Sunday, January 15, 2012

kahwin

satu tajuk yang hangat dibincangkan oleh kawan2 seperjuangan saya yang kebanyakannya sudah hampir menamatkan degree masing2. termasuk saya...

dan dalam kalangan mereka, ada yang fanatik untuk berkahwin, ada yang sudah cuba merisik, ada yang itu, ada yang ini. pelbagai ragam yang saya dapat lihat dengan sindrom " nak kahwin" ni.

ya Allah, jujurnya, satu masa dulu, saya juga rasa sangat sangat sangat tak sabar untuk berkahwin. tapi, semakin umur menginjak dewasa, saya rasa saya tak bersedia langsung untuk kahwin malah berbincang mengenai kahwin sekalipun!.

melihatkan diri ini yang belum cukup ilmu, belum cukup pengalaman, belum cukup segala2nya, membuatkan saya terfikir, kenapa perlu ber"semangat" untuk melalui fasa perkahwinan sedangkan saya tak mampu pun lagi nak bercerita kisah2 rasulullah, kisah sahabat yang sepatutnya menjadi bed time story untuk kanak2 kerana saya belum hadam lagi semua sirah2 ini. saya belum mahir tentang hukum tajwid, masakan saya nak mengajar anak sendiri dengan tajwid yang salah? saya sendiri belum bermujahadah untuk menutup aurat dengan sempurna, masakan saya sanggup membiarkan bakal suami saya menanggung dosa aurat2 saya? ya Allah, ya Allah! individu muslim belum pun tertegak daam roh saya sendiri, bagaimana untuk saya hendak berusaha ke arah membina baitul muslim?

jujur, saya sangat tidak selesa akhir2 ini dengan segala pertanyaan tentang bila mahu berkahwin, etc. sampaikan pergerakan saya ke pekan sekalipun, jiran bertanya, " hai, mahu ke mana? beli barang hantaran ke? " sampai macam tu sekali. bila difikir2kan, saya gelak sendiri. kelakarnya semua ni. adakah saya kelihatan seperti bersedia untuk bergelar isteri orang? atau dari penampilan saya kelihatan saya begitu terdesak sangat untuk berkahwin? :)

namun, saya tidak menyalahkan sesiapa. saya cuma berharap, sesiapa yang terlintas untuk berbincang tentang perkahwinan dengan saya selepas ini, tidak cuma berbincang, tapi juga berdoa untuk saya.. barulah senang hati saya.. :)

banyak blog yang saya baca, banyak entry yang saya baca tentang perkahwinan meskipun bagi saya muda lagi bloggers ni. bagi mereka, ada teman lelaki bermakna sudah bersedia untuk berkahwin, sudah boleh excited untuk plan pasal pertunangan etc. adakah semudah ini pekahwinan? adakah dengan mempunyai teman lelaki sekarang, dapat memastikan yang kita akan berkahwin dengan dia satu hari nanti?


dan bagi yang single, risau untuk tidak berkahwin. :( adakah dengan single sekarang, mereka tidak akan berkahwin selama-lamanya?

perkahwinan itu berat. andai kita belum bersedia, seeloknya membuat persediaan yang sebaiknya dahulu sebelum terfikir untuk berbincang mengenainya. andai imam yang mengetuai keluarga tidak mampu memastikan ma'mum dibelakang berada dalam jalan islam yang sebenarnya, maka tanggunglah dosa seluruh isi keluarga kamu di akhirat kelak. begitu juga jika "co-pilot" yang masih belum mahir tentang selok2 pemanduan, saya rasa baiklah dilupakan dahulu keinginan untuk menjadi "co-pilot" kerana mungkin nanti memeningkan kepala "pilot" dengan pertolongan dan arahan anda bahkan mampu memesongkan perjalanan yang sepatutnya sampai ke destinasi syurga, tetapi berakhir ke tempat selainnya.

benar, perkahwinan itu berat. jadi, untuk mendambakan seorang suami yang hebat, isteri juga mesti hebat. dari sudut masakan, dari sudut ilmu agama, dan dari sudut yang lain2.

justeru, jom!

berdoa pada Allah, diberikan insan yang selayaknya,
pada masa yang paling layak diri ini menjadi pendampingnya.

tapi, sebelum sampai masa yang selayaknya,

biarlah hanya diri ini dan Allah sahaja yang tahu.. :)

beri masa untuk diri ini membuat persiapan yang rapi sebelum menjadi hak orang lain. beri masa untuk jadi anak yang solehah sebelum cuba mendapatkan anak2 yang soleh dan solehah. mari bermujahadah untuk membuat persiapan yang rapi ke arah tersebut. insyaallah, Allah akan berikan yang terbaik untuk diri ini suatu hari nanti..

insyaallah..





No comments:

Post a Comment