Monday, April 30, 2012

kerenah manusia

situasi : rumah sewa

saya perasan lama dah hal ni. tapi sekarang ni baru membuak2 kegeraman saya . rumah sewa saya ni, ada dua orang "tuan puteri". yang mana bab keje2 rumah ni, "er, sorry, i have work to do, u guys tolong2 lah cuci rumah ye".

sekrang ni, hanya 3 org yg ada dlm rumah. 2 orng pulang ke kg. dan saya tengok tong sampah tu, sikit lagi je ulat sampah nak wujud. malah, kalau x de orng yg angkat, rasanya ulat sampah sendiri yg angkat plastik sampah tu ke dalam tong sampah besar. dan yang paling saya tak faham sekali, plastik sampah tu, dah di ikat. cuma untuk diangkat SAHAJA. dan plastik sama tu, ad depan bilik je. depan bilik. boleh je buat tak tahu and nak jugak orang lain tolong angkatkan. kalau ada kawan saya yang sorang lagi, memang die lah yg tolong buang semua ni. siap mop kan lagi. selalu yg buat kerja2 mcm ni, 3 orng kami je lah. lagi dua "tuan puteri" tengok dr ekor mata je. dah kebetulan tinggal saya bersama tuan puteri ni, saya nekad. nak tengok berapa lama kemanjaan tu nak kekal . berbulu je saya tengok bila masing2 lau depan plastik sampah tu macam tak de perasaan. biar. biar je. kite tengok macam mana nanti.

situasi : sahabat

satu masa dulu, ada seorang kawan dari mrsm taiping msg saya. kitorng x pernah pun bersembang atau bertegur masa kat skolah dulu. tahu masing2 wujud je lah kat skolah tu. die seorang lelaki. masa mula2 contact, saya rasa ok je, makin lama, aduyainye pun. asyik2 msg saya tanya mcm mana nak tackle girl ni, mcm mana girl ni, girl tu, girl ni. mula2 saya layankan je lah. lama2 dah macam makan megi kembang. muak! sekejap cakap dah x nak tackle girl sbb nak fokus belajar. saya sokong je la. tapi kejap lagi x sampai 5 minit, cakap mcm mana eh nak tackle perempuan yg belajar lagi tinggi etc. alahai.awak tu lelaki. tolonglah at least tunjuk kemachoan sedikit dengan terus pegi pinang mak ayah perempuan tu. kalau setakat mengorat perempuan, lepas tu pot pet mcm2 kat belakang die, sudahlah. tukar je lah nama awak kepada aminah. dalm dua hari lepas, die buat mcm tu. saya ni dah la ade thesis nak kena siapkan. kalau boleh, nak kurangkan berfikir masalah2 kecik ni. sekaali, die msg sy. wrong timing lah kan. terus saya cakap, "saudara kita dekat syria, iraq, masing2 hilang orng diorang sayang sebab syahid, tp diorng x putus asa, x bersedih lama2 pun. kat msia ni, sebabkan masalah gf atau bf, ramai yg nak bunuh diri. betapa kecik nye perjuangan orng msia ni yg kena lawan hawa nafsu sahaja. tapi diorng dekat sana, berdepan dengan bom yg real, kematian yg real" (ayat sy olah sikit2. hehe).. ye la. geram lah saya pun, saya boleh terima kalau bab 2 mengadu ni adalah perempuan sebab perempuan ni, sensitif sikit hati die. tapi kalau calon imam dalam keluarga yg macam ni, im sorry. memang itu lah jawapnnye yg patut dibisikkan ke telinga awak.

kadang2 rasa kejam jugak buat macam ni. tapi, niat saya. saya nak orang2 terdekat saya tahu, banyak lagi kerja2 islam yg belum kita buat. hal2 remeh boleh kite ketepikan sekejap sampailah betul2 masanya untuk kita pikirkan.

pasal rumah sewa, sabar je lah. itu je saya mampu buat. nak cerita pada orng, mengumpat pulak jadinya. so, cerita lah dekat blog lagipun org2 dekat blog x tahu siapa tuan puteri saya maksudkan. hehe.

tapi tu lah, sebanyak mana kita bertahan dengan orang, banyak tu jugak orang bertahan dengan kita. so, masing2 kenalah bertahan yea!

sebelah jiwa!

Ketika kau ucap kata selamat tinggal
Ku sangka diriku kan hancur
Nestapa menyiksa membuat aku sedar
Hanya aku yang bisa mengubah arah hidup

Lihatlah.. lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan.. biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku

Ku tahu kau mahu melihat aku sugul
Tapi tak akan ku menzahirkannya oh.. oh
meskipun hatiku berderai bagai kaca
Ku kutip serpihannya dan cantumkannya semula

Takkan ku biarkan mata mengalirkan air mata kecewa oohh
Kini ku berani lebih berdikari

Bernyawa dengan sebelah jiwaku
Bernyawa dengan sebelah jiwaku

Sunday, April 29, 2012

cepatnya masa berlalu

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

syukur pada Tuhan, presentation final year project berjaya diharungi. segala courswork2, pun berjaya di siapakan. cuma tinggal thesis untuk disiapkan sebelum jumaat ni.. alhamdulillah.

masa nak siapkan presentation fyp tu, hanya tuhan yang tahu. the day nak present tu, macam2 kisah berlaku.

sebetulnya, saya jadi orang ketiga untuk present, tapi pagi tu, saya baru dapat tahu, turn saya di tukar ke waktu petang. spoil! spoil sangat. before dapat tahu turn kena tukar tu, saya dah ready dah lepas present, saya nak ke mid or ke mines untuk release tension. sekali, kena tukar petang, terus saya hilang semangat. masa awal tu, saya rasa ok lagi. bila orang ke 3 present, saya sakit kepala yg tiba2. trus saya pergi surau, berehat kat sana. masa berehat tu, sakit yg sangat2 sampai panas badan saya. orang yg datang surau pun gelabah tak tahu nak buat macam mana. beri saya air, beri saya tissue. time tu, saya tak tahu kat mana lagi kekuatan nak saya gapai. saya serahkan bulat2 pengharapan saya pada Allah. :( saya msg mak ayah mintak tolong doakan saya. membaca mesej yg diorang balas, buat saya sebak. tinggi harapan mereka untuk saya, jadi, dengan sedikit kekuatan, saya gagahkan jugak untuk present pada pukul 2.20 ptg. alhamdulillah. semuanya berlaku dengan sekelip mata, dengan izin Tuhan. saya bersyukur sangat2. balik je rumah, saya ambil ubat, tidur sampai petang.
mungkin saya jadi macam tu sebab seminggu sebelum tu, saya stress sangat, tidur pun x cukup. asal mengantuk, nescafe, asal mngantuk, nescafe. sebungkus besar nescafe saya habiskan dalam masa 2 minggu sahaja. thus, saya berjanji pada diri saya, seepas tamat degree, saya akan lupakan sebentar nescafe. x nak lagi day. denyutan nadi saya dah macam super laju. mengalahkan neves nak kahwin! sumpah, saya tak tipu.

sehari sebelum present fyp, saya stress sampai saya menangis sorang2 dalam bilik. tiba2 mak saya kol. trus saya mengadu kat mak. saya jarang la nak cerita problem dengan mak saya sebab mak saya ni jenis yg suka berfikir. kalau dah tahu saya ada masalah, mula lah fikir macam2. tapi time tu, saya tak tahu lagi nak buat mcm mana. jadi saya cerita pada mak. kemudian ayah saya pulak yg kol. ok, part ni memang sejarah dalam hidup saya. saya tak pernah, yes, x pernah menangis dan bercerita masalah saya pada ayah. tapi, hari tu saya pecahkan rekod sendiri menangis n cerita masalah pada ayah. sampai ayah cakap, lepas habis belajar, kite pergi bercuti. haha.. bila kenang2 balik, malu rasanya .. tapi, betul, saya sangat stress dengan kerja2 final year.

tapi, alhamdulillah, berjaya harungi semuanya. dan kini, hanya tinggal sebulan dan sehari untuk saya tingglkan u saya. insyaallah.. banyak sangat kenangan tercipta di sini. kat sini tarbiyyah saya bermula. saya akan kenang sampai bila2.

insyaallah, lepas exam , 31 hb saya akan pulang ke penang. 1 hb akan bertolak ke terengganu untuk sesi pinang meminang. hehe.. cepatnya masa berlalu..

semoga semuanya akan berjalan lancar sehingga ke akhirnya. ameen :)