drum roll please....
memperkenalkan ,
ustaz don daniyal. ya, dia seorang ustaz dan BUKAN calon suami saya. haha
amboi, tajuk entry tak nak kalah. mesti ada yang ingat saya nak tunjuk siapa calon suami saya and whatsoever. :P bukan, tiada kaitan sikitpun. :)
bab2 kahwin ni, ramai lah orang suka. tak kira kanak2, remaja (macam entry lepas), dara, teruna, duda, janda. semualah! saya pun. *wink :P . tak sabar sangat rasanya nak kahwin tu. rasa macam bila nak kahwin tu, rasa sweet sangat. entah lah. mungkin sebab makin ramai display gambar kahwin, buatkan diri rasa lagi2 lah nak kahwin. saya ada seorang kawan, bila disebut kahwin, berseri2 wajahnya. sampai begitu sekali penangan perkataan kahwin ni pada kawan saya ni. haha. sape je yang tak nak kahwin? .
tapi harus juga diakui, saya belum punya calon yang sesuai. jujur. mencari seorang suami bukan lah suatu perkara yang mudah. ikan di pasar sekalipun, kita akan pilih yang elok2. ape tah lagi suami kan?
masuk bab pemilihan calon ni, ramai bila kita tanya, mcm mana kriteria calon awak?. typical answer: cukuplah yang punya agama....
tapi,
kalau boleh nak la yang kerja elok2, pandai jaga hati saya, family saya, yang pandai buat kerja rumah, yang boleh di ajak shopping, yang tak selekeh, yang itu yang ini...
eh!
tadi cakap "cukuplah" yang punya agama. lepas2 tu ada lagi kriteria2 nya. haha. biasalah. saya juga sama
* wink2!
gurau sahaja. tiada kena mengena dengan sesiapa. :) tapi, saya nak tekan dekat sini, ramai. ramai yang nak calon suami atau calon isteri yang ada agamanya. itu kriteria first selain cantik di pandangan mata sendiri. tapinya juga, kita selalu meletakkan demand yang tinggi terhadap bakal pasangan kita.
susah untuk saya susunkan dalam perkataan . saya sarankan kita semua membaca artikel inche gabanna ni.
saya rasa die dah explain well terhadap permasalahan pemilihan calon dengan cara paling menarik. saya tak henti ketawa membaca tulisan die. so, saya sarankan, semua orang membca! wajib! (bagi sesiapa yang nak berkahwin).
insyaallah, ada manfaatnya. sukar untuk saya menulis tentang perkahwinan kerana potensi untuk melalut adalah besar. jadi, saya share pendapat saya yang lebih kurang sama dan di tulis oleh seorang daie muda dengan cara paling best dan mudah faham. semoga memberi manfaat kepada saya, kamu dan kamu..
ameen..
assalamualaikum *sambil mula memadam list kriteria calon suami :)
Wednesday, April 4, 2012
bila dia menjauh
Bila dia menjauh,
Bila masa membina jarak,
Dan jarak membina tembok.
Jangan pernah lupa bahawa kita pernah bertanya pada DIA tentang dia.
Jangan lupa bahawa kita pernah meminta DIA menjauhkan dia, bila dia bukan untuk kita.
Maka bila dia semakin jauh, mungkin ini petunjuk dari-NYA.
Belajarlah kembali menjalani hari dengan sendiri.
Belajarlah menerima dengan redha dan lapang dada,
Kerana aturan Allah lebih indah dan baik dari yang dijangka.
Jangan pernah lupa, semua hanya boleh berlaku dengan izin dan redha-NYA.
Maka bila bukan namanya yang tertulis dalam rencana-NYA,
Maka, biarlah DIA menjarakkan dia dari kita..
Tuesday, April 3, 2012
remaja dan motif mereka
saya akui, zaman remaja sangat mencabar. tapi melihat remaja kebelakangan ini, mengingatkan saya tentang banyakkk lagi tugas sebagai seorang muslim, seorang khalifah di muka bumi ini yang harus dibuat.
saya rasa sekarang pun dah cukup penat, tapi hakikatnya, belum cukup pun penat tu . saya rasa macam sia2 usaha bila melihat remaja sekarang. tapi, iye lah. memang tak layak langsung untuk berhenti buat kerja, kerana hati setiap manusia, Allah sahaja yang pegang. kita, hanya mampu menyampaikan, tapi Allah sahaja yang layak memberi hidayah kepada mereka.
currently, jujur saya cakap. saya loya, mual dan muak (eh, bukan sama ke semua? x kisah lah) melihat aktiviti remaja more to budak sekolah sekarang especially di fb. masih belum ambik pmr pun, seronok berbaby2, bermama papa di fb. no wonder ramai baby terbiar. dari kecil dah gatal nak bermama papa, bila ada baby luar nikah, tak mampu pun nak tanggung. habis, apa motif bermama papa?
saya bagi satu contoh yang saya ambik dari page seorang remaja belasan tahun. baca sekali lagi, belasan tahun . yes. belasan tahun.
janji time couple remaja zaman sekarang .
dengan bahasanya, dengan menggeletisnya. saya ingat dia berubah lepas post benda ni. bila saya scroll lagi, saya tengok gambar proposal "baby" baru. #ptuih! (maaf, saya emo sikit bab2 ni)
itu satu hal, belum yang tangkap gambar sendiri, upload sendiri dekat fb, tag ramai orang untuk komen gambar2 diorang. gambar ape? gambar muncung mulut, gambar pakai spek mata old school, gambar bulatkan mata besar2, yg gigit jari telunjuk, macam2 lah. boleh cakap dalam satu album tu, penuh gambar muka sahaja. ini pulak sekarang trend pakai shawl kan, lagi lah ramai try pakai shawl bermacam2 style. end up, nampak bonggol unta di atas kepala. saya hargai usaha masing2 untuk berusaha menutup aurat. tapi, sejauh mana niat itu diletakkan di atas jalan yang betul. pakai shawl, checked. tapi, pakai baju baby t , pakai legging, pakai make up tebal. saya jujur tak faham bila ada segolongan yang cantik pakai shawl segala, tapi pakai baju yang tangan tu bukan pendek, pendek kuasa dua. nak tutup kepala, tangan terbuka? mana sensitivity menutup aurat sebenarnya? what u define by aurat? trend, makin lama makin memeningkan. ada sekarang trend pakai jubah. yes, cantik. tapi color block dan melekat di badan. motif?
baru ni saya lihat di satu page, seorang budak belasan tahun mengupload gambr kawannya serta boyfren kawannya itu . caption gambar itu adelah, " sesuai sangat, semoga kekal ke anak cucu, amin". saya tak tahu lah apa perasaan orang lain membacanya, tapi bagi saya, saya sebak, geram, mcm2 lah melihat semua ni. pmr belum lepas, gigih bercinta , mengupload bagai.
masa zaman x de fb dulu, saya rasa aman jugak dunia ni. bila ada fb ni, macam2 budak2 ni buat hal. itu baru budak, belum orang yang patutnya dah matang, tapi tunjuk contoh yang lebih kurang sama. saya sampai tak tahu nak salahkan siapa dalam hal ni. akhirnya, saya salahkan diri sendiri sebab belum cukup buat kerja dakwah.
jadi, saya meminta kepada sesiapa yang membaca ni. and saya yakin, most of the readers adalah orang yang cukup matang. mari, kita tunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat kita. kembalikan lah islam yang sebenarnya. kalau kita tak buat kerja kita di dunia ini, Allah akan soal kita di akhirat kelak. dan saya boleh confirm, azab die sangat berat!
so, kat mana kita nak mula buat perubahan ni? tidak lain tidak, dari diri kita sendiri. bila kita menguasai ilmu islam sebenarnya, kerja menjadi mudah. bila kita mendirikan rumah tangga, kita akan dapat menjadikan rumah tangga kita dalam keadaan islam yg sebenanya.bayangkan, suami ke tempat kerja cakap pasal islam. isteri ke tempat kerja, cakap pasal islam. anak ke sekolah, berkawan dengan kawan2 yang datang dari keluarga yang faham islam. kalau semua orang buat tugas masing2 iaitu mengamalkan islam dengan cara yang betul as well as menyampaikannya, saya yakin, permpuan dapat berjalan dengan aman di pekan tanpa perlu risau di ragut kerana semua orang takut dengan azab Allah. semua orang aware dengan hukum hudud. tak de cara lain untuk memakmurkan bumi ini melainkan dengan semua orang faham agama islam sebenarnya dan jugak mengamalkannya.
tidak berniat untuk mengatakan diri ini baik. kita semua sama. kita semua nak ke syurga. saya juga sedang belajar untuk membuat perubahan dan saya yakin, anda di luar sana juga sedang bermujahadah untuk ke arah kebaikan. insyaallah, kita buat bersama2. saya ada anda, anda ada saya. sama2 kita belajar, sama2 kita menegur. kita buat semua ini bukan untuk penghargaan manusia, tapi kerana....
SYURGA!
saya rasa sekarang pun dah cukup penat, tapi hakikatnya, belum cukup pun penat tu . saya rasa macam sia2 usaha bila melihat remaja sekarang. tapi, iye lah. memang tak layak langsung untuk berhenti buat kerja, kerana hati setiap manusia, Allah sahaja yang pegang. kita, hanya mampu menyampaikan, tapi Allah sahaja yang layak memberi hidayah kepada mereka.
currently, jujur saya cakap. saya loya, mual dan muak (eh, bukan sama ke semua? x kisah lah) melihat aktiviti remaja more to budak sekolah sekarang especially di fb. masih belum ambik pmr pun, seronok berbaby2, bermama papa di fb. no wonder ramai baby terbiar. dari kecil dah gatal nak bermama papa, bila ada baby luar nikah, tak mampu pun nak tanggung. habis, apa motif bermama papa?
saya bagi satu contoh yang saya ambik dari page seorang remaja belasan tahun. baca sekali lagi, belasan tahun . yes. belasan tahun.
janji time couple remaja zaman sekarang .
laki : baby , baby janji tak tinggalkan bie tau ?
perempuan : okay bie , baby janji kite akan sehidup semati and walau
ape pown terjadi kite tak kan berpisah . tu janji baby dekat bie !
laki : okay baby , bie pegang janji baby :')
2 bulan kemudian . . .
laki : baby , kuar jom ? lame kite tak dating :)
perempuan : malas la , eh jangan panggil aku baby lagi . aku geli la -.-'
laki : baby nape ni ? bie ade buat salah ke ? nape baby marah ni ? :/
perempuan : aku dah bosan dengan kau tau tak ? dah la couple dengan kau
ni aku tak dapat pape , dah la kedekut . taik hidung masin , menyesal
la aku couple dengan kau ! -.-''
laki : bie bukan kedekut but bie saving duit untuk kite nak kahwin nanti :')
perempuan : aaaaaaaahhhh kauu ! macam macam alasan , aku mintak itu tak
dapat . aku mintak ini tak dapat ! aku nak break , aku dah ade laki
lain . anak dato' , lagi handsome dari kau , lagi kaya dari kau .
sekarang aku dengan kau dah takde pape , jangan amek tau lagi pasal aku .
blaa kauu !!! grrrr ~
laki : okay , kalau itu yang kau nak .
takpe , aku lepaskan kau . hope kau happy dengan die . but ingat janji
kau dengan aku dulu , janji yang kau tak kan tinggalkan aku . hm , bile
kau kene macam aku ni , baru kau tau rasa die macam mane . sakitnya
macam mane , terima kasih atas semua yang kau dah buat macam ni . bye
:')
*manusia hanya mampu berjanji tapi tak tau nak kota kan nya , kan ? :')
dengan bahasanya, dengan menggeletisnya. saya ingat dia berubah lepas post benda ni. bila saya scroll lagi, saya tengok gambar proposal "baby" baru. #ptuih! (maaf, saya emo sikit bab2 ni)itu satu hal, belum yang tangkap gambar sendiri, upload sendiri dekat fb, tag ramai orang untuk komen gambar2 diorang. gambar ape? gambar muncung mulut, gambar pakai spek mata old school, gambar bulatkan mata besar2, yg gigit jari telunjuk, macam2 lah. boleh cakap dalam satu album tu, penuh gambar muka sahaja. ini pulak sekarang trend pakai shawl kan, lagi lah ramai try pakai shawl bermacam2 style. end up, nampak bonggol unta di atas kepala. saya hargai usaha masing2 untuk berusaha menutup aurat. tapi, sejauh mana niat itu diletakkan di atas jalan yang betul. pakai shawl, checked. tapi, pakai baju baby t , pakai legging, pakai make up tebal. saya jujur tak faham bila ada segolongan yang cantik pakai shawl segala, tapi pakai baju yang tangan tu bukan pendek, pendek kuasa dua. nak tutup kepala, tangan terbuka? mana sensitivity menutup aurat sebenarnya? what u define by aurat? trend, makin lama makin memeningkan. ada sekarang trend pakai jubah. yes, cantik. tapi color block dan melekat di badan. motif?
baru ni saya lihat di satu page, seorang budak belasan tahun mengupload gambr kawannya serta boyfren kawannya itu . caption gambar itu adelah, " sesuai sangat, semoga kekal ke anak cucu, amin". saya tak tahu lah apa perasaan orang lain membacanya, tapi bagi saya, saya sebak, geram, mcm2 lah melihat semua ni. pmr belum lepas, gigih bercinta , mengupload bagai.
masa zaman x de fb dulu, saya rasa aman jugak dunia ni. bila ada fb ni, macam2 budak2 ni buat hal. itu baru budak, belum orang yang patutnya dah matang, tapi tunjuk contoh yang lebih kurang sama. saya sampai tak tahu nak salahkan siapa dalam hal ni. akhirnya, saya salahkan diri sendiri sebab belum cukup buat kerja dakwah.
jadi, saya meminta kepada sesiapa yang membaca ni. and saya yakin, most of the readers adalah orang yang cukup matang. mari, kita tunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat kita. kembalikan lah islam yang sebenarnya. kalau kita tak buat kerja kita di dunia ini, Allah akan soal kita di akhirat kelak. dan saya boleh confirm, azab die sangat berat!
so, kat mana kita nak mula buat perubahan ni? tidak lain tidak, dari diri kita sendiri. bila kita menguasai ilmu islam sebenarnya, kerja menjadi mudah. bila kita mendirikan rumah tangga, kita akan dapat menjadikan rumah tangga kita dalam keadaan islam yg sebenanya.bayangkan, suami ke tempat kerja cakap pasal islam. isteri ke tempat kerja, cakap pasal islam. anak ke sekolah, berkawan dengan kawan2 yang datang dari keluarga yang faham islam. kalau semua orang buat tugas masing2 iaitu mengamalkan islam dengan cara yang betul as well as menyampaikannya, saya yakin, permpuan dapat berjalan dengan aman di pekan tanpa perlu risau di ragut kerana semua orang takut dengan azab Allah. semua orang aware dengan hukum hudud. tak de cara lain untuk memakmurkan bumi ini melainkan dengan semua orang faham agama islam sebenarnya dan jugak mengamalkannya.
tidak berniat untuk mengatakan diri ini baik. kita semua sama. kita semua nak ke syurga. saya juga sedang belajar untuk membuat perubahan dan saya yakin, anda di luar sana juga sedang bermujahadah untuk ke arah kebaikan. insyaallah, kita buat bersama2. saya ada anda, anda ada saya. sama2 kita belajar, sama2 kita menegur. kita buat semua ini bukan untuk penghargaan manusia, tapi kerana....
SYURGA!
Monday, April 2, 2012
ayah...
saya jarang bercerita tentang ayah saya. mungkin kerana saya tidak berapa rapat dengan ayah saya compare to mak saya. antara kami 3 beradik, adik rapat dengan ayah. abang pulak, buat lah apa pun, ayah akan marah sekejap sangat. lepas tu, bila jumpa abang, lupa apa yang dia marahkan tadi.
dulu, saya ingat ayah tak sayang saya. bila saya tengok balik gambar lama2, saya tengok banyak barang2 abang yang cantik dan mahal2. saya? biasa2 saja.
tapi, as time goes by, saya melihat beberapa perkara yang makin mengubah persepsi saya terhadap ayah.
apabila saya cemerlang dalam upsr, pmr dan spm, saya tak nampak ayah menangis. tapi ayah hadiahkan saya dengan macam2. masa tu, saya rasa biasa saja perasaan ayah.
tapi, masa adik di tingkatan 2, satu malam tu, kami satu family melihat berita di tv. tentang keputusan pmr yang keluar ketika itu. mengenangkan tiada siapa ahli keluarga yang mengambil pmr tahun tu, saya kurang fokus terhadap berita2 tersebut. seperti biasa, wartawan akan bertanya kepada pelajar cemerlang, apakah rahsia bla bla bla. typical question. tapi, seketika saya perasan ada air mata yang mengalir di wajah ayah saya. mungkin ayah saya tersentuh melihat kejayaan anak2 lain. kemudian, saya terfikir, mungkin ayah saya tidak menangis semasa saya mendapat result satu masa dahulu di depan saya. mgkin juga dia menangis di belakang saya. ok. whatever. kemudian, saya naik ke bilik adik, menceritakan apa yang berlaku. saya cakap pada adik, ayah menangis melihat kejayaan anak orang lain. biarlah ayah menangis juga dengan kejayaan anak ayah yang last. adik satu2 nya anak ayah yang masih berada di bangku sekolah. dan dia sekolah di sekolah harian ketika itu. kami bimbang adik tak perform sebab dia nampak tak serius dalam belajar.
kemudian, semasa keputusan pmr adik diumumkan, kami sekeluarga seperti tidak percaya. adik berjaya mendapat keputusan yang agak cemerlang. 7a 1b dan 1c. c untuk bahasa arab. kemudian dia ditawarkan ke mrsm pdrm. semasa taklimat pengetua mrsm, sekali lagi saya lihat ayah mengesat air mata ketika pengetua memberikan amanat kepada waris pelajar.
hati saya tersentuh.
ayah kelihatan garang pada zahirnya, tetapi dia akan tersentuh hati jika perkara itu melibatkan anaknya. tapi saya? bila sesuatu terjadi pada ayah, adakah say merasa yang sama kepadanya?
pernah juga satu hari, saya pulang ke rumah. saya lihat wajah ayah tak seceria biasa. he refused to talk. lepas balik kerja, solat, dan tidur. makan pun cuma sedikit. rupanya, dia punya masalah kewangan ketika itu. sebak hati saya. saya banyak meminta dari ayah tanpa hiraukan langsung keadaan di rumah. ditakdirkan saya pulang, dan saya menyaksikan peristiwa itu. peristiwa itu mengajar saya untuk lebih berdikari dengan duit sendiri. sebab kesian ayah. dia selalu bercerita, kerja di bank sangat banyak. manager selalu harapkan dia untuk buat kerja itu, kerja ini. anak buahnya pula juga sama. kesian ayah. jarang saya lihat ayah dapat bercuti. gara2 kerja. kalau bercuti sekalipun, hp ayah tak henti berdering kerana urusan kerja dari anak buah dan managernya.
kuatnya ayah bekerja sampai pernah ayah dikejarkan ke hospital kerana masalah tulang belakang. :( ayah tak boleh bergerak aktif ketika itu.
skrang, saya berfikir. sekarang ayah masih sihat. andai satu masa nanti ayah jatuh sakit, mampukah kami semua menjaga ayah? ayah seorang bertungkus lumus untuk membesarkan kami semua. adakah kami semua mampu membuat perkara yang sama kepada ayah?
hari ini, pandangan saya terhadap ayah berubah. ayah sayang saya, dan saya sayang ayah.
sampai bila-bila.
kenapa?
boleh je Allah nak matikan saya masa saya berbuat dosa satu masa dahulu. boleh je kalau Allah matikan saya ketika saya berbuat benda2 lagha.
boleh. boleh sangat!!
tapi, kenapa saya masih bernafas sampai saat ini? malah, Allah tutup aib masa lalu saya tanpa ada orang tahu.
kenapa?
air mata saya menitis.
Allah masih hidupkan saya wallaupun saya banyak sangat lalai. Alah masih memberi saya peluang untuk munasabah balik apa yang dah saya lakukan. Allah masih nak saya memohon taubat dan kembali mengutip pahala sebanyak2 nya sebelum sampai masa saya dipanggil menghadap-Nya.
semua tu Allah buat tidak lain kerana Allah masih sayangkan saya.
walhal, kalau Allah matikan saya sekalipun, isam tak kan goyah walau sikit pun. kuasa Allah tak kan berkurang walau sikitpun.
sungguh,
saya hanya seorang hamba yang lemah.

tarbiyyah Allah untuk saya
hari ni hidup sungguh tak bermotivasi. serabut sangat hidup. buat ini tak kena, itu tak kena.
then, dapat mesej dari kawan. ajak temankan die ke pekan. so, saya siap2, saya terus temankan die.
n then, masuk ke dalam satu kedai. memang aim nak beli majalah solusi. sambil temankan die tu, saya pun selak2 artikel dalam majalah solusi.
terpandang satu perenggan yang tulis mcm ni. "jika bersedih dan tidak bersemangat, carilah kembali semangat tersebut di sebalik penciptaan alam ini. ini kerana di sebalik alam ini tersirat kasih sayang Allah terhadap makhluk-Nya. sanggupkah kita menjadi insan yang lemah longlai dan tidak bermaya, sedangkan Allah telah membekalkan segala kemudahan buat hamba-Nya? "
sweet kan tarbiyyah Allah ni? Tak perlu pun berjumpa pakar motivasi mana2. Allah dah memujuk saya dengan cara paling manis sebegini..
saya terharu.. :'(

Subscribe to:
Posts (Atom)