Saturday, March 19, 2011

tersentuh sama ini cerita

bismillahirrahmanirrahim..

da lama menyepi. biar je blog ni bersawang sebab membuzykan diri dengan hal2 lain.. lately ni sgat2 down.. kurang motivate agaknya. so jalan2 kat fb, tgk wall orng tu, orng ni, tiba2 nampak sorang kawan post satu artikel . baca punya baca, rasa dekat sangat dengan jalan cerita dia. tapi yang part2 last tu, harapan je la, hihi.. doa2kan lah, jalan cerita ni pun sampai kepada aku.. halfway dah betul.. tunggu ending je tak tahu lg mcm mana.. sama ke x? tunggu sajalah bila masa tu tiba.. ceritanya mcm ni......


Aisyah benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Aisyah memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.

Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Tariq bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Tariq bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Tariq untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi hari, hati Aisyah makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yg bernama lelaki itu.

Sehinggalah pada suatu hari, Aisyah bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuahkan sebuah persahabatan yg berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Danisya, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu Aisyah menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Aisyah tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Aisyah tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.

Sejak mengenali Danisya, Aisyah mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Aisyah yg dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yg menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Aisyah seakan-akan mampu melupakan Tariq. Kini Danisyalah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Danisya mampu menggantikan tempat Tariq. Yang anehnya, Danisya seolah-olah seperti Tariq versi wanita baginya.

Saban hari, semakin ramai yg gemar untuk berdampingan dengan Aisyah. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yg ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda cuba untuk mendekatinya, namun Aisyah segera menolaknya kerana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yg dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yg menentukannya.

Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Kampus Gaya. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Aisyah sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Danisya datang mengirimkan sepucuk surat kepada Aisyah. Tanpa sebarang bicara, Danisya berlalu pergi. Perlahan-lahan, Aisyah membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan disampul surat itu. Tulisan insan yg pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.

Assalamulaikum,

Kehadapan Aisyah binti Abdul Halim, gadis yg selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya.

Mungkin dahulu aku pernah membawamu kedunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.

Kuhadiahkan kamu adikkku, Danisya sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua.

Kini sudah tiba masanya untuk ku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.

Sekian, wasalam.

Yg Benar,

Tariq.

Aisyah terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yg sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Aisyah mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Tariq disatukan nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Tariq dan Aisyah, anda bagaimana?


soklan last dia,, itu cerita tariq dan aisyah, anda mcm mana? huhu.. aku mcm mana? kamu mcm mana? hurm?? indah sgt baca kisah ni.. serius.. syariat yg di tetapkan, kalau kita ikut, meski kita terpaksa, lama2 bila dah sebati dalam jiwa, insyaallah, akan indah.. doa2kanlah sahabat.. kalau ending ni x sama dalam hidup aku, mau jugak aku rembat tariq si budak iraq kat u aku.. amaaan hidup... hihihi...

salam



Monday, February 28, 2011

:)

aku tidak akan mati hanya kerana janji yang kau mungkiri kerana sesungguhnya aku tidak pernah kau miliki...

Sunday, February 27, 2011

nak berehat pulak

bismillahirrahmanirrahim..

dah 20 thun lebih hidup,, persiapan mati belum pun disiapkan.. mcm mane ni?? so, kne lah cari persiapan untuk di bawak ke kubur.. lagipun, dah x larat ni, nak berehat lah pulak.. :)

insyaallah..

ade masa n umur, akan d update lagi..

salam..

Monday, February 21, 2011

sakit itu penghapus dosa

bismillahirrahmanirahim


alhamdulillah, terubat hati bila bca yang sakit itu penghapus dosa2 kecil.. hari ni one whole day tak dapat g klass sebab kepala pusing yang teramat.. pitam di buatnya... mungkin angin sebab muntah-muntah.. ntah la.. yang penting, kena kuatkan diri sebab kalau di layan, makin menjadi2 sakitnya..

pasal previous med check up pun, redha sajalah pada ALLAH andai ini yang terbaik.. apapun, bersabarlah, suraya.. ALLAH mengiuji kita dalam seribu satu cara, dan Dia akan memujuk kita dengan cara yang dikehendakinya.. insyaallah,,

dalam sakit2 ni, berharap dapat join program yang diusahakan sejak minggu lepas lagi,, permudahkanlah, Ya ALLAH, permudahkan jalan tarbiyyah ini untukku..

p/s: sahabat pernah mintak pada ALLAH, andai sakit itu penghapus dosa, maka hapuskalnah dosa dia dengan sakit. so, esoknya, ditakdirkan dia demam dalam tempoh yang lama sampai ke akhir hayat.. bertahun2 jugak demamnya. aku? masyaallah!

Sunday, February 20, 2011

tulang rusuk yang hilang

bismillahirrahmanirrahim..

tadi just jalan2 kat fb, bukak itu, bukak ini, then jumpe satu artikel ni,, jom baca!

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang

rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,

Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang

rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi

merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk

sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan

masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi

membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan

cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai

menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA

lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak

cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga

berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang

telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air

mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad

untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi

Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha

mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi

sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di

hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana

banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah

dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

Saya akan

kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu

nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang

korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan

kembali merasakan sakit dihatinya.

Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah

kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia

patahkan.

*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.

Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang

dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah

terlambat...*

*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh

hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata

yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?

Kira merasakan akan

*menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar

risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*

*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan

akibat yang akan diterima?? *


best??

Friday, February 18, 2011

med. check up

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, dugaan yang di berikan bukan dugaan kosong.alhamdulillah, dgn ujian ni, buatkan aku lebih dekat dengan Pencipta kita.. alhamdulillah atas segala2nya, Ya Rabb..

petang tadi jumpa doc, n result yang dapat urm,, sedikit merisaukan hati ni..

tekanan darah rendah, terlalu stress sampai dari mata pun boleh nampak kesan, n doc tekankan, yg aku terlalu stress n doc mintak kina pantau aku di rumah, rahim di bawah, n few things yg di rahsiakan..

first dengar, x sangka sampai mcm tu, tp ALLAH dah cakap, semua apa yang diberikan kepada hambanya, pasti ada hikmahnya.. maka, jangan ragu 2 atas dugaan yang di berikan,, ALLAH lebih mengetahui.. :)

terlalu stress? yup.. people might see me as seorang perempuan yang sangat happy, yang tak ada masalah sebab aku tak pernah berhenti ketawa, senyum... tapi hakikatnya, deep down in my heart, jauh banyak benda yang buatkan aku gusar, tak dapat tidur malam. dan aku bukannya seorang yang suka bercerita apa yang aku rasakan.. bukan,,, sebaik baik pendengar adalah ALLAH, maka ALLAH saja tempat aku luahkan segala..

aku sendiri tak pasti, sampai bila aku bisa bersama orang yang aku sayang, aku sendiri tak pasti sampai bila aku masih berada di muka bumi... cuma aku berharap, pengakhiran hidupku berakhir dengan baik.. thus...

aku mohon kawan2, doakan sahabatmu ini...

p/s: just wondering, masih adakah esok untuk aku?