Tuesday, April 3, 2012

remaja dan motif mereka

saya akui, zaman remaja sangat mencabar. tapi melihat remaja kebelakangan ini, mengingatkan saya tentang banyakkk lagi tugas sebagai seorang muslim, seorang khalifah di muka bumi ini yang harus dibuat.

saya rasa sekarang pun dah cukup penat, tapi hakikatnya, belum cukup pun penat tu . saya rasa macam sia2 usaha bila melihat remaja sekarang. tapi, iye lah. memang tak layak langsung untuk berhenti buat kerja, kerana hati setiap manusia, Allah sahaja yang pegang. kita, hanya mampu menyampaikan, tapi Allah sahaja yang layak memberi hidayah kepada mereka.

currently, jujur saya cakap. saya loya, mual dan muak (eh, bukan sama ke semua? x kisah lah) melihat aktiviti remaja more to budak sekolah sekarang especially di fb. masih belum ambik pmr pun, seronok berbaby2, bermama papa di fb. no wonder ramai baby terbiar. dari kecil dah gatal nak bermama papa, bila ada baby luar nikah, tak mampu pun nak tanggung. habis, apa motif bermama papa?

saya bagi satu contoh yang saya ambik dari page seorang remaja belasan tahun. baca sekali lagi, belasan tahun . yes. belasan tahun.

janji time couple remaja zaman sekarang .

laki : baby , baby janji tak tinggalkan bie tau ?

perempuan : okay bie , baby janji kite akan sehidup semati and walau ape pown terjadi kite tak kan berpisah . tu janji baby dekat bie !

laki : okay baby , bie pegang janji baby :')

2 bulan kemudian . . .

laki : baby , kuar jom ? lame kite tak dating :)

perempuan : malas la , eh jangan panggil aku baby lagi . aku geli la -.-'

laki : baby nape ni ? bie ade buat salah ke ? nape baby marah ni ? :/

perempuan : aku dah bosan dengan kau tau tak ? dah la couple dengan kau ni aku tak dapat pape , dah la kedekut . taik hidung masin , menyesal la aku couple dengan kau ! -.-''

laki : bie bukan kedekut but bie saving duit untuk kite nak kahwin nanti :')

perempuan : aaaaaaaahhhh kauu ! macam macam alasan , aku mintak itu tak dapat . aku mintak ini tak dapat ! aku nak break , aku dah ade laki lain . anak dato' , lagi handsome dari kau , lagi kaya dari kau . sekarang aku dengan kau dah takde pape , jangan amek tau lagi pasal aku . blaa kauu !!! grrrr ~

laki : okay , kalau itu yang kau nak . takpe , aku lepaskan kau . hope kau happy dengan die . but ingat janji kau dengan aku dulu , janji yang kau tak kan tinggalkan aku . hm , bile kau kene macam aku ni , baru kau tau rasa die macam mane . sakitnya macam mane , terima kasih atas semua yang kau dah buat macam ni . bye :')

*manusia hanya mampu berjanji tapi tak tau nak kota kan nya , kan ? :')
dengan bahasanya, dengan menggeletisnya. saya ingat dia berubah lepas post benda ni. bila saya scroll lagi, saya tengok gambar proposal "baby" baru. #ptuih! (maaf, saya emo sikit bab2 ni)

itu satu hal, belum yang tangkap gambar sendiri, upload sendiri dekat fb, tag ramai orang untuk komen gambar2 diorang. gambar ape? gambar muncung mulut, gambar pakai spek mata old school, gambar bulatkan mata besar2, yg gigit jari telunjuk, macam2 lah. boleh cakap dalam satu album tu, penuh gambar muka sahaja. ini pulak sekarang trend pakai shawl kan, lagi lah ramai try pakai shawl bermacam2 style. end up, nampak bonggol unta di atas kepala. saya hargai usaha masing2 untuk berusaha menutup aurat. tapi, sejauh mana niat itu diletakkan di atas jalan yang betul. pakai shawl, checked. tapi, pakai baju baby t , pakai legging, pakai make up tebal. saya jujur tak faham bila ada segolongan yang cantik pakai shawl segala, tapi pakai baju yang tangan tu bukan pendek, pendek kuasa dua. nak tutup kepala, tangan terbuka? mana sensitivity menutup aurat sebenarnya? what u define by aurat? trend, makin lama makin memeningkan. ada sekarang trend pakai jubah. yes, cantik. tapi color block dan melekat di badan. motif?

baru ni saya lihat di satu page, seorang budak belasan tahun mengupload gambr kawannya serta boyfren kawannya itu . caption gambar itu adelah, " sesuai sangat, semoga kekal ke anak cucu, amin". saya tak tahu lah apa perasaan orang lain membacanya, tapi bagi saya, saya sebak, geram, mcm2 lah melihat semua ni. pmr belum lepas, gigih bercinta , mengupload bagai.
 

masa zaman x de fb dulu, saya rasa aman jugak dunia ni. bila ada fb ni, macam2 budak2 ni buat hal. itu baru budak, belum orang yang patutnya dah matang, tapi tunjuk contoh yang lebih kurang sama. saya sampai tak tahu nak salahkan siapa dalam hal ni. akhirnya, saya salahkan diri sendiri sebab belum cukup buat kerja dakwah.

jadi, saya meminta kepada sesiapa yang membaca ni. and saya yakin, most of the readers adalah orang yang cukup matang. mari, kita tunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat kita. kembalikan lah islam yang sebenarnya. kalau kita tak buat kerja kita di dunia ini, Allah akan soal kita di akhirat kelak. dan saya boleh confirm, azab die sangat berat!

so, kat mana kita nak mula buat perubahan ni? tidak lain tidak, dari diri kita sendiri. bila kita menguasai ilmu islam sebenarnya, kerja menjadi mudah. bila kita mendirikan rumah tangga, kita akan dapat menjadikan rumah tangga kita dalam keadaan islam yg sebenanya.bayangkan, suami ke tempat kerja cakap pasal islam. isteri ke tempat kerja, cakap pasal islam. anak ke sekolah, berkawan dengan kawan2 yang datang dari keluarga yang faham islam. kalau semua orang buat tugas masing2 iaitu mengamalkan islam dengan cara yang betul as well as menyampaikannya, saya yakin, permpuan dapat berjalan dengan aman di pekan tanpa perlu risau di ragut kerana semua orang takut dengan azab Allah. semua orang aware dengan hukum hudud. tak de cara lain untuk memakmurkan bumi ini melainkan dengan semua orang faham agama islam sebenarnya dan jugak mengamalkannya.

tidak berniat untuk mengatakan diri ini baik. kita semua sama. kita semua nak ke syurga. saya juga sedang belajar untuk membuat perubahan dan saya yakin, anda di luar sana juga sedang bermujahadah untuk ke arah kebaikan. insyaallah, kita buat bersama2. saya ada anda, anda ada saya. sama2 kita belajar, sama2 kita menegur. kita buat semua ini bukan untuk penghargaan manusia, tapi kerana....

SYURGA!




1 comment:

  1. setuju! meluat sgt tgk gambau2 camtu kat fb !

    ReplyDelete