Monday, December 26, 2011

menunggu

setahun yang lalu,

malam itu, hp saya berbunyi. dicapai lalu dilihat mesej yang saya dapat. nama orang yang paling saya sayangi (selepas keluarga saya) muncul di paparan skrin dari seorang yang saya sangat sayangi. yes, sangat2 saya sayangi ketika itu. saya buka dan baca. satu mesej yang ringkas, padat dan pada masa yang sama, menggetarkan hati saya. tapi saya cuba menenangkan diri. saya solat, dan saya tidur.

tamat.

keesokan paginya, saya cuba untuk menelefon dia. tidak berjawab. saya cuba memberi mesej padanya, juga tidak berjawab. saya buka emel, saya taip emel dengan sepenuh hati saya untuk meminta penjelasan dan menceritakan perasaan saya ketika itu. setiap satu yang saya tulis, diiringi air mata yang saya pasti, air mata sayang..

perkara yang sama saya ulangi pada keseokan harinya, dan esoknya juga, dan esoknya juga. sehinggalah masa berlalu sampai ke hari ini iaitu setahun.

setiap masa saya cuba berfikiran positif. ya, dia akan kembali seperti janjinya. saya cuba memberikan dia ruang as well as diri saya untuk memperbaiki diri. suatu masa dulu, dia berjanji, " dia akn kembali bila masanya sudah tiba"..

sepanjang setahun ini, pelbagai dugaan saya terima. yang paling memberi kesan di hati, setiap barang yang saya ada yang kami pernah beli bersama, semuanya rosak satu persatu. tapi, saya tetap menunggu.

pernah, dalam saat saya menunggu, saya tertidur sambil hp di tangan, beserta air mata menanti mesej dari dia. pernah juga saya kaku ketika menjejakkan kaki di kl central kerana semua memori saya bersama dia berpusu2 bermain di ingatan saya ketika itu. saya juga pernah ke tempat2 yang biasa kami kunjungi kerana didorong rasa rindu yang kuat. makan minum saya, tak lekang dari mengingati dia.

namun, satu perkara yang memberi kelebihan kepada saya selama setahun ini. saya lebih dekat dengan tarbiyyah. tarbiyyah sedikit sebanyak menjadi pengubat kerinduan saya. sepanjang ditarbiyyah, saya banyak disuruh meminta hanya pada Allah. ya, saya tak meminta kepada sesiapapun. melainkan Allah. malam2 yang sunyi, air mata saya tumpah kerana melahirkan rasa rindu yang tak tertahan lagi pada insan itu. ya Allah, sangat kuatnya mujahadah yang perlu saya lalui.

saya juga ditemukan denga kisah2 benar tentang kepergian insan yg disayangi serta penantian demi mendapatkan cinta yang sejati.seperti kisah 13 tahun mencari cinta, dan seorang lagi ikhwan yang terpisah dengan bakal isterinya kerana di tahan oleh pihak israel selama berpuluh2 tahun dan mereka disatukan selepas lelaki tersebut bebas dari penjara. yang paling meruntunkan hati saya, bila membaca kisah mawarnafastari yang mana hanya sempat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke dua dengan suami tercinta kerana suaminya pergi menyambut seruan Ilahi dalam satu kemalangan.

membaca kisah2 mereka, membuatkan saya bertanya pada diri saya. di manakah saya sebenarnya? kesedihan saya cuma sekelumit dari penderitaan mereka. oh Allah, kuatkanlah aku..

dan hari demi hari saya lalui, saya memohon pertolongan Tuhan untuk menemukan kami bila sampai masanya dengan cara yang sah. kekuatan demi kekuatan saya raih demi meneruskan kehidupan saya ini. hanya kepada Allah saya bermohon di dalam doa2 saya, di dalam sujud2 saya.

kerana saya yakin,

Allah sedang menguji saya dan saya harus lulus ujian ini meskipun habis air mata diganti darah sekalipun.

doakan saya kuat dalam penantian saya. saya tak mampu berpaling. semakin saya melupakan, semakin kuat memori2 lalu datang kembali. jadi saya mohon hanya kuat untuk hari2 saya menunggu dia kembali lagi.ya, saya tetap akan menunggu.. insyaallah....

;'(



Friday, December 23, 2011

usaha itu penting

sekarang adalah musim study week.

lantas, kita dapat lihat semua orang tak kira agama ' beriman' dengan adanya exam, lalu masing2 berusaha untuk belajar sampai sedaya mungkin.

nescafe, lepas nescafe, nescafe lagi.

semuanya bahana keimanan/ kepercayaan yang tinggi terhadap exam.

segala persiapan di lakukan, pensil, pen, liquid paper, short notes, kesihatan, pemakanan.

semua di buat dengan rapi..

best kan?

tapi, itu cuma exam didunia . yes, dunia.

exam diakhirat bagaimana pula? dimanakah keimanan terhadap exam diakhirat ? exam yang resultnya dua. lulus, gagal dan tiada repeat paper.

oh diri, engkau sungguh hanyut dalam dunia ini..

bangun! bangun! bangun!

kamu belum buat persiapan untuk exam itu..

*ya Allah, ya Allah.. kuatkan lah, kuatkan lah!

p/s: sebagai salah satu persiapan, fb deactivate buat sementara waktu sebab bagi diri ini, fb adalah virus yg halus untuk menarik aku untuk dijangkiti penyakit wahan.. so, ini cuma satu persiapan.. wish me luck! :)

dakwah itu bergerak pantas!

ya, dakwah itu seperti al-adiyat, kuda perang! hentakkan kakinya menggerunkan musuh di hadapan!

tapi aku?

jangan cakap arnab, kura2 pun belum tentu pasti.

4 tahun dalam lingkungan tarbiyah, tapi belum betul2 melekat di hati.

knp ni? kenapa?!!!

selalu sangat rasa nak marah diri sendiri sebab x laju seperti akhwat2 yang lain.. rasa malu, rendah diri.. :(

tapi, tak bermaksud harus sentiasa begini..

aku menyerahkan sepenuh hidup ku untuk ditarbiyyah. walau macam mana pun keadaan itu, aku berharap aku ditarbiyyah oleh Tuhan ku sendiri.

oh Tuhan, tarbiyyahlah aku dengan tarbiyyah mu kerana sebaik2 tarbiyyah adalah dari mu..

jom, berlari kecang seperti kuda perang!!!!!!

Tuesday, November 29, 2011

sendiri!

adam

My dear Adam,

"You don’t have to drive any BMW or Mercedez or Skyline to be gorgeous. Be an imam in prayers. That’s how I define gorgeous. You don’t have to have nice voice and hush me with lovely songs to woo me. Recite the Kalamullah, Al Quranul kareem. That’s how i would melt. You don’t have to be rich for me to love you."

Sincerely,
Your love, Hawa..♥

Tuesday, November 8, 2011

saving duit untuk menikah


yes..

saya sedang mengumpul duit untuk menikah.. :)

tapi, orang tanya .. wah! dah ada calon kah??

jawab saya: jodoh akan datang bila sudah sampai masa, dari arah yang tak disangka2 dari Allah.. boleh jadi esok, boleh jadi 3 tahun lagi, mungkin selamanya..

jadi,

saya haru bersedia dari sekarang! :)



Wednesday, November 2, 2011

kembali :)

alhamdulillah, alhamdulillah..

diberi kekuatan untuk berblogging semula..

insyaallah, peluang ni akan dimanfaatkan ke jalan yang betul.

insyaallah..