Friday, January 6, 2012

mati..

saya selalu berfikir, adakah dengan amalan saya pada hari ini dapat melayakkan saya ke dalam syurga sekiranya saya mati tiba2..

sesak!

sudah tentu tidak.

ya Allah, dah 21 tahun hidup, saya rasa tiada apa pun yang saya banggakan atas pencapaian saya terhadap agama. tidak ada walau sekelumit pun!

andainya saya mati, islam tidak akan pernah rugi pun, dan jika saya ada sekalipun, islam tak merubah apa2.

:'(

saya sangat lemah.. islam tak memerlukan saya, hanya saya yang memerlukan islam kerana dengan islam lah saya dapat memastikan destinasi terakhir saya adalah syurga.


mari semuanya, kita mulakan kehidupan kita dengan beramal dengan amalan islam.

maksud saya, islam sepenuhnya. bukan islam yang dicelup separuh atau mengambil amalan islam yang kita suka.

kerana,

kita perlu islam!

fastabiqul khairat!!!!

2 comments:

  1. Sebuah sentuhan yang lembut buat hati. Moga ia kukuh dan terus teguh, dengan izin-Nya

    ReplyDelete
  2. jazakallahi khairan kathira. mudah2an menjadi satu doa..

    ReplyDelete