bila dia menjauh
Bila dia menjauh,
Bila masa membina jarak,
Dan jarak membina tembok.
Jangan pernah lupa bahawa kita pernah bertanya pada DIA tentang dia.
Jangan lupa bahawa kita pernah meminta DIA menjauhkan dia, bila dia bukan untuk kita.
Maka bila dia semakin jauh, mungkin ini petunjuk dari-NYA.
Belajarlah kembali menjalani hari dengan sendiri.
Belajarlah menerima dengan redha dan lapang dada,
Kerana aturan Allah lebih indah dan baik dari yang dijangka.
Jangan pernah lupa, semua hanya boleh berlaku dengan izin dan redha-NYA.
Maka bila bukan namanya yang tertulis dalam rencana-NYA,
Maka, biarlah DIA menjarakkan dia dari kita..
No comments:
Post a Comment