Saturday, January 5, 2013

pilihan hati

saya selaaaaalu sangat ada masalah dengan hati especially bila bab2 yang memerlukan pertimbangan. contoh, bila dapat offer ke matrik atau ke uia, saya dalam dilema dalam beberapa minggu. sekejap nak ke matrik, sekejap nak ke uia. sampai berkurung dalam bilik sebab tak nak terpengaruh dengan alasan sesiapa. bila dah bulat hati ke uia, baru dua minggu di sana dapat pulak offer mara. end up, pergi mara. 

sekarang, macam tu lah jugak . mak ayah berharap saya menerima. ahli keluarga yang lain pulak seperti menolak. 5 minit yang pertama saya rasa confident nak terima. 5 minit kemudian saya ragu-ragu. pikir balik kemudian, ini bukan keputusan yang mudah. seluruh masa depan saya bergantung kepada pilihan ini. tersilap langkah, buruk padahnya. susah sebenarnya bila berdepan antara pilihan mak ayah dan kehendak sendiri. mahu ditolak, takut menjadi anak derhaka. mahu diterima, takut tak serasi. 

semuanya bergantung pada 9 hb ini. saya rasa, saya sudah cukup besar untuk menentukan masa depan saya tanpa pengaruh sesiapa. insyaallah.. mohon diberikan yang terbaik... 

p/s: wish me luck!

Thursday, December 27, 2012

1 like = 10 doa

terjumpa page yg sangat menarik di fb tadi. tentang seorang bayi lelaki yg sakit, then  ape lagi ntah..

ok, part bayi lelaki tu, memang x dapat dinafikan lah kan.. memang ada pun kes2 mcm tu kat dunia ni..

tapi,

part yg "1 like = 10 doa" tu, x make sense langsung.. itu punnn , ada jugak org buaatt.

aduhai,,,,

sape yg doakan tu? org yg like tu, sebelum like tu, dia berdoa 10 kali doa dulu baru like? or org yg create page tu kira berapa banyak org like, then dia doa 10 kali ganda org yg like? camtu?

Islam itu mudah, tapi bukan sampai "terlalu" murah..

think, people.. think!

Monday, December 24, 2012

pilihan

kadang2 tertanya2 jugak dalam hati.. betul kah pilihan ni? betul tak jalan yang dah dipilih ni? why me? jalan ni shortcut or tak?

selalu tertanya-tanya..

kadang-kadang sampai ke satu titik yang tak ada jawapan. datang balik ke titik permulaan pertanyaan tadi..

tapi, insyaallah.. mohon Allah redha dengan jalan yang dah dipilih ini.. tak peduli lagi jalan ni panjang atau pendek, susah atau senang, cukup sekadar redha.. kerana,,,

di setiap jalan yang Allah bagi, ada rahsia disebalik rahsia..

yang mana hanya Allah sahaja yang tahu..

:)

have faith, suraya!

Sunday, October 21, 2012

sudah tertulis

satu malam di campus dulu, saya berdiskas dengan few junior saya. diorang cerita masalah masing2, cerita perkembangan semasa sampailah ke satu topik, jodoh..

tiba-tiba, salah seorang dari junior saya berkata :

   " kak ,saya x fahamlah, kenapa jodoh yang sudah ditetapkan kita cari bersungguh2, tetapi hidayah yang sepatutnya kita cari melebihi jodoh itu sendiri kita tak cari "

*terasa panas di pipi saya waktu tu..

Wednesday, October 17, 2012

redha

In sha Allah,
Sampai satu masanya,
Kita akan berhenti ‘memaksa’ DIA memberi apa yang kita inginkan.

Sampai suatu saat nanti,
Kita akan mula memohon,
Agar Allah membantu kita menerima,
Dengan hati yang redha dan terbuka,
Apa yang Allah dah takdirkan,
Apa yang Allah dah rencanakan,
Dan apa yang Allah dah tentukan buat kita.

- In sha Allah akan sampai suatu saat, kita akan memahaminya.

jarak , perpisahan dan doa


satu kuasa yang lebih berkuasa dari kuasa superman, batman, hulk etc adalah kuasa doa. kita selalu memandang remeh pada doa tapi hakikatnya doa itulah yang mendekatkan bila ia jauh, mengembirakan bila ia menyedihkan, menenangkan bila ianya kusut.:)

bila rasa rindu, berdoalah semoga rindu itu disampaikan. bila rasa sunyi, berdoalah semoga sunyi itu dilenyapkan. Allah lebih mengetahui apa yang tersirat dalam lubuk hati kita.. :)


rindu

dulu, bila tengah belajar, selalu berangan, bila lah nak habis belajar. dah muak tengok buku, dah muak nak exam. stress Ya Robbi.

sekarang, saya rindu nak belajar lagi. saya rindu pen dan kertas nota. saya rindu lecture note. saya rindu perasaan stress untuk exam. saya rindu semuanya..

acane tu?