Wednesday, May 2, 2012

ajaibnya cinta :)

Tidak perlu diajar cara apabila sudah cinta. Kerana dalam cinta itu sudah menyala kemahuan yang menimbulkan seribu cara untuk meluahkannya.

Mungkin si kaya pulang bersama cincin permata untuk menghargai si isteri.
Atau petani hanya membawa sebiji mangga untuk dimakan bersama sang permaisurinya.

In sha Allah, buruh yang pulang bersama keringat disambut dengan senyuman dan dihadiahkan seteguk air sejuk oleh isteri tentunya lebih bahagia dan dihargai daripada seorang jutawan yang hanya disambut di muka pintu villanya oleh orang gaji.

Begitulah ajaibnya cinta yang diciptakan oleh Allah

No comments:

Post a Comment