Sunday, April 29, 2012

cepatnya masa berlalu

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

syukur pada Tuhan, presentation final year project berjaya diharungi. segala courswork2, pun berjaya di siapakan. cuma tinggal thesis untuk disiapkan sebelum jumaat ni.. alhamdulillah.

masa nak siapkan presentation fyp tu, hanya tuhan yang tahu. the day nak present tu, macam2 kisah berlaku.

sebetulnya, saya jadi orang ketiga untuk present, tapi pagi tu, saya baru dapat tahu, turn saya di tukar ke waktu petang. spoil! spoil sangat. before dapat tahu turn kena tukar tu, saya dah ready dah lepas present, saya nak ke mid or ke mines untuk release tension. sekali, kena tukar petang, terus saya hilang semangat. masa awal tu, saya rasa ok lagi. bila orang ke 3 present, saya sakit kepala yg tiba2. trus saya pergi surau, berehat kat sana. masa berehat tu, sakit yg sangat2 sampai panas badan saya. orang yg datang surau pun gelabah tak tahu nak buat macam mana. beri saya air, beri saya tissue. time tu, saya tak tahu kat mana lagi kekuatan nak saya gapai. saya serahkan bulat2 pengharapan saya pada Allah. :( saya msg mak ayah mintak tolong doakan saya. membaca mesej yg diorang balas, buat saya sebak. tinggi harapan mereka untuk saya, jadi, dengan sedikit kekuatan, saya gagahkan jugak untuk present pada pukul 2.20 ptg. alhamdulillah. semuanya berlaku dengan sekelip mata, dengan izin Tuhan. saya bersyukur sangat2. balik je rumah, saya ambil ubat, tidur sampai petang.
mungkin saya jadi macam tu sebab seminggu sebelum tu, saya stress sangat, tidur pun x cukup. asal mengantuk, nescafe, asal mngantuk, nescafe. sebungkus besar nescafe saya habiskan dalam masa 2 minggu sahaja. thus, saya berjanji pada diri saya, seepas tamat degree, saya akan lupakan sebentar nescafe. x nak lagi day. denyutan nadi saya dah macam super laju. mengalahkan neves nak kahwin! sumpah, saya tak tipu.

sehari sebelum present fyp, saya stress sampai saya menangis sorang2 dalam bilik. tiba2 mak saya kol. trus saya mengadu kat mak. saya jarang la nak cerita problem dengan mak saya sebab mak saya ni jenis yg suka berfikir. kalau dah tahu saya ada masalah, mula lah fikir macam2. tapi time tu, saya tak tahu lagi nak buat mcm mana. jadi saya cerita pada mak. kemudian ayah saya pulak yg kol. ok, part ni memang sejarah dalam hidup saya. saya tak pernah, yes, x pernah menangis dan bercerita masalah saya pada ayah. tapi, hari tu saya pecahkan rekod sendiri menangis n cerita masalah pada ayah. sampai ayah cakap, lepas habis belajar, kite pergi bercuti. haha.. bila kenang2 balik, malu rasanya .. tapi, betul, saya sangat stress dengan kerja2 final year.

tapi, alhamdulillah, berjaya harungi semuanya. dan kini, hanya tinggal sebulan dan sehari untuk saya tingglkan u saya. insyaallah.. banyak sangat kenangan tercipta di sini. kat sini tarbiyyah saya bermula. saya akan kenang sampai bila2.

insyaallah, lepas exam , 31 hb saya akan pulang ke penang. 1 hb akan bertolak ke terengganu untuk sesi pinang meminang. hehe.. cepatnya masa berlalu..

semoga semuanya akan berjalan lancar sehingga ke akhirnya. ameen :)


No comments:

Post a Comment