Tuesday, March 20, 2012

biarkan sahaja

Sesuatu yang menghilang usah sekali-kali dicari lagi kerana dia tidak ditakdirkan untuk bersama kita dengan pelbagai sebab dan alasan. Biarkan dia tetap pada tempatnya kerana di situlah dunianya. Anggap sahaja di satu ketika mungkin dia telah tersilap kerana memilih kita dalam mewarnakan sedikit dari kisah hidupnya. Doakan sahaja semoga senyum dan bahagia itu selalu bersamanya. Kita teruskan sahaja perjalanan tanpa perlu menoleh lagi agar jejak yang kita tinggalkan tidak terlihat bekasnya.

2 comments: