Monday, April 2, 2012

ayah...

saya jarang bercerita tentang ayah saya. mungkin kerana saya tidak berapa rapat dengan ayah saya compare to mak saya. antara kami 3 beradik, adik rapat dengan ayah. abang pulak, buat lah apa pun, ayah akan marah sekejap sangat. lepas tu, bila jumpa abang, lupa apa yang dia marahkan tadi.

dulu, saya ingat ayah tak sayang saya. bila saya tengok balik gambar lama2, saya tengok banyak barang2 abang yang cantik dan mahal2. saya? biasa2 saja.

tapi, as time goes by, saya melihat beberapa perkara yang makin mengubah persepsi saya terhadap ayah.

apabila saya cemerlang dalam upsr, pmr dan spm, saya tak nampak ayah menangis. tapi ayah hadiahkan saya dengan macam2. masa tu, saya rasa biasa saja perasaan ayah.

tapi, masa adik di tingkatan 2, satu malam tu, kami satu family melihat berita di tv. tentang keputusan pmr yang keluar ketika itu. mengenangkan tiada siapa ahli keluarga yang mengambil pmr tahun tu, saya kurang fokus terhadap berita2 tersebut. seperti biasa, wartawan akan bertanya kepada pelajar cemerlang, apakah rahsia bla bla bla. typical question. tapi, seketika saya perasan ada air mata yang mengalir di wajah ayah saya. mungkin ayah saya tersentuh melihat kejayaan anak2 lain. kemudian, saya terfikir, mungkin ayah saya tidak menangis semasa saya mendapat result satu masa dahulu di depan saya. mgkin juga dia menangis di belakang saya. ok. whatever. kemudian, saya naik ke bilik adik, menceritakan apa yang berlaku. saya cakap pada adik, ayah menangis melihat kejayaan anak orang lain. biarlah ayah menangis juga dengan kejayaan anak ayah yang last. adik satu2 nya anak ayah yang masih berada di bangku sekolah. dan dia sekolah di sekolah harian ketika itu. kami bimbang adik tak perform sebab dia nampak tak serius dalam belajar. 

kemudian, semasa keputusan pmr adik diumumkan, kami sekeluarga seperti tidak percaya. adik berjaya mendapat keputusan yang agak cemerlang. 7a 1b dan 1c. c untuk bahasa arab. kemudian dia ditawarkan ke mrsm pdrm. semasa taklimat pengetua mrsm, sekali lagi saya lihat ayah mengesat air mata ketika pengetua memberikan amanat kepada waris pelajar. 

hati saya tersentuh.

ayah kelihatan garang pada zahirnya, tetapi dia akan tersentuh hati jika perkara itu melibatkan anaknya. tapi saya? bila sesuatu terjadi pada ayah, adakah say merasa yang sama kepadanya?

pernah juga satu hari, saya pulang ke rumah. saya lihat wajah ayah tak seceria biasa. he refused to talk. lepas balik kerja, solat, dan tidur. makan pun cuma sedikit. rupanya, dia punya masalah kewangan ketika itu.  sebak hati saya. saya banyak meminta dari ayah tanpa hiraukan langsung keadaan di rumah. ditakdirkan saya pulang, dan saya menyaksikan peristiwa itu. peristiwa itu mengajar saya untuk lebih berdikari dengan duit sendiri. sebab kesian ayah. dia selalu bercerita, kerja di bank sangat banyak. manager selalu harapkan dia untuk buat kerja itu, kerja ini. anak buahnya pula juga sama. kesian ayah. jarang saya lihat ayah dapat bercuti. gara2 kerja. kalau bercuti sekalipun, hp ayah tak henti berdering kerana urusan kerja dari anak buah dan managernya.

kuatnya ayah bekerja sampai pernah ayah dikejarkan ke hospital kerana masalah tulang belakang. :( ayah tak boleh bergerak aktif ketika itu. 

skrang, saya berfikir. sekarang ayah masih sihat. andai satu masa nanti ayah jatuh sakit, mampukah kami semua menjaga ayah? ayah seorang bertungkus lumus untuk membesarkan kami semua. adakah kami semua mampu membuat perkara yang sama kepada ayah?

hari ini, pandangan saya terhadap ayah berubah. ayah sayang saya, dan saya sayang ayah.

sampai bila-bila.

No comments:

Post a Comment