Monday, April 25, 2011

indahnye hidup ni..


bismillahirrahmanirrahim

waaahh, rse mcm lame x tulis entry kat cni cz aku berbz d tempat lain.. :)

so here goes d story..before ni, pernah terdetik dlm hati nak bercuti dr usrah kejap. tapi, ternyata, Allah masih sayagkan aku as Dia masih memilih aku untuk hadir dalam program2 ilmu.. malam jumaat, dah rse excited sangat nak pegi daurah di serdang,, first time dlm hidup aku, aku membuka hati sluasnya untuk ad dalam majlis ilmu, puji pada Allah sbb membuka hati aku .. terima kasih, Allah.

pagi sabtu, bertolak ke serdang, dekat je dgn mines and downtown.. subhanallah, perancangan Allah sangat teliti.. aku jumpa dgn ramai adik2 yg sgt best. masa mula start travel pun, aku sgt sebak sbb satu rumah aku join usrah ni n pegi dalam satu kereta. ukhwah mcm nilah yg ak mahukan..

so sampai kat sne mcm biase, daurah. tai yg bestnye kali ni, talk diberikan oleh ustazah n ustaz yg berpengalaman n superb best n klakar.. :) mlm sabtu tu, aku tdo lmbt, dlm kul 3 tdo, kul 4 lebih dah bangun mandi, n solat sunat.. istikharah jugak.. bile solat tu, ak solat sebelah kak yana, kak yana ni, sorang yg memang jenis ak. cepat tersentuh.. masa sujud yg last tu, rs sebak sangat. ak sebak sbb atas kepedihan yg aku lalui, Allah memilih aku dari ramai2 dari luar sana untuk bersama beribadat keada Allah.. n ak jugak menagis, atas semua dosa2 aku.. rsa mcm tolonglah ampunkan aku , sbb aku mmg x nak un ingat hal yg lepas lagi. ak dah cukup muak untuk hidup dlm keadaan mcm tu lagi.. lepas solat tu, mmg nagis sgt2, tibe2 kak yana peluk aku, tnye ok ke x. lepas tu, kak yana pun sebak sekali.. haha. results from istikharah , ak stil akan constantly buat istikharah.. sbb x jelas lagi petnjuk tu, mungkin sbb dosa2 aku, terhijab segala petunjuk2 tu,,

aku buat istikharah ni, sbb aku nak mintak petunjuk dari Tuhan.. if memang mizan jodoh aku, maka aku mohon eratkanlah hubungan ini, kembalikan lah mizan kepada aku bila samapi masanya, n kuatkan lah semangat aku untuk berusaha mendapatkan dia kembali n at the same time, nyalakanlah bibit2 cinta yg aku mohon, berlaku dalam keadaan yg suci.. bukan lagi mcm dulu..

n if mizan bukan jdoh aku, maka aku mohon, Allah putuskanlah segala pengharapan aku pada mizan, jauhkannlah kami, n mohon diluputkan segala memori aku dengan dia. berikan aku petunjuk ya Tuhanku..


ap pun, wallhualam. semua petunjuk dari Allah, atau mgkin ap yg ak dpat just suara syaitan . ap pun, aku serah pada Allah..

pasal mizan, ak sngt berharap Allah membri juga petunjuk pada dia.. ak berharap sgt die faham situasi n lakukanlah mcm mana yg dia dapat petunjuk dari Allah.. aku redha ats setiap ap dia buat, s long s die mendapat ilham tu dari Allah, bukan sengaja untuk menyakitkan hati aku, or utk tinggalkan aku.. jelas, klu die buat semua tu untuk kepentingan die, die kne ingt, die boleh nak tingglkan aku, or sakitkan hati aku, tapi kuasa Allah melebihi segalanya.. mungkin hari ni die boleh bersuka ria atas kesedihan aku, tapi mungkin esok lusa, boleh jadi pada dia. itu sunatullah, ketetapan Allah.... so for the time being, aku redha dia nak cari perempuan mana pun, sbb aku yakin, klu die x fixedkan hal ni, bnyak lagi dr Allah yg menuggu.. aku redha..

so ahad tu balik, pegi subang n shah alam, aku beli jubah n buku.. ak beli 2 buku, la tahzan for unmarried , n kalam cinta dr Tuhan..

ni buku yg ak beli:


ni pulak buku2 yang aku berkenan sangat2. tp x mampu beli..
rm3++


rm 2++




wedding in heaven,,, ni paling bestttt!




seharian aku berjalan dgn kina, yaya n ikin... sampai umah pun da malam. hasilnya.. hr ni, aku demam.. :)

ok. dats it. semoga Allah memanjangkan usia aku untuk menulis lagi d blog.

Friday, April 22, 2011

exam oh exam..

13 mei - 27 mei..

kne avoid jumpe kak syifaa.. kang kne tgur stress tinggi lagi.. im soory kak syifaa.. :)

skrng, bak kata iqbal, kuatkan agama!

laki yg baik untuk perempuan yg baik, perempuan yg baik untuk laki yg baik..

:)


Thursday, April 21, 2011

istikharah

day first..

moga Allah beri petunjuk.. aku sangat2 memerlukan petunjuk :'(

Wednesday, April 20, 2011

hero.. hadam sampai lumat!

Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.

Bagaimana seorang lelaki dapat menjadi pelindung terbaik bagi wanita? Adakah dengan menghubungi wanita itu selalu, bertanyakan khabar, mengajaknya pergi makan supaya dia tahu si gadis makan mengikut masa, atau dengan mengucapkan kata-kata sayang?

Saya hendak berkongsi sebuah kisah benar berkenaan seorang sahabat yang sering risau akan keadaan dirinya yang masih single and available. Risau bila dikatakan tidak mengikuttrend. Risau bila huluran ikhlasnya tidak disambut oleh gadis yang dipuja. Sering merasakan dirinya LOSER kerana kononnya tak ada perempuan nak mahu padanya, sikit-sikit kena rejectsaja. Geli hatiku. Sampai begitu sekali fikirannya parah.

Persoalannya, adakah dengan SMS selalu, rajin bertanya khabar, dan rajin segala dapat menjamin dia menjadi pelindung atau hero paling hebat kepada wanita tersebut? Sekali kita mulakan langkah. pasti akan membawa kepada langkah seterusnya. One thing leads to another.Silap-silap lebih menjadi perosak daripada pelindung.

"Merosakkan?"

Yalah. Merosakkan dengan menambah saham dosa yang ditanggung oleh perempuan. Pelindungkah?

Merosakkan dengan setiap tindakannya yang akhirnya membuatkan perempuan tersebut gila bayang padanya hingga melupakan yang mana langit dan yang mana bumi.
Pelindungkah?

Merosakkan dengan membuatkan perempuan itu merasakan setiap perbuatan yang dilakukan untuk 'mengeratkan hubungan' itu supaya terasa 'enak dan indah' walaupun hakikatnya masing-masing menyedari diri terjerumus dalam kancah dosa.
Pelindungkah?

Merosakkan dengan membuatkan diri anda dan diri orang yang 'disayangi', buah hati pengarang jantung berenang-renang dalam lautan dosa tatkala anda sedar tidak mampu memberikan sesuatu yang halal kepadanya.
Pelindungkah?

Merosakkan akhirnya hanya kerana pada awalnya telah MEMULAKAN.
Pelindungkah?

Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!

Mahu menjadi pelindung? Mintalah pertolongan kepada Allah semoga Dia sentiasa melindungi. Kita hanya manusia biasa yang tidak berdaya. Di saat anda masih belum mampu, cukuplah dengan meminta Dia yang melindungi dan memerhati. Kita manusia dengan pelbagai keterbatasan, takkan mampu untuk menjadi superhero paling sempurna kerana tiada yang sempurna melainkan-Nya. Jadilah lelaki pintar yang sentiasa bijak menilai.

Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!

Wahai ar-rijal, bangkitlah kalian. Anda dikurniakan kelebihan berbanding kami, gunakanlah kelebihan tersebut. Janganlah ambil sifat kami. Kami insan lemah, anda yang harus kuat!

Jangan mengharapkan sesuatu yang kami tidak mampu beri.
Jadilah kalian pelindung yang sejati,
agar kita senantiasa berada dalam reda Ilahi,
sampai tiba saatnya nanti...

Soallah diri kita, kenapa kita masih belum mampu melaksanakan suruhan-Nya sedangkan kita tahu apa yang benar?

Soallah diri kita, apa guna kita mengharap syurga seandainya perintah yang disuruh-Nya tidak mahu dilakukan malah dipandang sipi dan diabaikan?

Soallah diri kita, jika setiap muslim sudah dijanjikan syurga, yakinkah kita akan meninggalkan dunia ini dengan husnul khatimah? Yakinkah kita akan meninggalkan dunia sebagai muslim? Yakinkah kita syurga milik kita? Yakinkah?

Soallah diri kita, andaipun syurga dijanjikan kepada kita, sanggupkah kita mengharungi neraka sebelum menjejak ke syurga lantaran "hutang" kita terhadap Sang Pencipta yang belum langsai? Sanggupkah?

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:"Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul!) Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh. Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman!) Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu. Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?" (Hadis riwayat lmam Muslim)

Bagaimana mungkin doa kita untuk ke syurga dimakbulkan andainya Allah memalingkan pandangan-Nya daripada kita lantaran 'haram' yang kita 'halal'kan? Kita yang muda kena sentiasa beringat bahawa kita merupakan harapan agama. Banyak lagi cabaran yang harus dihadapi dalam hidup ini, banyak lagi tanggungjawab yang menanti. Tolaklah ketepi perkara-perkara remeh yang tidak membawa manfaat kepada diri dan 'kawan' melainkan KEROSAKAN sahaja.

Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.

Fikirkan dengan akal, renungkan dengan hati. Tolak tepi nafsu di hati yang mengaburi hati kita daripada menilai yang baik dan buruk, kerana hati tidak pernah menipu.

Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"

Aku menjawab, "Ya, benar."

Baginda bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya kerosakan-kerosakan yang lain. Rajin-rajinkanlah membersihkan hati.

Glosari

1. Ar-rijal: Lelaki, pemuda.
2. Husnul khatimah: Pengakhiran yang baik.

Thursday, April 14, 2011

persahabatan itu indah..

bismillahirrahmanirrahimm

tgh2 malam ni, tiba2 rasa rindu dengan kawan2.. rindu nak berkelah mcm dulu.. rindu nak pillow talk dgn diorng.. rinduuunyeee.... :)

bawah ni gambar ke sg congkak.. ni kenangan paling best! akan aku ingat sampai bila2.. :)






baru ni, lepas usrah..belajar satu bnde..cara nak hapuskan gap between kita n kawan2 nfamily adelah dgn peluk orng tu kuat2, erat2... subhanallah, berkesan!

Tuesday, April 12, 2011

perancis yang ....

baca paper hari ni..

masalah umat di perancis, actually more to masalah pemerintahan...

kat perancis sekarang ni, diBOLEHkan tayang BUAH DADA, tapi berPURDAH X BOLEH..

like , huh????

Bidadari di Syurga? Kena ke untuk semua lelaki? Suami saya? (MUST READ)

"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah

(kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..

Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita.

Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.

Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan 'meluat'

sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan 'bidadari',

aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?

Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri.

Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada

bakal-bakal da`ie itu ada menyebut,

"Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di

khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu

akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya.."

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung?

Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur'an.

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua

golongan ni ke?

Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.

"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari.

Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga.

Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari

tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk

sambil tersenyum kelat.

Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah

sebagai ketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di

musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah

tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan,

ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan

beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?

Tidak juga.

Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi

kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak

dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah.

Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda,

tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ.

Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah.

Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya.

Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah)

dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila

diterjemahkan bermaksud: "sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka".

Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban' juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang

sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat

sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA

lelaki normal macam tu).

Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus

tentang bidadari..for guys only. ;-j

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada

di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka?

Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada

seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la.

Layanlah sampai dia puas.

"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang wanita.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati,

maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..". (au kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun?

Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya

akan sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata.

"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!"

Mungkin ada wanita yang berfikir begini.

Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi shopping ke?" ; )

"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,

Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala

nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta,

Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan, niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan

serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain,

memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan

banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi

di internet. Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia,

milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam

'rekabentuk terbaru'...'latest design' kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat 'Ivana Trump' pergi shopping di

HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah.

Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba

di Department Pakaian Wanita.

"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"

..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..

Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.

"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit.

Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;

"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya,

gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya,

kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut,

lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya.

Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi."

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra' dan mi`raj.

Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak

pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani

qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil,

tidak menzalimi seorangpun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik,

dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa

dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan

membuat perabut dan perkakas dapur.

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas

ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan

handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam

tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian

(kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda.

Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari

bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda

ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat.

Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian

'pasar' itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).

Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil.

Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama

bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;-)

..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan

sekampungnya...atau mungkin dia cuma nak 'berehat di rumah' saja.. ;-j

---

Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak

suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur.

Qaalu salaaman-salaama~