Wednesday, October 17, 2012

redha

In sha Allah,
Sampai satu masanya,
Kita akan berhenti ‘memaksa’ DIA memberi apa yang kita inginkan.

Sampai suatu saat nanti,
Kita akan mula memohon,
Agar Allah membantu kita menerima,
Dengan hati yang redha dan terbuka,
Apa yang Allah dah takdirkan,
Apa yang Allah dah rencanakan,
Dan apa yang Allah dah tentukan buat kita.

- In sha Allah akan sampai suatu saat, kita akan memahaminya.

jarak , perpisahan dan doa


satu kuasa yang lebih berkuasa dari kuasa superman, batman, hulk etc adalah kuasa doa. kita selalu memandang remeh pada doa tapi hakikatnya doa itulah yang mendekatkan bila ia jauh, mengembirakan bila ia menyedihkan, menenangkan bila ianya kusut.:)

bila rasa rindu, berdoalah semoga rindu itu disampaikan. bila rasa sunyi, berdoalah semoga sunyi itu dilenyapkan. Allah lebih mengetahui apa yang tersirat dalam lubuk hati kita.. :)


rindu

dulu, bila tengah belajar, selalu berangan, bila lah nak habis belajar. dah muak tengok buku, dah muak nak exam. stress Ya Robbi.

sekarang, saya rindu nak belajar lagi. saya rindu pen dan kertas nota. saya rindu lecture note. saya rindu perasaan stress untuk exam. saya rindu semuanya..

acane tu?


Tuesday, September 4, 2012

pilihan itu


Ya Robb..
Jika ada dua pilihan dan diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya
Jika ada sepuluh pilihan dan diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya
Jika ada seratus pilihan dan diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya
Dan jika hanya ada satu pilihan, dan tidak ada dia dalam pilihan itu…
Maka aku pun akan menerimanya sebagai pemberian terbaik dari Mu…
Aku tidak akan memaksakan diriku untuk memilihnya
Karena Engkaulah yang Maha Mengetahui
Karena Engkaulah yang Menciptakanku
Karena Engkaulah yang Memelihara diriku


Ya Muqollibal Qulub, Tsabbit Qolbi ‘ala Diinika..
Aku yakin bahwa tidak ada Ketetapan Mu yang salah
Aku yakin bahwa semua Kehendak Mu sangat terukur
Buatlah aku mencintai pilihan yang Kau berikan
Buatlah aku setia pada pilihan yang Kau berikan
Buatlah aku menyayangi pada pilihan yang Kau amanahkan



Ya Robb..
Dengan segala Kekuasaan Mu
Dengan segala Kekuatan Mu
Dengan segala Keagungan Mu
Hamba mohon pada Mu,
Kuatkanlah hati ini saat ketetapan Mu membuat hati ini terasa sempit
Tenangkanlah hati ini saat ketetapan Mu membuat hati ini terasa berat
Sesungguhnya hanya dengan PertolonganMu, diri ini bisa menjalani semua ketentuanMu.

redhailah aku...
hanya itu aku mahu.....


ia pasti datang... pasti!

pada saat dan ketika ini, hati saya berbaur2 perasaannya. bila melihat ex housemate sudah punya kerja tetap, saya cemburu.. tawaran kerja yg bagi saya sangat menarik.. basic gaji sahaja sudah mencecah rm 2500.. saya?

saya ambil satu masa untuk bermuhasabah. mungkin, belum ada lagi satupun pekerjaan yang benar2 "bersih" gajinya untuk saya gunakan. mungkin juga belum ada satu pun kerja yang betul2 mampu saya tanggung andaikata saya berpeluang memegang jawatan itu.. tapi saya percaya...

akan datang satu ketika, peluang itu akan datang tepat pada masa nya.. insyaallah.. semoga ALLAH benar2 redha dengan apa yang saya lakukan..

doakan saya !


Sunday, September 2, 2012

bersawang

fuh fuh *buang habuk* 

lama dah tak bersiaran kat sini. nak kata sibuk, memang tak. nak kata internet lambat, x juga. nak kata malas, memang ya. :P 

alhamdulillah. masa berlalu dengan sangat pantas. pernah terbaca kat mana ntah, klu kita buat benda lagha, cepat je rasa masa berlalu. sebab, Allah x nak kita berada dalam keadaan tu lama2. contoh: bukak fb. tengok page orang tu, orang ni, sekali dah sejam. rasa cepat je!...  cuba bila kita tengah buat benda baik contoh, zikir, kita akan rasa benda tu sangat lama. setiap detik tu, kita dapat hayati dengan penuh khusyuk. sbb nya Allah nak biarkan kita lama2 dalam keadaan yang bersih mcm tu. :) cuba try! :)

satu pengalaman bila dah habis belajar, bilamana dulu masa belajar rasa nak cepat2 habis. sebab x tahan dengan assignment etc. tapi once dah graduate, terasa beban tu lagi besar. nak cari kerja, nak ada simpanan untuk masa depan, etc. terus jatuh terduduk.. terus rasa errmmm nak sambung belajar balik.. :( tapi hakikatnye, nak x nak tanggungjawab tu mesti kena lalui bila sampai masanya.. hurmmm.

banyak sangat benda nak cerita kat sini, tapi biasalah.. MALAS.. :p

insyaallah.. ada waktu dan ketika bersua lagi.. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN! :)

Thursday, June 7, 2012

my bro engagement

alhamdulillah.. pertunanga abang saya berjalan dengan lancar. alhamdulillah..

perjalan dari penang ke kuala terengganu memang sangat memenatkan.. sangat! memang akan jarang lah ke sana. mungkin next time masa kenduri abang saya. x mampu la nak mengharung jalan yg lama tu lagi. huhu

masa di terengganu, rasa sebak pulak. :( masa mak saya sarung cincin ke sister-in-law-to be, sebak lagi. :P rasa macam sekejap sangat. semua orang dah besar. dah nak kawen pun abang saya. dulu main dengan dia masa kecik2, pergi mengaji sama2, kayuh basikal sama2.. sekejap je dah nak kawen.. aduhai..

semoga Allah merahmati kalian..


cincin tunang dan bekas yg disiapkan pagi majlis pertunangan.. hehe


salam menantu-to-be.. :) lepas2 tunang, bertambah2 sayang pada kak diana ni.. beli baju lah beli itu lah beli ini lah.. anak perempuan yg seorang ni tak dapat ape2 pun.. omg! the fact saya anak perempuan tunggal mula tidak diterima pakai.. lebih menyedihkan, ayah pun sama.. back up habis kak diana klu kak diana ni buat silap.. ape kah ini semua ?? 

p/s : qistina, be prepared :P

my bro and his fiancee.. :)
 
  

bekas sirih yg juga disiapkan pagi majlis pertunangan

  

petangnya di kawasan pasar payang


the day bertolak balik ke penang..