Wednesday, April 4, 2012

calon suami saya

drum roll please....

 memperkenalkan ,


 ustaz don daniyal. ya, dia seorang ustaz dan BUKAN calon suami saya. haha

amboi, tajuk entry tak nak kalah. mesti ada yang ingat saya nak tunjuk siapa calon suami saya and whatsoever. :P bukan, tiada kaitan sikitpun. :)

bab2 kahwin ni, ramai lah orang suka. tak kira kanak2, remaja (macam entry lepas), dara, teruna, duda, janda. semualah!  saya pun. *wink :P . tak sabar sangat rasanya nak kahwin tu. rasa macam bila nak kahwin tu, rasa sweet sangat. entah lah. mungkin sebab makin ramai display gambar kahwin, buatkan diri rasa lagi2 lah nak kahwin. saya ada seorang kawan, bila disebut kahwin, berseri2 wajahnya. sampai begitu sekali penangan perkataan kahwin ni pada kawan saya ni. haha. sape je yang tak nak kahwin? .

tapi harus juga diakui, saya belum punya calon yang sesuai. jujur. mencari seorang suami bukan lah suatu perkara yang mudah. ikan di pasar sekalipun, kita akan pilih yang elok2. ape tah lagi suami kan?

masuk bab pemilihan calon ni, ramai bila kita tanya, mcm mana kriteria calon awak?. typical answer: cukuplah yang punya agama....





tapi,




kalau boleh nak la yang kerja elok2, pandai jaga hati saya, family saya, yang pandai buat kerja rumah, yang boleh di ajak shopping, yang tak selekeh, yang itu yang ini...

eh!

tadi cakap "cukuplah" yang punya agama. lepas2 tu ada lagi kriteria2 nya. haha. biasalah. saya juga sama
* wink2!

gurau sahaja. tiada kena mengena dengan sesiapa. :) tapi, saya nak tekan dekat sini, ramai. ramai yang nak calon suami atau calon isteri yang ada agamanya. itu kriteria first selain cantik di pandangan mata sendiri. tapinya juga, kita selalu meletakkan demand yang tinggi terhadap bakal pasangan kita.

susah untuk saya susunkan dalam perkataan . saya sarankan kita semua membaca artikel inche gabanna ni.

saya rasa die dah explain well terhadap permasalahan pemilihan calon dengan cara paling menarik. saya tak henti ketawa membaca tulisan die. so, saya sarankan, semua orang membca! wajib! (bagi sesiapa yang nak berkahwin).

insyaallah, ada manfaatnya. sukar untuk saya menulis tentang perkahwinan kerana potensi untuk melalut adalah besar. jadi, saya share pendapat saya yang lebih kurang sama dan di tulis oleh seorang daie muda dengan cara paling best dan mudah faham. semoga memberi manfaat kepada saya, kamu dan kamu..

ameen..

assalamualaikum *sambil mula memadam list kriteria calon suami :)





No comments:

Post a Comment