cerita basi. tapi sampai sekarang bila teringat akan tersenyum sorang-sorang..
it happened last year, masa tu dalam pukul 4 - 5 pagi.. sambil rehat sekejap, saya bukak radio ikim. masa tu slot ulangan tentang tanya lah ustaz apa-apa pun.. dalam 5 minit pertama dengar lah soalan-soalan yang ditujukan para pendengar dan ustaz tu pun jawab. at the same time mata saya ni pun tinggal separuh sebab sudah lewat dan penat sangat.. tiba-tiba ada soalan yang buat mata saya segar kemain ..
dj : ya, encik X, sila ajukan soalan encik
pakcik. x : macam ni, tadi saya pi semayang jumaat dengan kawan saya, lepaih tu dia tinggai saya sorang, dia balik dulu.. apa hukumnya ustaz? zalim ka macam tu? *dalam hati excited nak dengar jawapan ustaz*
ustaz y : *gelak kecil* tak ade lah macam tu. kita patut berterima kasih pada dia sebab dah tumpangkan kita ke masjid. bersangka baik mungkin dia balik sebab ada hal penting. itu tak dinamakan zalim. bla bla blaa....
kemudian ada caller yang lain call dan ustaz tu jawab.. then 4 minit kemudian,
dj : ya, siapa di tali *tak habis cakap*
pakcik x : dak, bukan saya nak ikut dia, dia yang ajak saya. dah tu tinggai saya sorang-sorang. bukan saya nak sangat ikut dia tapi dia sungguh-sungguh ajak saya tut tut tut tut * terputus talian*
dj & ustaz y : hahahaha.. ok pemanggil seterusnyaa..* malas layan*
haha.. time tu kalau dengar live, serius kelakar sangat.. boleh pulak call sekali lagi sebab nak terangkan yang zalim kawaannya ni sebab tinggalkan dia lepas solat jumaatt. saya tak ingat sangat exactly dialognya, tapi lebih kurang macam tu lah.. lepas dengar tu, satu harapan saya.....
semoga pakcik x masih lagi berkawan dengan kawannya.. dan semoga pakcik x tak ditinggalkan lagi lepas solat jumaat.. :) lain kalo call lagi ye pakcik.. .
Saturday, January 12, 2013
Thursday, January 10, 2013
seni menerima dan memaafkan
jujur.
bukan senang nak menerima dan memaafkan seseorang selepas apa yang dah mereka buat pada kita sangat2 menyakitkan hati.rasa macam " takpe takpe ade ubi ada batas, ada hari boleh aku balas", "hari ni hari kau, hari esok hari aku". diri sendiri pun selalu jugak rasa macam tu. hehe..
tapi, hakikatnya. bila melibatkan emosi di dalam hati, perasaan tu tend untuk bertahan lama. contoh, bila kita sedih dengan kehilangan seseorang, kesedihan itu akan berlanjutan sampai ke tahap kita akan sentiasa ingat perkara tersebut walaupun peristiwa kehilangan tu dah berlaku 10 tahun lepas. perkara berkaitan hati bukan seperti luka di tangan yang akan sembuh esok atau lusa. malah, parut di tangan juga akan hilang setelah beberapa ketika. tiada ubat yang mampu di hasilkan sehingga ke saat ini untuk menyembuhkan sakit hati. sakit ulu hati, mmg ade ye ubatnye. tapi ubat untuk buang dendam, iri hati, so far tak ade lagi.
justeru *ewah, dah mcm karangan*, sama juga dengan perasaan menerima dan memaafkan sebab semuanya datang dari hati. menerima dan memaafkan adalah satu cabang seni yang kita tahu seni ini bukan sesuatu yang fixed. bukan dengan cara berjabat tangan sesuatu kemaafan itu sudah dilahirkan. bukan dengan cara memberi hadiah dapat membuat orang memaafkan kita. terdapat pelbagai cara, tapi semuanya terpulang pada diri sendiri..
pernah rasa suatu ketika nekad dalam hati tak kan sekali kali saya memaafkan org-orng tertentu. tapi semakin hari, perasaan tidak memaafkan ibarat membawa pisang busuk ke mana2. tidak sedap hati sampai berlama rasanya. terasa berat dalam setiap perbuatan. sampai lah ke satu masa, terdetik di hati. cukup-cukuplah.. apa yang terjadi lepaskanlah. hidup bukan hanya untuk berdendam sampai bila-bila. sampai satu ketika, letih dengan perasaan yang di tanam dalam hati saban hari. cukuplah. Allah lebih mengetahui apa yang terbuku di hati. lalu, pelan-pelan saya leraikan segala dendam, sedikit sedikit saya hulurkan kemaafan.. alhamdulillah, dunia di rasakan seperti awan yang mendung kembali di sinari cahaya matahari. malah, ada juga pelangi bersembunyi di balik awan yang biru..
insyaallah, semoga kita semua di beri kekuatan untuk menerima apa yang telah terjadi, dan berusaha untuk memberi kemaafan dalam segala sesuatu.. semoga Allah permudahkan semuanya.. :)
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima), Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun."[Al-Baqarah: 263].

Tuesday, January 8, 2013
keputusan sudah di buat.. perjalanan bermula
keputusan sudah di buat. walaupun ada rasa gentar, say perlu untuk meneruskan. mungkin apa yang saya rasa terbaik untuk diri saya sebenarnya tidak baik . saya menyerahkan sebulat-bulat pengharapan hanya pada Allah semoga perjalanan ke alam yang baru, persekitaran yang baru, orang yang baru, ini dipermudahkan Allah SWT.
tiada yang lebih saya harapkan dari keredhaan Allah untuk segalanya.. robbi yassir wala tua'sir. semoga semua ini lebih mendekatkan aku dengan Mu ya Allah..
redhailah aku..
masters of science (biotechnology).... here i come!
Saturday, January 5, 2013
pilihan hati
saya selaaaaalu sangat ada masalah dengan hati especially bila bab2 yang memerlukan pertimbangan. contoh, bila dapat offer ke matrik atau ke uia, saya dalam dilema dalam beberapa minggu. sekejap nak ke matrik, sekejap nak ke uia. sampai berkurung dalam bilik sebab tak nak terpengaruh dengan alasan sesiapa. bila dah bulat hati ke uia, baru dua minggu di sana dapat pulak offer mara. end up, pergi mara.
sekarang, macam tu lah jugak . mak ayah berharap saya menerima. ahli keluarga yang lain pulak seperti menolak. 5 minit yang pertama saya rasa confident nak terima. 5 minit kemudian saya ragu-ragu. pikir balik kemudian, ini bukan keputusan yang mudah. seluruh masa depan saya bergantung kepada pilihan ini. tersilap langkah, buruk padahnya. susah sebenarnya bila berdepan antara pilihan mak ayah dan kehendak sendiri. mahu ditolak, takut menjadi anak derhaka. mahu diterima, takut tak serasi.
semuanya bergantung pada 9 hb ini. saya rasa, saya sudah cukup besar untuk menentukan masa depan saya tanpa pengaruh sesiapa. insyaallah.. mohon diberikan yang terbaik...
p/s: wish me luck!
Thursday, December 27, 2012
1 like = 10 doa
terjumpa page yg sangat menarik di fb tadi. tentang seorang bayi lelaki yg sakit, then ape lagi ntah..
ok, part bayi lelaki tu, memang x dapat dinafikan lah kan.. memang ada pun kes2 mcm tu kat dunia ni..
tapi,
part yg "1 like = 10 doa" tu, x make sense langsung.. itu punnn , ada jugak org buaatt.
aduhai,,,,
sape yg doakan tu? org yg like tu, sebelum like tu, dia berdoa 10 kali doa dulu baru like? or org yg create page tu kira berapa banyak org like, then dia doa 10 kali ganda org yg like? camtu?
Islam itu mudah, tapi bukan sampai "terlalu" murah..
think, people.. think!

Monday, December 24, 2012
pilihan
kadang2 tertanya2 jugak dalam hati.. betul kah pilihan ni? betul tak jalan yang dah dipilih ni? why me? jalan ni shortcut or tak?
selalu tertanya-tanya..
kadang-kadang sampai ke satu titik yang tak ada jawapan. datang balik ke titik permulaan pertanyaan tadi..
tapi, insyaallah.. mohon Allah redha dengan jalan yang dah dipilih ini.. tak peduli lagi jalan ni panjang atau pendek, susah atau senang, cukup sekadar redha.. kerana,,,
di setiap jalan yang Allah bagi, ada rahsia disebalik rahsia..
yang mana hanya Allah sahaja yang tahu..
:)
have faith, suraya!

Sunday, October 21, 2012
sudah tertulis
satu malam di campus dulu, saya berdiskas dengan few junior saya. diorang cerita masalah masing2, cerita perkembangan semasa sampailah ke satu topik, jodoh..
tiba-tiba, salah seorang dari junior saya berkata :
" kak ,saya x fahamlah, kenapa jodoh yang sudah ditetapkan kita cari bersungguh2, tetapi hidayah yang sepatutnya kita cari melebihi jodoh itu sendiri kita tak cari "
*terasa panas di pipi saya waktu tu..

Subscribe to:
Posts (Atom)