salam jumaat everyone
semoga Allah melimpahkan eberkatan kepada kita semua di hari jumaat ni. insyaallah :)
dah 2 minggu lebih saya sakit tulang belakang. bila pergi doktor, doktor cakap x de apa2. tapi, wallahi, hanya Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya sampai nak dduk pun tak boleh, baring pun tak boleh. dalam 4 kelas seminggu, hanya dua kelas saja yang mampu saya pergi, lagi dua kelas, hanya kirim salam. huhu.. saya tak mampu pun nak dduk dalam tempat ber aircond lebih dari 2 jam. nanti akan datang rasa mencucuk2 dekat tulang. huhu.
say ingat, sakit ni akan beransur hilang, tapi, tak. semalam, bila saya bangun pagi, half of my body bertambah sakit. tangan saya, dan belakang kepala saya bengkak. kesannya, saya demam kesejukan dan bila saya mandi, air yang jatuh ke badan pun membuatkan saya rasa sakit. :(
tidak hanya sampai di situ, petang semalam, pulang dari kelas, ingatnya nak sambung buat kerja. sekali, laptop pulak buat hal. dalam keadaan yang tak larat tu, saya terpaksa menaiki bas ke pekan kajang, untuk membaiki laptop.
lepas baiki laptop, saya tunggu bas untuk pulang ke rumah. bas smpai dalam pukul 6.05. masa saya tunggu tu, ada seorang wanita tua mintak saya masukkan duit ke dalam akaun anaknya. masa tu dah pukul 6.04. masa saya bank in duit mak cik tu, saya nampak bas saya dah bergerak ke ktm kajang. di sana bas tu akan tunggu sampai pukul 6.15 dan akan terus pulang ke taman perumahan saya. masa tu saya pikir, nak tolong ke tak, nak ke x. tapi, x ape lah. saya tolong jugak sebab kesian sangat tengok keadaan mak cik tu. masa bank in duit tu, mesin pulak buat hal. banyak kali saya kena ambik n masukkan semula duit sebab mesin reject duit tu. akhirnya, 5.09 minit, saya selesai bank in duit mak cik tu.
jadi, saya hanya ada 6 minit untuk kejar bas tu. selalu, masa yang diambil untuk ke ktm kajang dari empat tu akan mengambil masa dalam 15 minit. tapi saya cuma ada 6 minit. saya berjalan cepat2 dan alhamdulillah, saya sampai. masa saya berjalan sebelum tu, saya memang terlupa saya sakit belakang. aim saya, cuma nak kejar bas tu.
bila sampai rumah, saya rasa berbisa sangat. kepala saya pening, saya tak mampu pun untuk mengiringkan badan. ;( saya pun tak pasti pukul berapa saya tidur kesakitan tu.
after all yang saya alami, saya belajar banyak benda dari tarbiyyah yang Allah bagi pada saya. dan, saya berharap, atas dugaan ini, Allah memberi ganjaran saya di akhirat kelak. insyaallah..
No comments:
Post a Comment