupidity. Thank u for ur moment.


what say u?



Tuesday, February 26, 2013

laporan semasa

minggu ke dua pembelajaran..

cuma ada satu kelas dalam 7 hari minggu ini.. nak sangat balik rumah.. tapi, memikirkan wang, tenaga dan masa perjalanan, hasrat dikuburkan begitu saja..

orang tanya, so, hows study?

so far, alhamdulillah. sebab baru 2nd week kan.. tapi im sure sooner or later, air mata pasti akan tumpah. cengeng betol! :P

menjadi paling muda di kelas, tiada pengalaman, membuatkan saya cemburu. masing-masing punya pengalaman bekerja tersendiri which give them a lot of advantages. ada yang bekerja di luar negara sebelum sambung master , ada yang itu ada yang ini.. im so jelly!

tapi honestly, bersama org yg lebih tua mengajar saya untuk jadi lebih matang. kalau dulu semuanya nak orang yang temankan , sekarang insyaallah, sedang berusaha untuk ke mana-mana bersendiri..

oh aah, semalam laptop yg tercinta ni buat hal. termenangis lah sekejap sebabnya time-time macam nilah kau nak rosak pun kan.. dah la duit pun cukup-cukup je. nak kena pulak melayang untuk laptop ni. melayang jugak lah 200++. sebab hard disk memang inalillah..

bila balik bilik, tengok tak ada langsung doc yg boleh diselamatkan . none! redha sajalah..

tapi, bila lama sikit fikir, nasib lah Allah bagi masalah ni masa bukan time c/work.. kalau tak, bergegar kolej ni dibuatnya,, huhu.. apa-apa pun, syukur sebab ALLAH dah bagi pinjam hard disk lama tu bertahun lamanya, susah senang bersama. dah sampai masanya agaknya.. :'( bagi diri ini, hard disk itu bukan sekadar hard disk biasa. ia datang bersama memori dengan seseorang.. hurm..

disebabkan duit sudah melayang ke komputer , megi menjadi makanan yang paling sedap di abad ini.. orang kata, megi itu tak elok untuk kesihatan. yup. no doubt. tapi kalau kau di tempat aku, serius, megi makanan paling sedap, jimat dan mengenyangkan.. haha

tapi, alhamdulillah for everything.. long way to go tapi perjalanan ini tak berjaya diharungi kalau bukan kerana yang DI ATAS. semoga Allah redha dengan perjalanan ini..

insyaallah..

p/s: i miss u.. see u in 1 month time. biiznillah..

Friday, February 22, 2013

to God we all belong, and to Him we’ll return

semua orang pernah rasa kehilangan orang yang tersayang.. saya jua..
dalam banyak-banyak kehilangan orang yang saya sayang, ada satu yang membekas di hati.
mengambil masa bertahun tahun untuk pulihkan semangat yang telah hilang.
even sekarang pun saya masih berusaha untuk menerima kehilangan beliau.

bukan mudah. banyak yang dikorbankan semata-mata menerima hakikat beliau telah tiada.
bila tidur, saya harap esok beliau berada di sisi saya.
tapi semuanya tinggal harapan..

hari demi hari, harapan tidak pernah pudar.
tidak pernah sekalipun saya missed untuk mendoakan semoga beliau sentiasa dalam rahmat Allah.
dan semoga saya dapat bangun dengan semangat baru untuk meneruskan kehidupan ini dengan ketiadaan beliau..

semakin hari, saya sedar..
beliau hanya pinjaman dari Allah
supaya saya belajar sesuatu yang penting dari-Nya.
terima kasih, Allah..
atas pinjaman yang Engkau berikan ke dalam hidupku..

baru sebentar tadi terdengar lagu so soon oleh maher zain.
air mata menitis...
setiap lirik  :'(

kuatlah, suraya..


Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around [x2]
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever

You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever

You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone

There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return, ooh


You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon


so soon


Tuesday, February 19, 2013

not now

tahun ni insyaallah 23 tahun. ada orang cakap, masih muda untuk berkahwin.. ada orang cakap, sudah sampai waktu untuk berkahwin..

bagi saya, rasa untuk berkahwin itu, ada. teringin untuk berkahwin itu, ada. tapi kalau betul-betul untuk berkahwin itu, tiada..

bila melihat abang saya berkahwin, sedikit sebanyak membuka mata saya tentang alam perkahwinan. bukan mudah.. kalau kau tak didik dia ke jalan yg betul, neraka lah jawabnya.. kalau dah masuk bab neraka ni, bukanlah perkara yang boleh cakap, alah, ok je tu.. alah, rileks lah.. tak semudah itu.. isteri, kalau kau buat sesuatu tanpa redha sang suami meskipun puasa ganti atau ke rumah jiran, tangungglah nanti di sana..

bukan untuk mengatakan ke"scary" an dunia rumah tangga. tapi lebih kepada bersiaplah sesiapnya, sebelum melangkah ke alam itu. huhu.. sesiapa yang dah melangkah ke alam itu, dan bertahan sampai ke hujung nyawa, memang saya respect.. kata orang, sebelum nikah semuanya disimpan rapi di dalam kocek. bila sudah sah, keluarlah diri yang sebenarnya.. huhu

mulanya, saya rasa biasa saja. boleh di tahan lagi nafsu dan keinginan untuk berkahwin.. saya rasa, ok, kahwin is not my priority rite now. tapi bila terjadi sesuatu baru2 ini, saya rasa oh, ini betul-betul terjadi. kau tidak lagi muda untuk menolak semuanya.. tapi bila dah cool down perkara tu, dan bila datang ke tempat baru ini, setiap masa saya di tanya tentang bila nak caari jodoh, jom kita isi borang bm, bila jalan-jalan di kampus carilah sumber inspirasi etc. setiap masa! walhal saya baru 2 hari di sini..

huhu.. saya tak tahu nak berkongsi dengan sesiapa di sini mengenai hal ini.. saya cuma ada blog untuk luahkan apa saya rasa. huhu.. saya datang ke sini dengan niat memulakan hidup yang baru dalam masa yang sama ingin meletakkan hasrat berkahwin sejauh mungkin.. tapi u know kan, bila kau seorang berfikir begitu, sedangkan yang lain berfikiran sebaliknya, sumtimes semua ini sangat menyesakkan dada.

mungkin juga saya yang paling muda di sini, dan range usia mereka antara 25-27. mungkin mmg itu lah yang seharusnya difikirkan di usia mereka. cuma, kenapa saya terlekat di sini?? huhuhu..

entah lah.. sumtimes apa yang kita rasa dan yang kita fikirkan tak sama dengan apa yang di tulis. huhu.. keadaan mcm ni buat saya nak balik rumah sangat2.. huhu.. sebab tu saya cuma terperuk di bilik.. yang lain pergi berjalan dari bilik ke bilik dan berbincang hal tadi.. tpi kalau dah diorang datang ke bilik, ape lagi nak di buat. layankan je lah..

hai lah.. baru dua hari.. semoga saya bertahan untuk setahun dan setengah yang mendatang... (@-@)

di kejauhan

insyaallah. today dah start my first class.. semoga semuanya lancar..

hari ni hari ke dua berada di sini.. hati masih d rumah, fikiran masih di rumah.. sampai je dkt sini smlm, terfikir, alahai.. dah ad kat sini dah.. means, dah x boleh main2, no turning back, no no no..

takut sbnrnya ni. entah lah apa yang nak di takutkan.. tapi biasalah, mula-mula d tempat orang. lama-lama biasa la, ye dak?

bila first time dduk jauh ni, terfikir.. siapa nak jaga mak ayah, kalau diorang sakit etc. huhu.. tapi naqibah saya pesan, bila kita jauh dari mak ayah, kita titipkan pada Allah untuk jaga diorang. yup.. Allah lah sebaik baik penjaga..

banyak benda untuk di tulis.. banyak. tapi lately, Allah menguji apa yang telah saya tuliskan, yang telah saya cakapkan.. take times untuk saya bermujahadah dengan semua ni.. huhu..


Tuesday, February 12, 2013

another girl in the family

alhamdulillah. tsummalhamdulillah..

9 feb 2013, berakhirlah kisah hidup bujang bagi seorang teruna dan seorang dara. alhamdulillah.. abang saya telah berjaya dengan izin Allah menamatkan zaman bujangnya . alhamdulillah..

6 tahun punya jalan percintaan. putus cinta,  sambung semula, tangisan, gelak tawa semua ada dalam tempoh 6 tahun.. bukan mudah, tapi kalau dah jodoh, tak ke mana, ye dak?

perasaan, sedikit neves sebenarnya sekarang. kalau dulu, kelibat seorang sahaja anak perempuan dalam rumah ni, sekarang sudah ada dua. kalau dulu hanya 3 orang yang layak memanggil emak saya dengan panggilan emak, sekarang sudah berempat. kalau dulu hanya berlima dalam rumah ni, sekarang sudah berenam..

dan, yang paling penting sekali, kalau dulu hanya 4 orang hatinya yang perlu saya jaga, kini menjadi lima hati.. Allahurobbi.. permudahkanlah ..

orang kata, masa bercinta semua indah belaka, bila kahwin, semua mula terbuka.. semoga semuanya akan baik2 sahaja..

masa akad nikah, sangat2 sebak . bila abang mula bersalam dengan mak, jatuh semua air mata. sanak saudara juga terasa kesedihannya. abang saya ni, muka garang, perangai pun garang, tapi hakikat yang keluarga sahaja tahu, dia seorang anak mak. gaduh lah macam mana pun, balik ke mak. nak makan nasik, mak sendukkan. baju mak basuhkan. malah dia lebih terbuka untuk berkongsi kisah cinta yang tak dikongsi kepada sesiapa melainkan kepada emak. even, masa bersiap2 untuk akad nikah, dia mintak emak yang tolong pakaikan sampin.. dalam kebengisan wajah, dalam kekerasan hati, terselit sifat manja dengan mak.

masa kami sekeluarga berangkat pulang pun, mak sebak nak tinggalkan dia bersama keluarga mertua. tapi, adatlah. lumrah dunia.. bila sampai masa, semua orang akan merasa..

mendapat seorang kakak ipar dari negeri pantai timur, membuka mata saya seluasnya mengenai adat-adat di Malaysia contoh :

1. tok kadi . sangat mudah. tiada soalan2 yang ditanya kepada pengantin lelaki seperti mana yang berlaku di negeri saya sendiri. malah, akadnya juga mudah. begitu juga halnya dengan saksi.

2. walimah. hari walimah pada 10 hb. and surprisingly, cuma ada dua khemah. satu lelaki satu perempuan. tiada meja, cuma ada kerusi. totally different from apa yang pernah saya pergi. majlis mesti sekurang2nya 3 khemah, ada meja dan kerusi untuk tetamu duduk. bila ditanya orang lain, memang itulah caranya majlis perkahwinan di sana.

tapi, apa yang saya dapat rumuskan , orang2 di sana bersikap mudah. ingin memudahkan urusan perkahwinan yang mulia tanpa rasa membebankan pihak pengantin. which i think sangat bagus. perkara yang baik harus dipercepatkan . tapi perkara2 yang remeh macam hantaran yang mahal, belanja kenduri yang mahal2, semuanya melambatkan urusan malah tidak digalakkan oleh Islam..


apa-apa pun, semuanya berjalan lancar . menunggu satu lagi majlis di side lelaki bulan 3 ini... semoga dipermudahkan segalanya.. insyaallah..


selamat pengantin baru to abang and kakak. selamat melayari bahtera perkahwinan dan semoga membentuk keluarga sakinah hendaknya.. insyaallah..

 akak nikah..

post wedding photo.. saya pun tak faham kenapa muka abang saya "ketat".. haha..

Sunday, February 3, 2013

random

1. hari ni official registration day. alhamdulillah semuanya okay..

2. cuaca pun okay.. tapi so far dduk sini 2 hari, rasa mcm dduk cameron highland. sejuk kemain! nak mandi pun ya robbi, bercinta .. tapi alhamdulillah rezeki belaka..

3. mmg dah takdir time macam ni lah gusi nak membengkak dengan cargas nya.. sakit nak kunyah apa pun.. huhu..

4. here come the good news..

hari ni "check in", esok boleh "check out". alhamdulillah.. biiznillah .. sempat saya balik untuk ke majlis akad nikah abang.. :)

5. masa briefing tadi, rasa mcm nak give up je.. leceh  betul ini nak kena buat, itu nak kena buat. rasa mcm ah, susah2 sangat behenti je lah nanti.. boleh pulak terpikir mcm tu. haha... tapi satu hakikat yang tak boleh diubah,...


6. rumate saya seorang pelajar PhD .. satu cabaran buat saya.. hehe.. semoga menjadi motivasi untuk diri ini.. insyaallah..

p/s: i miss u.. jaga diri baik2 di s'wak nun :)

Saturday, February 2, 2013

bersiaran langsung

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah, selepas 9 jam perjalanan saya tiba di "bumi" baru.. first impression, besaaaaaarnya tempat ni!

besar sampai sesat dalam kawasan u tu sendiri.. hostel pulak memang terbaik punya jauh dari fakulti.. :(

perasaan sekarang ni berdebar-debar. betul ke keputusan yang dah di buat ni.. sampaikan, sebelum berangkat tadi mintak pada Allah, kalau lah ini memang jalanku, permudahkanlah.. kalau pilihan ini bukan untukku, jauhkanlah dengan cara apa sekalipun.. but, alhamdulillah, semuanya lancar sampai sekarang.. mungkin benar, inilah jalan yg terbaik untuk saya..

apa pun, berharap semuanya dipermudahkan..

robbi yassir wa la tuassir..

note: sebelum pergi sempat msg seseorang namun apa yg boleh dikata " datang x dijemput, pergi x dihalang, apa lagi yang kau harapkan, suraya ".. bertabahlah...

Sunday, January 27, 2013

Thursday, January 24, 2013

will you?

i ve been waiting for 2 years, 

I wonder if you were in my place would you do the same thing as I did? 

will you??


take a walk in my shoes


If you were going to take a walk in my shoes, then I do not envy you.

For you would be stuck in a maze with no exit, trapped within walls that would even make the greatest escape artists claustrophobic. 

And at your feet you would see that the ‘shoes’ you wear are not even there, for you walk bare across shatter glass, cutting you deep by each step you take. Reflections of these broken fragments show you in what you once believed in, now destroyed by a series of unfortunate events acting a hammer. 

If you were going to take a walk in my shoes, I suggest that you bring a flashlight, but I doubt that it will help. As the darkness that surrounds you is no where comparative to the darkness you would feel within, consuming at your heart.

I promise you, you would not last a second in my shoes. Not with the demons that walk beside me everyday. If you were going to take a walk in my shoes, I would not allow you. No one deserves this pain I feel inside.

Wednesday, January 23, 2013

inspirasi dari sahabat

saya ada seorang kawan. dan sudah kematian ayahnya kerana batuk berdarah. dengan berstatus ibu tunggal, ibunya membesarkan anaknya yang seramai 8 orang itu sehingga berjaya.

i was wondering, bagaimana kalau saya di tempat ibunya. bagaimana hendak meneruskan kehidupan tanpa tonggak keluarga. menjadi ibu dan ayah pada masa yang sama. bagaimana perasaan sahabat saya yang kehilangan ayahnya ketika usia baru menjangkau 12 tahun. sedikit memori yang ada bersama ayah. saya juga mahu ayah bersama bangga dengan kejayaan saya. saya mahu ayah hadir di graduasi saya. tapi malangnya ayah sudah tiada. saya tak dapat gambarkan macam mana perasaan berada di tempat mereka pada saat itu.

tapi benarlah, Allah tahu mereka mampu, lantas Allah letakkan mereka di situ. kerana Allah tahu saya tidak mampu, Allah letakkan saya di sini...

saya pernah bertanya," tak rindu pada arwah ayah ?" dia diam. kemudian dia menyambung. " rindu" sambil air mata bergenag di kelopak matanya. " sekali kita kehilangan, kita akan bersedia dengan kehilangan yang seterusnya".

Allahurobbi..

saya kagum dengan semangatnya, dengan semangat ibunya. meskipun mereka dari keluarga yang biasa-biasa, dengan kudrat yang ada mereka hidup senang sekarang. punya anak bekerja sebagai jurutera peronas, jurutera kapal terbang, dan lain2 , saya kagum..

mereka-mereka ini selalu menjadi inspirasi saya .. membuatkan saya bersyukur dengan apa yang saya ada. dan mengingatkan saya apa yang kita ada hari ini cuma pinjaman semata-mata dari Allah.

insyaallah, semoga saya diketemukan dengan keluarga ini satu hari nanti,.. insyaallah.












Saturday, January 12, 2013

sepagi bersama ikim

cerita basi. tapi sampai sekarang bila teringat akan tersenyum sorang-sorang..

it happened last year, masa tu dalam pukul 4 - 5 pagi.. sambil rehat sekejap, saya bukak radio ikim. masa tu slot ulangan tentang tanya lah ustaz apa-apa pun.. dalam 5 minit pertama dengar lah soalan-soalan yang ditujukan para pendengar dan ustaz tu pun jawab. at the same time mata saya ni pun tinggal separuh sebab sudah lewat dan penat sangat.. tiba-tiba ada soalan yang buat mata saya segar kemain ..

dj          : ya, encik X, sila ajukan soalan encik

pakcik. x     : macam ni, tadi saya pi semayang jumaat dengan kawan saya, lepaih tu dia tinggai saya sorang, dia     balik dulu.. apa hukumnya ustaz? zalim ka macam tu? *dalam hati excited nak dengar jawapan ustaz*

ustaz y : *gelak kecil* tak ade lah macam tu. kita patut berterima kasih pada dia sebab dah tumpangkan kita ke masjid. bersangka baik mungkin dia balik sebab ada hal penting. itu tak dinamakan zalim. bla bla blaa....

kemudian ada caller yang lain call dan ustaz tu jawab.. then 4 minit kemudian,

dj       : ya, siapa di tali *tak habis cakap*

pakcik x    : dak, bukan saya nak ikut dia, dia yang ajak saya. dah tu tinggai saya sorang-sorang. bukan saya nak sangat ikut dia tapi dia sungguh-sungguh ajak saya  tut tut tut tut * terputus talian*

dj & ustaz y : hahahaha.. ok pemanggil seterusnyaa..* malas layan*


haha.. time tu kalau dengar live, serius kelakar sangat.. boleh pulak call sekali lagi sebab nak terangkan yang zalim kawaannya ni sebab tinggalkan dia lepas solat jumaatt. saya tak ingat sangat exactly dialognya, tapi lebih kurang macam tu lah..  lepas dengar tu, satu harapan saya.....


semoga pakcik x masih lagi berkawan dengan kawannya.. dan semoga pakcik x tak ditinggalkan lagi lepas solat jumaat.. :) lain kalo call lagi ye pakcik.. .




Thursday, January 10, 2013

seni menerima dan memaafkan

jujur.

 bukan senang nak menerima dan memaafkan seseorang selepas apa yang dah mereka buat pada kita sangat2 menyakitkan hati.rasa macam " takpe takpe ade ubi ada batas, ada hari boleh aku balas", "hari ni hari kau, hari esok hari aku". diri sendiri pun selalu jugak rasa macam tu. hehe..

tapi, hakikatnya. bila melibatkan emosi di dalam hati, perasaan tu tend untuk bertahan lama. contoh, bila kita sedih dengan kehilangan seseorang, kesedihan itu akan berlanjutan sampai ke tahap kita akan sentiasa ingat perkara tersebut walaupun peristiwa kehilangan tu dah berlaku 10 tahun lepas. perkara berkaitan hati bukan seperti luka di tangan yang akan sembuh esok atau lusa. malah, parut di tangan juga akan hilang setelah beberapa ketika. tiada ubat yang mampu di hasilkan sehingga ke saat ini untuk menyembuhkan sakit hati. sakit ulu hati, mmg ade ye ubatnye. tapi ubat untuk buang dendam, iri hati, so far tak ade lagi.

justeru *ewah, dah mcm karangan*, sama juga dengan perasaan menerima dan memaafkan sebab semuanya datang dari hati. menerima dan memaafkan adalah satu cabang seni yang kita tahu seni ini bukan sesuatu yang fixed. bukan dengan cara berjabat tangan sesuatu kemaafan itu sudah dilahirkan. bukan dengan cara memberi hadiah dapat membuat orang memaafkan kita. terdapat pelbagai cara, tapi semuanya terpulang pada diri sendiri..

pernah rasa suatu ketika nekad dalam hati tak kan sekali kali saya memaafkan org-orng tertentu. tapi semakin hari, perasaan tidak memaafkan ibarat membawa pisang busuk ke mana2. tidak sedap hati sampai berlama rasanya.  terasa berat dalam setiap perbuatan. sampai lah ke satu masa, terdetik di hati. cukup-cukuplah.. apa yang terjadi lepaskanlah. hidup bukan hanya untuk berdendam sampai bila-bila. sampai satu ketika, letih dengan perasaan yang di tanam dalam hati saban hari. cukuplah. Allah lebih mengetahui apa yang  terbuku di hati. lalu, pelan-pelan saya leraikan segala dendam, sedikit sedikit saya hulurkan kemaafan.. alhamdulillah, dunia di rasakan seperti awan yang mendung kembali di sinari cahaya matahari. malah, ada juga pelangi bersembunyi di balik awan yang biru..

insyaallah, semoga kita semua di beri kekuatan untuk menerima apa yang telah terjadi, dan berusaha untuk memberi kemaafan dalam segala sesuatu.. semoga Allah permudahkan semuanya.. :)

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima), Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun."[Al-Baqarah: 263].

Tuesday, January 8, 2013

keputusan sudah di buat.. perjalanan bermula


keputusan sudah di buat. walaupun ada rasa gentar, say perlu untuk meneruskan. mungkin apa yang saya rasa terbaik untuk diri saya sebenarnya tidak baik . saya menyerahkan sebulat-bulat pengharapan hanya pada Allah semoga perjalanan ke alam yang baru, persekitaran yang baru, orang yang baru, ini dipermudahkan Allah SWT.

tiada yang lebih saya harapkan dari keredhaan Allah untuk segalanya.. robbi yassir wala tua'sir. semoga semua ini lebih mendekatkan aku dengan Mu ya Allah..

redhailah aku..

masters of science (biotechnology).... here i come!

Saturday, January 5, 2013

pilihan hati

saya selaaaaalu sangat ada masalah dengan hati especially bila bab2 yang memerlukan pertimbangan. contoh, bila dapat offer ke matrik atau ke uia, saya dalam dilema dalam beberapa minggu. sekejap nak ke matrik, sekejap nak ke uia. sampai berkurung dalam bilik sebab tak nak terpengaruh dengan alasan sesiapa. bila dah bulat hati ke uia, baru dua minggu di sana dapat pulak offer mara. end up, pergi mara. 

sekarang, macam tu lah jugak . mak ayah berharap saya menerima. ahli keluarga yang lain pulak seperti menolak. 5 minit yang pertama saya rasa confident nak terima. 5 minit kemudian saya ragu-ragu. pikir balik kemudian, ini bukan keputusan yang mudah. seluruh masa depan saya bergantung kepada pilihan ini. tersilap langkah, buruk padahnya. susah sebenarnya bila berdepan antara pilihan mak ayah dan kehendak sendiri. mahu ditolak, takut menjadi anak derhaka. mahu diterima, takut tak serasi. 

semuanya bergantung pada 9 hb ini. saya rasa, saya sudah cukup besar untuk menentukan masa depan saya tanpa pengaruh sesiapa. insyaallah.. mohon diberikan yang terbaik... 

p/s: wish me luck!