Saturday, January 5, 2013

pilihan hati

saya selaaaaalu sangat ada masalah dengan hati especially bila bab2 yang memerlukan pertimbangan. contoh, bila dapat offer ke matrik atau ke uia, saya dalam dilema dalam beberapa minggu. sekejap nak ke matrik, sekejap nak ke uia. sampai berkurung dalam bilik sebab tak nak terpengaruh dengan alasan sesiapa. bila dah bulat hati ke uia, baru dua minggu di sana dapat pulak offer mara. end up, pergi mara. 

sekarang, macam tu lah jugak . mak ayah berharap saya menerima. ahli keluarga yang lain pulak seperti menolak. 5 minit yang pertama saya rasa confident nak terima. 5 minit kemudian saya ragu-ragu. pikir balik kemudian, ini bukan keputusan yang mudah. seluruh masa depan saya bergantung kepada pilihan ini. tersilap langkah, buruk padahnya. susah sebenarnya bila berdepan antara pilihan mak ayah dan kehendak sendiri. mahu ditolak, takut menjadi anak derhaka. mahu diterima, takut tak serasi. 

semuanya bergantung pada 9 hb ini. saya rasa, saya sudah cukup besar untuk menentukan masa depan saya tanpa pengaruh sesiapa. insyaallah.. mohon diberikan yang terbaik... 

p/s: wish me luck!

1 comment: