Sunday, January 15, 2012

mujahadah itu pahit, tapi akhirnya.....

satu masa dulu, saya merasakan untuk berada dalam dakwah ini satu perkara yang mustahil bagi saya. mustahil! there is no such thing untuk saya bertudung labuh (sekarang pun masih belum). memang tak pernah terbayang dan membayangkan. haha

kemudian, bila disapa dengan kakak senior, dah join bulatan, saya rasa makin tenang. ibarat disapa angin sepoi2 . begitu menenangkan. ketika itu, saya rasakan bulatan adalah satu tempat yang boleh buatkan saya tenang. pergi dduk dalam bulatan, tadabbur al-Quran, sembang2 sikit, makan, dan balik.

tapi,

as time goes by, dakwah yang saya rasakan sekarang, bukan lagi dakwah yang seperti dahulu. dakwah yang bersenang2, yang ikut suka nak pergi atau tak. dakwah yang saya rasakan sekarang, adalah dakwah yang non-stop. bukan lagi fasa bersenang2. ini kena buat, itu kena buat. tidak lagi dimanjakan dalam bulatan. tak sama macam saya impikan dahulu. sudah lah kelas sibuk, kena pulak buat usrah untuk adik2, uruskan program ceramah umum, ceramah sisters sahaja, dan ada sampai masa hampir2 saya collapse sebab saya penat.

hujung minggu bukan lagi cuti, perlu ke daurah sana, daurah sini. bedah buku sana, bedah buku sini. sibuk!

tapi, pelik.

dengan kesibukan dan kepayahan ini membuatkan saya takut untuk ditinggalkan di medan dakwah ini. ahamdulillah, saya diberikan sahabat2 yang sentiasa mengingatkan saya tentang kesan meninggalkan dakwah itu sendiri.

benar, bila kita masuk ke medan dakwah, kita kena bersedia untuk disusahkan, dipenatkan dan segalanya. betul!! kerana dengan keletihan itu kita akan raih untuk membina tapak2 dalam hati insan2 yang lain. kita nak beri apa yang kita rasa kerana nikmat iman itu sangat tak ternilai. sudah menjadi tugas para daie untuk mencetuskan rasa keimanan dalam diri setiap insan yang berada disekeliling mereka.

bukan. bukan untuk mengatakan diri ini yang terbaik. apa yang dicakapkan ini sememangnya lebih didengari oleh telinga sendiri. cuma, tulisan ini hendak membuktikan, kita perlukan dakwah. kakak usrah saya selalu berpesan, tinggalkan jahiliyyah kamu semua di belakang kerana jahiliyyah ini yang memberatkan kamu untuk pendakian ini. ya, kakak itu betul.. dan saya juga masih dalam usaha untuk melepaskan beban2 yang saya ada sehabis mungkin. proses ini bukan proses yang singkat. air mata tidak putus mengalir dalam proses untuk meninggalkan semua ini.

ada yang berjaya ditinggalkan, ada yang tidak. saya juga manusia biasa.kerana saya manusia biasa lah, saya nak menjadikan diri saya manusia luar biasa yang Allah sayangkan. yang Allah akan pelihara saya kerana membantu agamanya.

there is no such thing bila orang yang berada dalam tarbiyyah ini merasakan dirinya cukup hebat dan terjamin untuk masuk ke syurga. there is sumthing wrong sumwhere macam tu. tidak dan tidak akan! malah tidak boleh! :(

saya bukan lah seperti semua orang kenal. saya jauh lebih teruk dari apa yang orang sangkakan. namun, biarlah rahsia itu cuma saya dan dia yang tahu. dan kerana rahsia itu jugak, saya tak mahu kembali ke jalan itu. percayalah, selepas keinginan ditanam, dan usaha sudah dibuat, sedikit ujian akan datang untuk menguji, samada kita berjaya atau tak melepaskan ikatan tersebut. kalau kita merasakan dugaan itu gagal dan berat bagi kita, cuba lagi. cuba sampai kita berjaya. dan ya. bukan mudah. tapi trust me, hasilnya sangat manis.

mujahadah itu pahit, tapi syurga itu manis.

ayuh!

No comments:

Post a Comment